Part 4 🦋

6.4K 167 76
                                    

Long Chapter

Canggung! Itu situasi mereka saat ini. Mana taknya, masing-masing masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku awal pagi tadi. Masih lagi tertanya-tanya... Bagaimana mereka boleh tidur bersama. Haira menatap Nazrin yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu. Nazrin sepertinya sudah sedikit cergas berbanding malam tadi. Haira mendekati Nazrin.

"Awak" Haira memanggil.

"Erm?" Hanya itu sahutan dari Nazrin.

"Awak nak makan ubat lagi tak?" Haira bertanya. Nazrin menyentuh dahinya.

"Aku dah tak demam. Tak payahlah makan ubat." Kata Nazrin.

"Eh, jangan begitu cik abang. Awak kena makan juga. Saya ambilkan untuk awak okey?" Kata Haira sebelum dia melangkah. Nazrin hanya menurut. Dia melirik Haira dari hujung matanya. Matanya melotot ke arah bungkusan kotak yang berbalut dan diikat dengan reben merah itu. Nazrin mengerutkan dahinya. Dia ingin bangun sebelum dia melihat Haira kembali melangkah ke arahnya.

Nazrin kembali duduk. Haira menghulurkan sebiji ubat demam dan secawan air putih untuk Nazrin. Nazrin mengambil dan dimakan ubat itu dengan sekali tegukkan. Haira menoleh ke arah kotak itu. Dia menatap Nazrin.

"By the way..." Haira bersuara sebelum dia mengambil kotak itu. Nazrin melihat gelagat isterinya itu sambil meneguk lagi minumannya.

"Happy belated birthday, awak." Haira menghulurkan kotak itu kepada Nazrin dengan senyuman manis di bibirnya. Nazrin terdiam seketika sebelum dia melihat jam digitalnya. It's really his own birthday? Today?

"It's 16 June... Today." Haira tambah. Nazrin kemudiannya tersenyum. Betullah tu. Nazrin kemudiannya bangun dari sofa itu. Kotak yang dihulurkan oleh Haira itu diambil.

"Thank you." Nazrin menjawab. Haira senyum.

"Macam mana kau boleh tahu?" Tanya Nazrin. Haira menatap Nazrin.

"Saya follow awak dekat Ig dah lama Nazrin. Dari saya jadi junior awak. Saya selalu juga DM awak ucap happy birthday. Tapi awak tak layan pun." Haira berkata. Nazrin menatap Haira dengan terkejut.

"Really?" Nazrin bertanya. Haira mengangguk namun bibirnya tersenyum.

"Oh.. Aku habis je belajar dulu memang dah jarang main Instagram. Sorry kalau aku tak reply chat dari kau." Kata Nazrin. Haira hanya senyum dan mengangguk.

"Can I open it?" Tanya Nazrin. Haira mengangguk lagi.

"Bukalah." Haira menjawab. Dia pula yang teruja. Nazrin membuka ikatan reben itu sebelum dia membuka sampul hadiah itu. Haira pula hanya tersenyum melihat Nazrin sambil teruja untuk melihat apakah reaksi Nazrin. Nazrin terhenti. Dia tersenyum. Haira dipandang. Haira senyum.

"Tadaaa! Hehehe" Haira bersuara. Nazrin tertawa sebelum dia senyum. Haira dipandang sekali lagi sebelum dia mengoyakkan sisa terakhir sampul itu.

"My chocolate?" Tanya Nazrin. Haira mengangguk. Nazrin senyum.

"Sorry. Setahun baru saya dapat bayar balik hutang coklat saya. Hehehe. Macam yang saya janji, satu carton box untuk awak." Kata Haira dengan teruja. Nazrin pula tersenyum.

Nazrin menatap Haira yang teruja itu. Entah mengapa, hatinya rasa tenang dan gembira. Melihat Haira yang tidak henti tersenyum itu, membuatkan wajah Haira itu terlihat sangat cantik dan manis. Haira ditatap dengan tatapan... Nazrin sendiri tidak tahu untuk mentafsirkannya sendiri.

Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋Where stories live. Discover now