✧・゚: *✧・゚:*
Umairah's
Berguling-guling Edlina selepas aku menceritakan kepadanya pasal kejadiaan mengenai chopsticks tuh. Lagi kuat dia ketawakan aku macam takde hari esok! Nasib kami berada di bilik hotel kalau tak? Malu aku.
"HaHAhaHAhaHa.." itu namanya gelak semput. Edlina pegang perutnya, mungkin senaklah tu ketawa banyak sangat. Sesekali dia mengesat air matanya yang keluar. Entahlah apa yang kelakar pun dia je yang tahunya.
"Kau.. tula aku kata.. belajar pegang chopstick.. ni apa kau kata? Lebih baik pakai tangan, mudah. Takpun garfu, senang. Aigoo,"
"Ada aku ajar kau hari tu cara-cara pegang penyepit, kau tak nak. Sekarang siapa yang tanggung malu? Kau berdoalah semoga Hyunsuk tak cerita dekat member dia kalau tak, memang teruklah kau jadi bahan ketawa dorang." Tambah Edlina lagi beserta ketawanya yang masih tersisa.
Aku melepaskan keluhan.
"Cuba kau fikir.." Edlina cuba provoke aku.
"Pandai cakap banyak bahasa tapi penyepit tak reti pegang?" Edlina melepaskan ketawanya lagi. Sampai terbahak-bahak member.
"YAHHH!! KAU TIDUR LUAR KARANG!! JANGAN CARI AKUU!!"
"Maafkan aku wahai sahabatku, wahai Syafa Umairah~"
✧・゚: *✧・゚:*
Keesokan harinya, kami tiba di Hangang River selepas menanyakan kepada Cik Aurene. Kalau tak, sesatlah kami agaknya. Kami pun tak pandai pakai waze sangat.
Sepatutnya hari ini kami merakam Treasure Map episod dua bersama Kim Chan, tapi Treasure ada urusan lain secara tiba-tiba. Jadi kami buat kesimpulan untuk berjalan-jalan sekitar Hangang River ni.
Sebelum sempat kami memulakan langkah, tiba-tiba satu suara menghentikan kami. "Jamkaman! Tunggu! Wait!" Hah ambik, bahasa Korea, bahasa English, bahasa Melayu semua dia sapu.
Aku dan Edlina berpandangan kemudian berpaling menghadap suara tersebut.
Mahu tak terlopong aku apabila melihat Hyunsuk dan Junkyu berlari anak ke arah kami. Walaupun mereka pakai topeng muka dan topi, mudah bagiku mengecam mereka berdua.
"우리가 여기 근처에 있다는 것을 어떻게 아십니까? 여기서 뭐하는거야?" (macam mana tahu kami dekat sini? Dan korang buat apa dekat sini?) tanyaku.
"오렌 양이 나에게 말했다. 그리고 우리는 Teume Log Special을 녹음하기 때문에 여기에 있습니다." (Cik Aurene yang bagitahu. Dan kami ke sini sebab kita akan rekod Teume Log Special) jawab Hyunsuk selepas mengatur nafasnya.
Kata Cik Aurene, beberapa hari lepas Treasure sudah shooting untuk promosi produk, tapi banyak rakaman tak berapa jadi. Katanya juga, cuma rakaman Hyunsuk dengan Junkyu yang elok.
Jadi mungkin sebab itu mereka berdua putuskan untuk datang ke sini, jumpa kami sekaligus merekod Teume Log Special.
"자, 시작해 볼까요?" (Jadi, mari kita mulakan?) Tanya Hyunsuk. Aku mengangguk seraya tersenyum. Sempat aku mmelihat Edlina yang dari tadi bersembang dengan Junkyu.. OMO! Double dates?! Ha. Ha. Ha. Teruskan imaginasimu.
Aku, Hyunsuk dan Junkyu mula pegang kamera go-pro masing-masing. Sempat aku mendengar sedikit arahan daripada manager-nim.
