Last Part 🦋

4.2K 152 13
                                    

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Setelah puas meronda di pantai Teluk Kemang, Haira dan Nazrin menuju ke PD Waterfront. Tempat yang pernah mereka tuju suatu ketika dahulu. Nazrin menuju ke sebuah restoran kopitiam di situ. Haira tersenyum lebar. Mana tak lebarnya, bukan main sakan dia shopping baju dekat gerai jualan di Teluk Kemang tadi. Bukan itu sahaja, sempat pula dia membeli satu pelampung bulat kecil berwarna kuning. Standby untuk mandi laut katanya. Nazrin hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Mereka makan tengah hari di restoran kopitiam itu dengan penuh berselera. Nazrin tidak henti tersenyum melihat gelagat Haira yang kadang-kadang membebel kadang-kadang teruja. Sempat dia mencuit hidung Haira. Haira hanya menjeling.

Selesai sahaja menjamu selera, mereka bersiar-siar di PD Waterfront itu sambil berpimpin tangan. Haira kemudiannya melindungi wajahnya dari sinaran pancaran matahari. Entahlah mereka. Tengah hari buta sanggup bersiar-siar dekat terik panas tu. Nazrin menarik lengan Haira dan membawa Haira untuk duduk di bangku di bawah pokok yang agak rendang itu. Haira tersengih. Nazrin mengeluarkan losyen sunscreen yang dibelinya oh, lupa ingin beritahu. Sesungguhnya, Haira berjaya berbelanja sakan di kedai kecantikan Watson yang terletak di area PD Waterfront sebelum mereka makan tengah hari tadi. Entah apa yang dia beli Nazrin pun tidak tahu. Hanya berbaki satu malam sahaja lagi tetapi kuantiti yang dibeli seolah duduk selama sebulan. Sempat juga dia mencapai losyen pelindung matahari memandangkan mereka kini berada di tepi pantai.

Nazrin mengoleskan losyen itu pada tangan Haira. Wajah Haira juga disapukan dengan losyen itu. Haira hanya pasrah. Untung sahaja dia tidak memakai apa-apa solekan melainkan bedak compact dan pelembab bibirnya.

"Abang pula!" Kata Haira. Nazrin pasrah. Dia menghulurkan losyen itu kepada Haira dan Haira terus menuangkan di tapak tangannya. Disapu pada wajah, leher dan lengan Nazrin. Nazrin hanya senyum melihat isterinya.

"Done!" Haira berkata.

"Betul-betul satu badan ya sayang sapu." Kata Nazrin. Haira sengih.

"Kalau satu badan, memang taklah. Takkan abang nak tayang badan abang dekat sini! Belum sempat abang nak buat macam itu, saya dah carik dulu daging abang!" Haira berkata. Nazrin tertawa. Pipi isterinya dicubit. Nazrin tertawa lagi. Mereka kembali berjalan-jalan sebelum Haira mengadu kakinya sakit. Sudahlah hanya memakai sandal sahaja. Berjalan jauh. Nazrin menatap isterinya yang sibuk mengurut kakinya itu.

"Kenapa tu?" Nazrin bertanya.

"Lenguh."

"Laa, macam mana boleh lenguh?" Tanya Nazrin. Haira menjeling. Buat-buat tanya pula. Nazrin tersenyum. Dia melihat jam di tangannya. Sudah hampir pukul 2. Baru sedar mereka belum solat zuhur lagi. Nazrin mengajak Haira untuk kembali ke hotel. Haira setuju. Mereka berjalan kembali menuju ke motorsikal Nazrin. Haira memaksa kakinya untuk berjalan sehingga akhirnya dia terhincut-hincut. Nazrin menatap isterinya.

"Abang pergilah ambil motor abang bawa ke sini. Saya penatlah abang." Kata Haira mengada-ngada. Nazrin gelengkan kepalanya.

"Iyalah. Tunggu sekejap." Kata Nazrin. Haira kemudiannya mengangguk. Nazrin melangkah. Namun bukan ke arah motor tetapi ke arahnya. Haira terkejut.

"Eh, abang! Bukan. Motor dekat sana. Aba-" Belum sempat Haira berkata, Nazrin sudah mencempung tubuhnya. Haira ternganga terkejut. Nazrin dengan selamba melangkah.

Peluang Cinta Pertama [Completed] 🦋Where stories live. Discover now