32

25.9K 988 74
                                    

"Ya Allah, Ya Tuhan ku.. Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan ini, nikmat masih ada tempat tinggal dan nikmat masih dikelilingi orang yang baik-baik. Ya Allah, Ya Rahman. Aku mohon berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi ujian di dalam kehidupan ini dan aku mohon lindungi suami aku dalam apa jua keadaan. Aku sangat merindui dia." Huda menangis teresak-esak di atas sejadah ini.

"Saya sangat rindu awak, Muhammad Hud. Saya dah tiada sesiapa di dalam dunia ni, tolong la balik cepat. Saya tak kuat hadapinya sendirian." Rintih Huda, air mata terus mengalir laju membasahi pipinya.

Huda mencapai Al Quran terjemahan yang Hud hadiahkan kepadanya, pelahan-lahan dia membuka Al Quran ini. Satu ayat Al Quran yang telah Hud highlight menarik perhatiannya dan ayat ini menambahkan lagi kekuatan jiwanya saat ini.

"... Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. Surah an-Nahl ayat 96."

Tenang hati Huda saat membaca terjemahan itu, semoga ada berita baik untuknya di kala kesedihan ini.

Tiba-tiba Huda berasa pening dan loya, kelam kabut dia bangun dan berlari menuju ke sinki. Dia berasa mahu memuntahkan sesuatu tetapi tiada pun yang keluar. Huda memicit kepalanya yang tiba-tiba berasa pening, dia baring di atas sejadah. Dia ada tersalah makan ke atau terkurang makan ke? Huda berasa loya lagi, kelam kabut dia bangun dan menuju ke sinki semula. Dia hanya memuntah air saia, dia mengurut tekaknya yang masih terasa loya. Dia harap tiada penyakit yang berbahaya menimpanya.


Puan Rohaya memberhentikan keretanya di dalam ladang getah ini. Dia memandang sekeliling untuk pastikan tiada orang mengekorinya.

"Assalamualaikum.. Huda?" Panggil Puan Rohaya mengetuk pintu pondok kayu yang kecil ini.

"Waalaikumussalam.. Ibu, masuk la. Huda muntah dan pening je hari ni. Ada salah makan kot." Kata Huda sambil mengambil mangkuk tingkat yang di hulur Puan Rohaya kepadanya.

"Huda makan apa semalam? Badan ni nampak lemah je? Ibu ada masakan sup ayam, mana tahu boleh segarkan badan tu." Kata Puan Rohaya sambil membelai rambut Huda, kasihan dia melihat wajah Huda yang pucat ini.

"Huda makan masakan ibu je. Huda minta maaf susahkan Ibu kena hantar makanan pada Huda. Huda nak masak tetapi tak larat nak bangun." Kata Huda sayu, tiba-tiba dia berasa loya lagi kelam kabut dia berlari ke singki memuntahkan air saja.

"Huda okay tak ni?" Tanya Puan Rohaya gelisah sambil menggosok belakang Huda.

"Entah-Entah Huda pregnant. Yes! Ibu rasa Huda pregnant la. Dah period ke belum ni?" Ujar Puan Rohaya teruja sambil memimpin Huda menuju ke ruang tengah pondok ini.

Huda terkejut mendengar kata-kata ibu mentuanya. Dia memang dah lambat beberapa hari datang haid.

"Belum datang period lagi." Balas Huda sambil meletak tapak tangan pada perutnya.

"Jom kita pergi ke klinik dekat pekan." Ajak Puan Rohaya teruja sambil mencapai tudung Huda dan menarik tangannya menuju ke kereta. Dia tidak sabar untuk tahu result itu nanti

Huda mengukir senyuman melihat keterujaan ibu mentuanya ini. Kalau betul dia mengandung pasti Hud orang paling bahagia.

Huda dan Puan Rohaya gelisah menunggu hasil ujian air kencing. Tidak lama kemudian muncul Dr. Rina dengan senyuman.

"Macam mana doktor?" Tanya Puan Rohaya gelisah menanti jawapan daripada Dr. Rina.

"Tahniah! Puan Huda pregnant 5 weeks." Kata Dr .Rina teruja dengan nada suara gembira.

Puan Rohaya dan Huda saling berpelukan selepas mendengar berita itu.

"Kalau Hud tahu mesti dia happy ini. Huda tak sabar tunggu dia balik." Kata Huda sambil merenung pregnacy test ini, macam mana la reaksi Hud kalau melihat ini pasti dia akan terlebih teruja.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now