KING
Ep 7
Jam menunjukkan pukul 8 pagi.kelihatan ji hyo baru pulang dari membeli makanan untuk sarapan dan terus dihidangkan di atas meja.hoshi mula menuju ke meja makan disebabkan perutnya yang sudah lapar.dia mengerutkan kening apabila melihat jeonghan yang masih mengenakan jaket hitam dari semalam
Hoshi:kau tak panas ke pakai jaket tu?cuaca dekat luar pun boleh tahan bahang.tak rasa rimas ke?
Ji hyo memandang sekilas ke arah jeonghan.kelihatan lelaki itu tidak menghiraukan kata kata hoshi dan terus menjamah makanan
Ji hyo:kai mana?dari tadi tak nampak batang hidung.takkan dah keluar awal pergi pejabat?kata nak pergi sama sama harini.
Hoshi:dia pergi hospital lawat suzy.pasal report semalam,kau tolong bagi dekat inspektor ya?aku nak keluar sekejap.ada hal.jeonghan,petang nanti kita ada misi.siap sedia ok?
Jeonghan mengangguk dan melihat hoshi yang tergesa gesa keluar dari rumah.keadaan mula menjadi kekok.baru sahaja dia ingin membasuh tangan,ji hyo mula membuka bicara.
Ji hyo:pasal semalam..kenapa kau guna cara kasar untuk communicate dengan musuh?kau tau kan tu cara terakhir untuk handle situasi macam tu?dan situasi semalam belum darurat lagi
Jeonghan:itu cara aku handle situasi macam tu.dan kau tak boleh nak halang apa aku nak buat
Ji hyo:tak boleh halang?hei..kau bukan bergerak secara solo tau.dengar ni,semua tindak tanduk yang kau buat ni..akan beri kesan pada team.jangan buat keputusan selfish seorang diri kalau kau nak bertahan dalam circle ni.
Dia terus beredar dan melanggar bahu lelaki itu dengan sengaja.jeonghan sudah menggulingkan biji mata sambil mengeluh
Jeonghan:(dalam hati:nampaknya aku kena cari cara untuk bagi petunjuk pasal markas ayah)
__________________•__________________
Di pejabat.kelihatan Inspektor Leo sedang membakar rokok di dalam biliknya.setelah mendengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang,dia terus mencampak putung rokok di dalam tong sampah sambil terbatuk batuk.ji hyo yang baru masuk sudah tergelak kecil dan lali sangat dengan perangai ayahnya
Ji hyo:ni report semalam.ayah..ada bakar bahan bukti ke sampai berasap dalam bilik ni?
Dia menyengih seperti kerang busuk dan sengaja ingin kenakan ayahnya.Inspektor Leo sudah menggelengkan kepala sambil membetulkan duduknya
Inspektor Leo:pasal Yoon Jeonghan..
Ji hyo mengerutkan kening dan blur.siapa Yoon Jeonghan?tiba tiba dia terlupa nama ahli baru kumpulannya
Inspektor Leo:budak baru tu.ayah tak tau samada dia pandai atau tak untuk berhadapan dengan musuh nanti.jadi kamu tolong ajar dia
Ji hyo mengangguk dan mula beredar dari situ.
_________________•_________________
Di rumah Red Knight.ji hyo dari tadi membuat panggilan pada hoshi namun rakannya itu masih tidak memberi apa apa respon.kemudian,dia memandang ke arah telefon hoshi yang terbiar di meja kecil ruang tamu.hmm,dah pulang rupanya
Ji hyo:ke mana dia pergi ni?telefon ada dekat sini.orangnya menghilang.haih cuai betul
Dia terus menuju ke bilik rahsia bawah tanah dan tekaan dia memang betul.baru sahaja dia ingin menghela nafas lega,kemudian matanya melihat hoshi dan jeonghan yang sedang ralik berlawan sesama mereka dengan wajah yang agak serius.
Wajah mereka sudah basah dek peluh.Nafas hoshi tercungap cungap dan membuat isyarat 'berehat' seketika.
Hoshi:jeonghan,kau..boleh tahan hebat jugak eh?
Jeonghan tersenyum sambil menggelengkan kepala kerana dipuji sebegitu.dia melihat tangan kanannya yang digenggam kuat.
Jeonghan:mungkin sebab dah lama aku berlatih tanpa henti.dan mungkin..sebab dendam
Hoshi:dendam?
Damn!tersalah cakap pula.terasa ingin menyumpah diri sendiri akibat tersasul.dia terus menggelengkan kepala beberapa kali sambil mengambil pisau kecil di dalam suatu bekas.
Hoshi:kau nak buat apa pulak dengan pisau tu?kalau takde benda mustahak,baik kau letak balik dekat tempat asal dia.bahaya kau tau?
Jeonghan tidak peduli dengan kata kata hoshi dan terus melempar ke arah target anak panah.hoshi membulatkan mata sambil tergelak sakan kerana tidak sangka pisau itu betul betul mendarat di tengah tengah.ji hyo yang dari tadi melihat mereka,mula membuka langkah.baru sahaja gadis itu ingin naik ke atas semula,tiba tiba tanpa sedar dia terpijak kayu yang sudah reput dan membuatkan hoshi dan jeonghan memandangnya serentak.
Bersambung
KAMU SEDANG MEMBACA
KING
ActionCOMPLETED ✔️ Watak Utama:Yoon Jeonghan dan Song Ji Hyo Yoon Jeonghan,anak kepada ketua pengganas di bandar Queen,iaitu bernama Andra.Kisah hidupnya yang tragis apabila dari kecil dirinya terpaksa menyaksikan pembunuhan di depan mata disebabkan oleh...