KING
Ep 6
"Bangun,bangun,bangun!"
Rapmon menendang perut Ji hyo dan kelihatan gadis itu sudah terbatuk batuk akibat menahan sakit.Ji hyo mengerutkan muka apabila darah pekat sudah mengalir di kepala disebabkan terkena botol kaca yang dicampak oleh pemilik kedai bersenjata api itu.Matanya memandang ke sekeliling dan kelihatan Rapmon sedang memandang tajam ke arahnya.
Rapmon:macam mana rasa bila kena tangkap dengan cara macam ni?takut?gembira?lebih baik kau dengan dengan geng geng tak guna kau tu.. lepaskan Austin kalau kau tak nak hilang kaki atau anggota badan kau pulak lepasni.lepaskan kawan aku!
Ji hyo:baik.aku boleh lepaskan dia.tapi kau kena bagitau maklumat yang aku nak.pasal pembunuhan yang menjadi jadi dekat bandar Queen,apa ada kena mengena dengan kau berdua?
Rapmon:kenapa kau nak tau?girl,dah terang terang kedai ni jual alat enjata api,bukannya serbuk putih jahanam tu!soalan kau ni hanya buang masa jelah!dah nak mati pun masih nak tanya soalan merepek ke?
Baru sahaja dia ingin mengelar leher gadis itu menggunakan pisau di tangan,kemudian pintu kedai dipecah masuk dan muncul wajah Jeonghan yang sedang berlari menuju ke arah mereka.Ji hyo sudah mengerutkan kening apabila melihat lelaki yang tidak dikenali itu berlari masuk.Apa yang berlaku ni?
Rapmon:nampaknya ahli kau dah sampai.bagus!
Jeonghan sempat mengelak apabila lelaki itu menghalakan pisau ke perutnya.kemudian dia merampas pisau dengan memulas tangan Rapmon dan terus menggores ke lehernya dengan laju.Ji hyo sudah membulatkan mata dan melihat pemilik kedai itu yang sudah terbaring.Jeonghan melihat Ji hyo yang berlari ke arah Rapmon dan meletakkan tangan di leher lelaki itu untuk merasa nadi dan terus menghela nafas lega apabila mengetahui dia masih bernyawa.mungkin pisau itu terkena sipi sipi sahaja pada bahagian lehernya.
Kelihatan Hoshi dan Kai baru masuk dengan tergesa gesa disebabkan dikejar oleh wartawan wartawan di luar.Buang masa betul!Mereka membulatkan mata dan memandang antara satu sama lain apabila melihat Ji hyo yang sedang menolak Jeonghan dengan kasar
Ji hyo:aku tak tau kau ni siapa tapi macam mana kau boleh ada dekat sini?kau sedar tak yang kau hampir hampir nak bunuh lelaki tu?dah hilang akal ke?
Hoshi:wo wo wo.tenang,ji hyo.dia bukan musuh kita.tapi ahli baru Red Knight.dia masih baru,janganlah layan kasar macam tu
Kai menepuk bahu Jeonghan sambil tersengih seperti kerang busuk,
Kai:Jeonghan,kau..boleh tahan hebat jugak ya?aku tak sangka kau pandai berlawan.Hei Ji hyo,nampaknya kau ada saingan baru.
Hoshi:HAHAHAHAHAH!
Jeonghan ketawa kecil mendengar kata kata kai dan melihat Ji hyo yang sudah mengeluh dan meninggalkan tempat itu.Yang lain mula mengangkat Rapmon dan membawanya ke hospital untuk diberikan rawatan terlebih dulu
_______________•_______________
Jeonghan masih duduk di bangku luar rumah Red Knight dan melihat langit malam.Fikirannya masih teringatkan pasal Andra dan Sehun.keluhan berat dilepaskan.
"Jadi..tugas mereka untuk tangkap ayah dengan yang lain.damn!ya tuhan,aku tak tau nak rasa apa sekarang ni.untuk letakkan diri dalam satu pihak,dua dua hanya makan diri.aku tak boleh biar yang lain tau siapa aku sebelum niat aku tercapai untuk tumpaskan ayah"detik hatinya
Jeonghan:sampai bila aku nak berpura pura bodoh macam ni?
