06

25 7 96
                                    

✧・゚: *✧・゚:*

Umairah's

Behind the scenes.

Kamera di offkan. Sekarang waktu rehat dan kami diberikan beberapa minit untuk mengisi perut masing-masing sebelum kembali menyambung rakaman.

Tapi yang peliknya, mereka tak bangun ke kafeteria ke apa, tapi duduk di tempat masing-masing, menunggu makanan sampai untuk dimakan bersama-sama.

Patut ke aku bangun? Aku mula mencari kelibat Edlina. Siot, mana pergi minah tu?!
"여기 앉아서 우리랑 같이 먹어." (Duduk disini dan makan bersama kami.) ujar Hyunsuk selepas melihat aku macam terkebil-kebil disitu.

Aku hanya mengangguk saja seraya tersenyum. Mana taknya nak tolak, Hyunsuk ajak tu weh!

Makanan diletakkan di hadapanku. Mataku tak habis-habis mencari kelibat Edlina Najwa ni. Ke minah tu dah kena culik dengan mana-mana mamat Korea?!

"네 친구는 어디 있니? Edlina?" (Mana kawan awak?) Soal Jihoon tiba-tiba. Untunglah kau Edlina, hilang je si Jihoon ni cari.

"쟤가 어떻게 알아, 형 그는 이전부터 우리와 함께, 오른쪽?" (Manalah dia tahu hyung, dia dengan kita dari tadikan) sampuk satu suara sebelah aku, Asahi. Jihoon diam seraya mengangguk.

"그는 친구입니까? 아니면 매니저?" (Dia kawan awak ke? Atau seorang manager?) tanya Junkyu pula.

Nak terkentut aku sekarang, tadi Jihoon cari, sekarang Junkyu pula tanya. Mesti heaven gila kalau Edlina dengar ni! Maaflah ya, kalau tak dramatic aku dengan Edlina ni, memang tak sahlah.

"She's my bestfriend," jawabku.

Mereka hanya mengangguk faham saja kemudian sambung makan. Dan aku, masih terkebil-kebil melihat mee hitam aku yang belum disentuh.

"Halal, it's okay." Kata Hyunsuk. Mungkin sebab macam nampak aku ni ragu-ragu sangat kut nak makannya. Aku mula mengambil chopsticks lalu mengeluh perlahan. Aku tahu, kalau Edlina tengok aku sekarang ni, mesti bantai dia gelakkan aku!

Tak masuk weh mee hitam dalam mulut aku! Selama ni aku makan mee guna tangan atau garfu! Tak reti aku pakai chopsticks-chopsticks nih. Aku berharap sangat tiada yang melihat aku. Jatuh saham aku macam ni, malu!

Tiba-tiba Hyunsuk bangun dari kerusinya membuatkan semua mata memandangnya. Dia pergi ke belakang stage, bercakap dengan seorang staff. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan sudu dan garfu ditangannya.

Hyunsuk berikan kepadaku. Aku senyum lalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Such a gentleman! Ibu, nak Choi Hyunsuk!!

Aku mula menyuap mee ke dalam mulutku. Iyalah kan, takknak suap ke mulut Hyunsuk pula. Mahu batal contract kami untuk shooting.

Aku tersentak. Seakan terkena renjatan elektrik. Lambat-lambat aku menoleh ke arah Hyunsuk lagi, "미안하다, 때리다," (mian, terkena) ucap anak Choi tu. Siku kami berlaga, mungkin sebab nak makan dan juga ruang antara kami agak sempit.

"미안, 그래." (Maaf, jugak) kataku pula. Tak sopanlah kan biarkan Hyunsuk saja mintak maaf, lagipun salah aku juga. Dapat aku melihat Hyunsuk menarik kerusinya sedikit menjauh dariku.

Aku mengeluh dalam diam. Kalau tak terkena tadi, boleh duduk dekat-dekat dengan Hyunsuk. Sekarang ni, dia siap bagi halal gap bebetul dekat kau.

Mungkin dia hormat privasi aku sebagai seorang wanita Muslim, dan kau Syafa Umairah! Jangan nak menggatal.

"Asahi," panggil Hyunsuk perlahan. Aku menangkap tingkah laku Hyunsuk yang menggunakan isyarat tangannya, seperti suruh berhati-hati supaya tidak kena aku.

Asahi hanya mengangguk faham. Sekarang anak Hamada ni pula menjauh daripada aku sedikit. Ni yang nak nangis ni! Aku takde virus lahhh!!

TO BE CONTINUED.

lilac skies.Where stories live. Discover now