05

29 7 108
                                    

✧・゚: *✧・゚:*

Umairah's

Hari yang ditunggu-tunggukan sudah tiba. Hari dimana semua teume bakal menjerit cemburu. Muahahahaha. Iya, kami akan merakam Treasure Map bersama-sama.

Hadowww, kau ingat kau je ke boleh pergi café yang pelayannya ialah Treasure tapi satu episod je? Opps, tu pun beberapa saat je muncul. Tapi aku? Wah, dua episod. Lama pulak tu.

Aku pejam mata lalu menarik nafas selepas kembali ke dunia realiti. Kemudian dihembus perlahan. Ini kalau riak sangat risau ditarik nikmat. Bawak bertenang, belum pasti jadi lagi rakamannya.

Iyalahkan, walaupun beberapa minit je lagi rakaman akan bermula, tak mustahil tak berlaku apa-apa. Tapi takpe, kita doa yang baik-baik je.

Kelihatan 12 jejaka segak lagikan tampan masuk berjalan ke dalam studio ini. Aku dan Edlina tak payah cakaplah, setiap saat kami berfangirling disini.

Kemudian beberapa orang staff masuk membawa beberapa buah meja untuk dicamtumkan. Mereka mula duduk.

Cik Aurene datang menghampiriku. "Bila pengarah kata awak masuk, awak baru boleh masuk, ya?" Pesan Cik Aurene. Aku mengangguk.

On Air.
Treasure Map Special Episode with Syafa.

"Teu-hi! Treasure imnida!"

Sibuk betul dorang bercakap itu ini. Biasalah, opening video. Aku dan Edlina hanya melihat sahaja sebalik tabir sebelum namaku diseru. "Weh, ingat tau nanti rekod aku guna skrin tu," pesanku. Edlina mengangguk faham.

Nak buat masuk instagram story la nanti ohohoho. 'Coming soon video with princes charming', itupun tajuk sementara. Ini semua juga merupakan pekerjaan sampingan aku iaitu seorang youtubers.

"Aku rasa, viewers kau yang sekarang mungkin bertambah tau, dari 112K subscribers ke 1M subscribers really quick!" Sempat kawanku ini bergurau.

"Syafa Umairah!" Sekali nama aku diseru oleh pengarah. Dan iya, muka peloles aku bakal ditayangkan nanti. Sempat aku melihat Edlina seperti sedang memberi semangat ke arah aku.

"오늘 우리의 별, 말레이시아의 Syafa umairah를 환영합니다!" (Welcome our stars today, Syafa Umairah from Malaysia!) ucap Jihoon dengan penuh teruja selaku MC sementara.

Mereka semua bertepuk tangan, mengalukan kedatangan aku. Dengan lafaz bismillah, aku masuk dengan senyuman manis. Mereka semua bangun lalu senyum, menyambut aku. Ini kali kedua cuma berbeza on-off camera je.

"Annyeong!" Ucap mereka dengan tangan dilambai-lambai ke arahku. Aku mencari tempat dudukku, ternyata di tengah-tengah rupanya. Sekali lagi, aku duduk bersebelahan Hyunsuk dan juga.. Asahi!

Sudahlah, dengan ultimate dan wrecker bertemu. Untuk seketika, aku membayangkan aku dalam percintaan tiga segi. Lmao Syafa Umairah, kembali ke dunia nyata plisss!

Aku dapat agak gerakan mata Cik Aurene seperti sedang memberitahu suruh kenalkan diri. Aku bangun, dengan senyuman, "Hi, my name is Syafa Umairah and you can call me Syafa," Dah macam sesi kenalkan diri masa masuk awal sekolah menengah dulu.

Weh, sumpah kekok! Sudahlah, ibu nak balik! Tapi teringatkan aku bakal ada kenangan-kenangan bahagia dan tidak terlupakan, aku batalkan niat dengan segera.

