Part 2 🦋

4K 173 49
                                    

Long Chapter

Haira melangkah ke dapur usai dia menggosok tudungnya untuk dipakai pada hari esok. Haira membuka pintu peti ais dua pintu itu. Susu coklat dikeluarkan dan dituangkan ke dalam cawan. Dia meneguk susu itu sehingga licin. Dia kembali meletakkan air itu ke tempatnya sebelum dia menutup pintu peti ais itu. Dia membasuh cawan itu sebelum dia melangkah ke biliknya. Namun kakinya terhenti. Bulu roma Haira mula meremang. Haira melihat jam di dinding ruang tamu. 10.30 malam. Haira menelan air liurnya. Nazrinkah? Haira membalikkan tubuhnya. Tangannya mencapai batang penyapu yang tersangkut di penjuru dapur itu. Haira melangkah dengan hati-hati. Langkahnya terhenti di saat dia mendengar bunyi seseorang yang sedang mendengus dengan marah. Dari suara, Haira yakin pemilik suara itu seolah-olah memakai topeng. Ah sudah, pencuri ke? Haira menapak perlahan. Matanya melilau di kawasan ruang tamunya. Kosong. . Haira mendengar bunyi benda jatuh dari pintu utama apartment itu. Haira menelan air liurnya sekali lagi. Dia mengenggam batang penyapu itu dengan kuat.

"Siapa tu?" Haira bertanya.

Diam. Wajah Haira pucat saat ini. Gementar dan di dalam waktu yang sama, dia berjaga-jaga. Dia bermain dengan fikirannya saat ini. Sama ada ingin melihat atau ingin menyembunyikan dirinya. Haira berundur setapak demi setapak ke belakang. Makin jelas rasa meremang dari belakang lehernya. Haira terhenti di saat tubuhnya berlanggar dengan sesuatu. Haira cuak. Dia memusingkan tubuhnya perlahan-lahan sebelum

"ARGHHH!!! PENCURIIII!!!"

Berdebuk-debuk bunyi batang penyapu itu dihentak pada tubuh lelaki tinggi itu. Haira menjerit cuak sebelum tangannya direntap.

"Woi! Woi! Ni aku. Aku!" Lelaki itu bersuara. Haira meronta untuk melepaskan dirinya. Lelaki yang bertubuh tegap, tinggi lampai itu sedang memegang erat tangannya. Cuba untuk menghalang Haira untuk melepaskan dirinya. Apa yang lebih menakutkan, lelaki itu memakai topi keledar hitam, T-shirt hitam dan sarung tangan bergaris merah hitam di tangannya. Serba hitam lelaki di hadapannya itu.

"Siapa kau? Eeee pencuri.." Haira menjerit lagi. Lelaki itu mendengus sebelum dia menolak pelindung topi keledarnya itu.

"Aku Nazrin!" Lelaki itu bersuara dengan keras. Haira cuba untuk bertenang. Laju nafasnya turun naik gara-gara terkejut. Haira menyipitkan matanya.. Nazrin?

🦋🌹🦋

Nazrin mendengus dengan kesal sebaik sahaja dia melihat stokinnya dipasangkan dengan pasangan yang salah. Hari ini moodnya hilang gara-gara tekanan dari pejabat. Jalan penyelesaiannya, dia mahu menenangkan fikirannya dengan menaiki motorsikal berkuasa tinggi. Ya. He is a bikers. Yamaha YZF R1. Itulah Baby kesayangan milik Nazrin. Baby yang sentiasa menemani Nazrin setiap kali Nazrin ingin bebas dari tekanan hidupnya. Baby yang sentiasa menjadi tempat untuk Nazrin tenangkan fikirannya. Serta, Baby yang paling boros untuk Nazrin. Sanggup membeli apa sahaja jenis aksesori untuk Baby kesayangannya itu.

Seperti hari ini, dia betul-betul tertekan dengan kerja di pejabatnya. Oleh itu, tanpa berfikir panjang lagi dia terus menyarungkan t-shirt hitamnya dan diambil topi keledar dari dalam almari khas itu. Keluar sahaja dari biliknya, dia melihat pintu bilik Haira. Di kaki pintu itu, Nazrin melihat bilik Haira masih terang. Tak tidur lagi ke dia ni?

Selesai menyarungkan sarung tangan dan topi keledarnya, Nazrin ingin menyarungkan stokin sebelum dia melihat stokin itu langsung tidak sama dengan pasangannya. Sudahlah itu, boleh pula ada gambar hati dan bunga kekwa. Tekalah stokin siapa? Nazrin mendengus. Dia kemudiannya ingin melangkah ke bilik sebelum pehanya terlanggar rak kasut di hadapan pintu utama itu.

Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋Where stories live. Discover now