17

29.2K 1.1K 131
                                    

Hud mengangkat bag pakaiannya masuk ke dalam bonet belakang kereta. Kemudian dia melangkah mendekati abah yang sedang duduk termenung di atas gazebo.

"Angah pergi dulu, abah doakan urusan angah dipermudahkan dekat sana." Hud tunduk salam abahnya dan mencium tangan lelaki ini. Abah seperti biasa kaku dan membisu apabila dia bersalam dengannya.

Hud berjalan mendekati ibu yang sedang mengesat air matanya. Ibu ni macam tak biasa je, anak dia nak pergi berlayar berbulan lamanya.

"Kenapa ibu sedih sangat ni? Macam la ibu tak biasa angah menghilangkan diri berbulan-bulan. Angah nak pergi menghantar bantuan kemanusiaan je, selepas tu angah balik la." Kata Hud sambil memeluk erat tubuh ibunya supaya dia ini berasa tenang

Hud melangkah mendekati Huda, dia mencapai jari jemari Huda. Dia berasa tidak sanggup mahu berjauhan dengan isterinya ini.

"Kalau cinta rindu abang sebut nama Muhammad Hud, abang akan ubati rindu cinta dari jauh." Ujar Hud sambil mencium tangan Huda dengan penuh kasih sayang.

"Cinta jaga diri tau sepanjang abang tak ada ni, jaga diri, jaga makan, cinta kena kuat melawan dugaan yang datang saat abang tiada di sisi cinta. Doakan abang selamat pergi dan balik. I love you, cinta." Ucap Hud dengan nada suara yang tenang di dengari kemudian dia mencium ubun-ubun isterinya ini.

"Saya doakan awak selamat pergi dan balik. Awak pun jaga diri, jangan lupa balik ke sini semula." Ujar Huda, tiba-tiba dia berasa sebak saat mendoakan suaminya ini selamat pergi dan balik. Huda tunduk bersalaman dengan Hud kemudian dia mencium tangan lelaki ini.

"Walaupun jasad kita terpisah, jiwa kita akan tetap bertaut, cinta." Kata Hud sambil meletak tapak tangan di atas kepala Huda kemudian dia mengucup sekali lagi dahi Huda.

Hud memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah Cikgu Sulaiman. Berat hatinya mahu meninggalkan Huda terlalu lama, baru beberapa minit gerak dia sudah merindui isterinya itu.

"Ya Allah, jagakanlah isteri ku untuk ku sepanjang aku jauh daripadanya. Lindungilah dia daripada kejahatan yang melampau." Berdoa Hud agar Allah SWT selalu melindungi Huda daripada kejahatan dunia.

"Jom kita masuk ke dalam rumah." Ajak Puan Rohaya sambil memegang lengan Huda, selepas ini adalah geng perempuan dia nak bersembang.

"Nak ke mana tu?" Tanya Cikgu Sulaiman dengan nada suara yang agak tinggi.

"Masuk ke dalam la. Kenapa ni?" Tanya Puan Rohaya hairan, pelik pula perangai suaminya hari ni.

"Awak masuk ke dalam sekarang tetapi perempuan ni tak di benarkan menjejak kaki ke dalam rumah saya kalau Hud tak ada!" Jerkah Cikgu Sulaiman di hadapan muka Huda.

Huda dan Puan Rohaya terkejut mendengar kata-kata lelaki di hadapan mereka ini.

"Apa masalah abang ni? Kalau Hud tahu abang buat macam ni pada isteri dia. Marah dia nanti." Ujar Puan Rohaya tak puas hati.

"Awak masuk sekarang! Sekarang!" Tengking Cikgu Sulaiman, mengejutkan Puan Rohaya. Laju langkah kakinya masuk ke dalam rumah, kasihan dia melihat Huda di marahi suaminya itu.

"Apa salah Huda pada abah? Kenapa abah benci Huda?" Tanya Huda sayu sambil air mata mengalir di pipinya.

"Aku tak suka tau perempuan jijik macam kau ni, perempuan yang meletak maruahnya di kaki. Aku tak faham la apa anak aku pandang pada kau ni? Aku tak nak ada perempuan jijik duduk di dalam rumah aku ni." Ujar Cikgu Sulaiman sinis sambil menunjal kepala Huda beberapa kali.

Semakin laju air mata mengalir membasahi pipi Huda, kenapa dia mesti di hina seperti ini?

"Abah, Huda kena fitnah. Huda bukan perempuan macam tu. Abah, Huda merayu jangan hina Huda macam ni." Kata Huda sambil melutut di kaki Cikgu Sulaiman, dia menangis teresak-esak. Dia tak sanggup mendengar penghinaan yang dilempar kepadanya.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now