KING
Ep 12
Ji hyo terus memegang peta itu dan matanya fokus meneliti pada setiap bulatan merah yang ditanda.nampaknya ada tiga tempat yang 'di highlightkan'.Balai polis lama,Kelab Malam,dan Hotel Queen.
Kai:hmm..aku tak rasa konco konco ni sengaja jatuhkan peta dekat gudang yang kita jejak pagi tadi.mungkin..ni antara tempat mereka jual syabu.
Ji hyo:tapi apa kaitan dengan balai polis lama?
Jeonghan:selagi kita tak jejak ke tempat tempat ni,kita takkan tau.tapi aku pasti ada benda yang mereka sorok.kau bertiga mesti tau dekat mana balai polis lama ni kan?
Mereka mengangguk laju dan memandang antara satu sama lain.ni berita baik.petunjuk baru yang boleh dikatakan sangat berguna.
________________•________________
Keesokan paginya,mereka membuat keputusan untuk singgah ke balai polis lama dimana cat bangunannya yang sudah luntur dan jelas sudah ditinggalkan bertahun tahun.setelah sampai,mereka berkeliaran di luar bangunan seketika.jeonghan menendang kuat pintu utama sehingga habuk habuk mula bertebangan di sekitar wajah.
Kai:kau bertiga pasti ke nak buat carian dekat sini?entah entah satu petunjuk pun kita tak dapat,yang dapatnya kena kejar dengan penunggu ada lah
Hoshi:kau ni memang banyak tengok cerita horror lah.by the way,aku nak mintak maaf pasal semalam.lagipun aku siapa kan nak halang kau dari jumpa suzy?mungkin aku terlampau penat sampai terikut emosi.
Kai:tak,kau tak salah.silap aku tiba tiba nak mengamuk tak tentu pasal sampai kaitkan dengan kisah lama kau.maafkan aku,my brother.
Mereka memeluk antara satu sama lain.ji hyo sempat mengukirkan senyuman sambil menggelengkan kepala.kemudian,dia menghulurkan walkie talkie ke arah jeonghan sambil berkata,
Ji hyo:memandangkan bangunan ni ada empat tingkat,kita berpecah.kumpul seberapa banyak bukti yang kita boleh dapat.jeonghan,kau tau macam mana nak guna benda alah ni?
Jeonghan mengambil dan terus mendekatkan bibirnya ke arah walkie talkie,
Jeonghan:hello?dengar?
Kedengaran bunyi suaranya pada walkie talkie milik rakannya yang lain.ji hyo membuat isyarat 'ok' dan baru sahaja gadis itu ingin bicara,jeonghan masih kekal menekan butang walkie talkie itu dan membuatkan suara ji hyo tenggelam
Ji hyo:hello?hei,lepaskan tangan kau dari butang tu dulu
Dia terus menepis tangan jeonghan dan kelihatan lelaki itu terus mengalihkan pandangan ke arahnya.ji hyo cuba menerangkan semula cara untuk menggunakan walkie talkie dengan betul.
Ji hyo:cara kau guna tu dah betul.tapi bila kau dah habis cakap,jangan tekan dah butang ni.nanti suara orang lain tak dengar kalau mereka nak communicate dengan kita,faham?
Jeonghan mengangguk tanda faham.ji hyo yang baru selesai bicara,mula menyedari lelaki itu yang masih ralik memandangnya.dia terus mengangkat kening seakan akan pelik dan membuatkan jeonghan terus memandang ke tempat lain sambil berdehem.
________________•________________
Jeonghan mengeluarkan lampu suluh dan menjenguk di setiap bilik di tingkat empat.hmm,tiada apa yang mencurigakan.sedang dia menarik keluar setiap almari kecil,muncul satu kertas yang menarik perhatiannya
Jeonghan:macam mana..
Dia melihat gambar ayahnya di dalam suatu dokumen biodata bekas polis.nanti dulu...sejak bila Andra merupakan ketua polis?dia membelek kertas maklumat dengan laju dan tiba tiba ada satu gambar terjatuh dari dokumen itu.keningnya dikerutkan apabila melihat gambar ayahnya dengan Inspektor Leo.tak mungkin..maknanya mereka pernah jadi sahabat karib?
Dia terus melipat dokumen itu dengan laju dan dimasukkan ke dalam poket jaketnya.dia mula termenung seketika dan lamuanannya terhenti apabila mendengar bunyi berdesing dari walkie talkienya.
Kai:guys?dekat tingkat 3 dah dikosongkan.jadi tak hairan lah kalau aku tak jumpa apa apa.jadi aku tunggu kau semua dekat luar ya?
Raut wajah jeonghan masih kekal tanpa reaksi dan dia memandang sekeliling.jari jemarinya menekan keyboard komputer namun skrinnya masih tidak bernyala walaupun sudah dihidupkan suiz.dia menyilangkan tangan sambil membetulkan urat lehernya dan diiringi dengan keluhan yang berat
Jeonghan:kalau ayah memang bekas ketua polis,kenapa dia...ergh,tak masuk akal langsung
Dia mengetuk kepalanya beberapa kali dan ada banyak persoalan yang bermain di benak fikirannya.
Bersambung
KAMU SEDANG MEMBACA
KING
ActionCOMPLETED ✔️ Watak Utama:Yoon Jeonghan dan Song Ji Hyo Yoon Jeonghan,anak kepada ketua pengganas di bandar Queen,iaitu bernama Andra.Kisah hidupnya yang tragis apabila dari kecil dirinya terpaksa menyaksikan pembunuhan di depan mata disebabkan oleh...