Edlina dan seorang staff mereka menjadi cameraman dan cameragurl. Aku hanya mengikuti Hyunsuk yang mula menunjuk keindahan Hangang River dan kawasan sekeliling ini.
Junkyu juga sempat melawak. Kami berbual seperti biasa dan ketawa. Selama ini aku berjalan dari rumah ke kedai runcit punyalah lenguh. Tapi kali ini semangat dia lain macam! Lenguh? Lebih kepada seronok!
Hampir 30 minit kami berjalan, akhirnya manager mereka memberi isyarat suruh berhenti. Kami berehat seketika. Aku duduk bersebelahan Hyunsuk di bangku, tidak jauh dari kami kelihatan Edlina dan Junkyu duduk bersebelahan juga.
"Syafa-sshi, 트메로그 스페셜의 경우 샤파는 트레저 전 멤버, 샤파 외 2명의 멤버와 30분 간격으로 녹화를 진행한다. TMI Log의 경우 Syafa가 YG 사옥에서 진행되는 모든 라운드를 녹화할 예정입니다." (Syafa-sshi, untuk Teume Log Special, Syafa akan rekod dengan semua ahli Treasure, Syafa dan dua ahli setiap 30 minit. Manakala untuk TMI Log Syafa akan join kami semua rekod pusing-pusing dalam bangunan YG) terang Hyunsuk.
Aku mengangguk faham. "이 근처에 할랄하고 맛있는 식당이 있습니까? 나도 해보고싶다." (dekat sini ada restoran yang halal dan sedap tak? saya teringin juga nak cuba)
Lama Hyunsuk diam, mungkin sedang berfikir. "여기에서 가깝지만 가게는 오후 3시에 문을 엽니다." (dekat saja dari sini, tapi kedai tu buka pukul 3 petang.)
"그렇다면 먼저 이곳을 산책해볼까요? 져도 일찍 돌아와. Boleh double dates.." (kalau macam tu kita jalan-jalan dulu sekitar sini? lagi pun rugilah balik awal-awal) sampuk Edlina tiba-tiba. Ayat terakhirnya diperlahan sedikit. Cukup aku yang faham.
Hyunsuk dan Junkyu berpandangan kemudian memandang manager mereka seperti meminta izin. Manager mereka mengangguk.
Melompat gembira kami berdua, "double dates tahik kau? Tak berapa double tarikh kalau ada manager dia sekali." Omel aku. "Iyalah, anggap je double tarikh, dah jom." Aku dan Edlina berjalan beriringan sambil memeluk lengan memasing.
Kami ke sana, ke situ, ke sini, ibarat kata hampir setiap pelusuk Hangang River kami berjalan tidak henti. Mungkin managernim menyesal sebab bagi kebenaran tadi lol.
"Weh, tangkap gambar aku dekat sini kejap," Aku pandang Edlina lalu menyerahkan telefon aku kepadanya. Lambat-lambat aku memandang Hyunsuk seraya tersengih comel, "Hyunsuk-sshi.." seperti otak kami berhubung, Hyunsuk berdiri di sebelah aku.
"Okay, five siv seven eight.. say kimchi— alamak, fon kau habis bateri ni!" Omel Edlina. "Guna telefon kaulah!" Ujarku. "Telefon aku pun habis bateri masalahnya,"
Terbuka luas mata kami apabila melihat Hyunsuk menyerahkan iphone 14 ProMax nya kepada Edlina, "you can use this,"
Selepas dua tiga snap Edlina tekan lalu dia menyerahkan kembali telefon kepada tuan empunya badan. "Kamsahamida.." ujar kami serentak.
"Ini kalau Hyunsuk post dekat weverse ni, heaven lah kau.." bisik Edlina. "Come, I take your pictures with Junkyu too," kata Hyunsuk.
Aku mula menolak Edlina berdiri di tepi Junkyu, pandai-pandailah dia guna daya kakinya untuk tidak terkena Junkyu. Edlina menjeling aku tapi tidak lama selepas Junkyu bisik sesuatu kepada Edlina.. aku tak dengar.
TO BE CONTINUED.