Part 1🦋

4.3K 191 69
                                    

Long Chapter 

Part 1

Nazrin menatap Haira yang sedang melihat sekeliling ruang tamunya itu. Seminggu selepas majlis persandingan, mereka akhirnya berpindah ke rumah baharu. Rumah yang boleh memberi ruang privasi untuk kedua-dua belah pihak.

"Rumah ni ada tiga bilik. Satu bilik aku yang paling hujung. Tentu-tentu kau tak nak tidur sekatil dengan aku betul?" Nazrin berkata sambil mencekak pinggangnya. Haira menatap Nazrin dengan tatapan menyampah.

"Eh, aku cakap elok-elok, kau boleh buat muka ya?" Nazrin menambah.

"Bilik saya mana?" Haira bertanya dengan malas.

"Ikut kau lah. Nak tidur dekat ruang tamu pun boleh, tidur dekat dapur pun boleh. Tu, dekat balkoni pun boleh. Aku tak kisah. Lagi sejuk. Maklumlah tingkat 26. Aircond free je." Nazrin memerli.

"Sombong!" Haira mendengus sebelum dia menarik beg berodanya ke bahagian bilik. Haira memilih bilik yang pertama sebagai bilik tidurnya. Sempat dia menoleh ke arah Nazrin dengan tajam sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya itu. Dikunci pintu itu dan dia membuka segala suis di tepi pintu itu. Lampu, kipas, pendingin hawa dan lampu tidur malap semuanya dihidupkan. Haira melihat lantai di bilik itu. Bersih. Cadar dan selimut juga kelihatan bersih dan langsung tiada habuk. Lega! Sekurang-kurangnya tidak perlulah mengemas satu bilik. Haira membaringkan tubuhnya di atas katil.

"Kerek gila. Dulu dia tak macam ni pun. Kenapa dia dah lain sekarang ni?" Haira bertanya sendiri. Berbeza sangat-sangat sewaktu mereka bertemu di Universiti dahulu. Haira menggaru kepalanya sebelum dia mengiring.

"Apa pasal dia lain sangat sekarang ni? Kenapa dia sombong sangat?" Haira membebel lagi. Masih tidak percaya bahawa lelaki yang dulu pernah dia gilakan dulu berubah bukan 180 darjah tetapi 360 darjah. Mana Nazrin yang lemah lembut itu? Haishh.. Entah macam mana mama dengan abah boleh berkenan dengan dia ni pun, Haira pun tidak tahu. 

Haira mengeluh dengan kasar sebelum dia bangun dari baringnya. Dia duduk di birai katil sambil melihat sekeliling bilik baharunya itu. Haira berdiri sebelum dia menyeret beg berodanya yang berada di tepi pintu biliknya itu. Dia letakkan di atas katil sebelum dia buka zip begnya. Haira melangkah ke arah kabinet tinggi yang bersebelahan dengan meja solek dan juga bilik air. Ditolak pintu kabinet itu. Spacious! Haira tersenyum. Macam tahu-tahu je banyak baju yang dia nak gantung di kabinet itu. Haira melangkah sebelum dia mendengar bunyi ketukan pintu biliknya. Haira melangkah dan pintu dibuka.

"Apa?" Garang Haira bersuara.

"Nah. Beg baju kau. Buat-buat lupa pula. Bukan main banyak beg kau bawa. Apa yang kau bawa sampai tiga beg ni?" Nazrin membebel. Haira menjeling. Dia menarik dua lagi bagasi sebelum dia menatap Nazrin tajam.

"Bawa mayat!" Haira berkata. Nazrin tercengang. Haira ingin menutup pintu sebelum dihalang oleh Nazrin. Haira terkejut.

"What?"

"Aku nak keluar." Nazrin berkata.

"Okey." Haira menjawab.

"Jangan masuk bilik aku!! That's a warning for you!" Nazrin berkata.

"Saya pun tak hadaplah nak masuk bilik awak." Haira menjawab.

"Manalah tahu." Nazrin menambah. Haira menjeling sebelum dia menutup pintu biliknya. Haira menjerit tanpa bersuara. Dia kemudiannya menumbuk udara yang tidak bersalah itu dengan penuh rasa geram. Haira menarik dua begnya itu dan diangkat sebelum dihempas ke atas katil.

Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋Where stories live. Discover now