"그는 Truz 드로잉 아트 대회의 우승자입니다. 그래서 오늘은 샤파와 질의응답 시간을 갖도록 하겠습니다." (Dia ialah pemenang bagi Truz Drawing Art Competition. Jadi hari ini, kami akan melakukan sesi soal jawab dengan Syafa.)

Penyataan dari Jihoon membuatkan semua orang diam mendengar. Entahlah, apa yang aku rasakan sekarang, entah kenapa macam suasana agak kekok. Ke perasaan aku saja?

"But before that!" Ayat daripada Jaehyuk membuatkan semua orang tertanya-tanya sebelum kembali menyambung, "Syafa-sshi, do you have Korean name that you wanna try? We can call you by that name,"

Hah sudah. Cepat-cepat sel otak aku berhubung. Tidak lama selepas aku mengangguk, "Yoonha, Cha Yoonha." Jawabku. Entah kenapa semua sibuk duk pandang Jaehyuk. Apa? Apaa?? Disebabkan ada Yoon ke? Lmao.

"Nice.." Jaehyuk berkata perlahan. Takkan cair kut— lol kau Syafa, sehari tak perasan tak sah eh. Tapi papepun, love yourself okey. Iya, kalau kita tak suka diri kita, siapa lagi nak suka kita? Just me, myself and I.

"그래서 현석그룹과 아사히그룹 이렇게 2개 그룹으로 나눕니다!" (jadi kita akan bahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan Hyunsuk dan satu kumpulan Asahi!) ucap Jihoon.

Ini semua gara-gara mereka duduk bersebelahan aku. I means, aku duduk tengah kut. Senang mereka nak bagi kumpulan.

Patut ke aku bagi jawapan dekat Hyunsuk sebab dia ultimate bias aku? Patut ke aku kenyik mata dekat Asahi sebab jawapan dia ILOVEYOU? Hah sudah, apa aku merepek ni.

Aku kembali menarik nafas lalu dihembuskan perlahan. Aku mula memberi soalan. Dapat aku lihat mereka berdiri, mengangkat tangan setinggi Haruto, nak jawab soalan punya pasal. Sampai terjerit-jerit nama aku.

Sampai soalan ke enam, "나는 얼마나 많은 언어를 잘합니까? A, 2. B, 3. C, 5. D,7. (Berapa banyak bahasa yang saya mahir?)

Hyunsuk segera mengangkat tangan. "C?" Weh sumpah aku tak bagi dia isyarat apa-apa!

Ding ding dong~!

Betul! Dapat aku lihat sekali lagi mulut mereka terlopong, bukan nak berlagak tapi memang berlagak— eh.

"일곱을 기억하다." (Ingatkan tujuh) omel Asahi perlahan namun sempat aku dengar. Dan aku tak pasti sama ada anak Hamada ni puji aku atau perli. Tapi takpe, kita amik yang positif saja.

"어떤 언어를 이해합니까?" (Bahasa apa je faham?) kali ni soalan keluar daripada mulut Jeongwoo. Aku tersenyum, "Malay, English, Korean, Chinese and Japan." Jawabku.

"Yoonha-sshi, 무슨 직업?" (Kerja apa?) tanya Yoshi. Fikir Yoshi, aku fasih banyak bahasa mungkin salah satu sebab ialah pekerjaanku.

"저는 영화 제작 및 애니메이션 분야에서 일하고 있습니다. 때때로 아이디어를 찾기 위해 해외 여행을 떠나야 합니다. 따라서 많은 언어를 배우는 데 아무런 문제가 없습니다. 손실 없음, 우리는 행복합니다."
(Saya kerja dalam bidang penerbitan filem dan juga animasi. Kadang-kadang perlu melancong ke luar negara untuk mencari idea. Jadi, tak salah belajar banyak bahasa. Tak rugi, senang kita.)

Kau jangan, nanti cerita animasi Treasure aku terbitkan dekat channel 611. Siapa tahu? Masuk Netflix ke hah.

TO BE CONTINUED.

lilac skies.Where stories live. Discover now