Kemudian matanya melihat sebuah kereta yang semakin menghampiri perkarangan rumah.Dia terus masuk ke dalam bilik dan menelek ke luar tingkap.Gadis tu..gadis sama yang memarahinya tadi.
Sementara itu,Ji hyo membuka pintu kereta dan ingin berjalan masuk ke dalam rumah.kemudian kedengaran bunyi panggilan dari seseorang,
Di dalam panggilan
Ji hyo:ayah?
Inspektor leo:ji,tadi kai telefon ayah.dia bagitau pasal keadaan kamu.apa semuanya ok?ada yang cedera teruk ke?macam mana dengan yang lain?
Ji hyo:semuanya ok.takde apa nak dirisaukan.tapi pasal ahli baru ni,kenapa ayah buat keputusan terburu buru?kenapa kena ada orang baru?
Inspektor leo:apa salahnya?kamu dah lupa?budak tu dah selamatkan kamu.cuba belajar bersyukur.suara kamu tu..kenapa dengar macam lain?
Ji hyo mengeluh lalu duduk di bangku.kelihatan Jeonghan sedang ralik mencuri dengar perbualan mereka memandangkan gadis itu sedang memasang pembesar suara.Malam semakin lewat jadi mungkin Ji hyo fikir tiada siapa yang akan mencuri dengar.
Ji hyo:ayah ada dengar pasal budak lelaki yang kena tembak dekat bangunan kosong tu?
Jeonghan mula mengerutkan kening.dia dapat rasa yang gadis itu maksudkan adalah Sehun dan membuatkan hatinya makin kuat untuk mendengar perbualan mereka.
Inspektor leo:ada dengar.hmm,malang sungguh nasib budak tu.kenapa kamu tanya?
Ji hyo:ayah..kalau boleh lepasni jangan harapkan Ji dengan Red Knight untuk handle kes ni.maksud saya,ayah cuba kerahkan seberapa banyak orang ayah untuk tangkap penjenayah tu.saya dah tak bolehlah bila dengar makin banyak budak mati disebabkan manusia yang takde hati perut ni.
Air matanya dikesat laju lalu tangannya disilangkan.Jeonghan yang masih memerhati gadis itu sudah mula hairan sambil keningnya dikerutkan.
Inspektor leo:ji hyo..
Ji hyo:mungkin semua fikir budak budak tu konco konco dari ketua gangster tu tapi ji rasa..mereka terpaksa buat kerja kerja ni semua.lagipun yang mati ni semua masih muda.takkan nak sia siakan hidup dengan kerja macam tu.betul tak?
Inspektor Leo:jangan rasa serba salah,ji.kamu dengan kawan kawan kamu dah buat sehabis baik.cuba dan cuba lagi.jangan risau,ayah pun akan bantu kamu jugak.oklah,dah lewat ni.esok kita sambung.selamat malam
Ji hyo:selamat malam
Dia menutup panggilan dan menarik nafas dalam dalam lalu dihembuskan.kemudian dia masuk ke dalam rumah sambil melepaskan keluhan yang berat.
Jeonghan terus menutup tingkap dengan laju.dia semakin tertanya tanya kenapa gadis itu terlalu sensitif tentang kes pembunuhan.pada masa yang sama,dia berasa matlamatnya dengan ji hyo adalah sama.walaupun Andra adalah ayahnya,dia tetap mahu hentikan semua kerja kerjanya dan pasrah kalau Andra ditangkap dan masuk ke dalam penjara.mungkin itu lebih baik dan dapat sedarkan ayahnya.
Jeonghan:seberapa banyak kau peduli dengan orang orang macam kami ni?
Dia mengeluh lalu menggelengkan kepala beberapa kali.lama kelamaan,dia mula mengukirkan senyuman.
Bersambung
KAMU SEDANG MEMBACA
KING
ActionCOMPLETED ✔️ Watak Utama:Yoon Jeonghan dan Song Ji Hyo Yoon Jeonghan,anak kepada ketua pengganas di bandar Queen,iaitu bernama Andra.Kisah hidupnya yang tragis apabila dari kecil dirinya terpaksa menyaksikan pembunuhan di depan mata disebabkan oleh...