30

26.3K 1K 126
                                    

Usai Tok Imam membaca talkin beberapa orang mula meninggalkan tanah perkuburan Kg Seri Chempaka ini. Huda masih bertafakur di atas tikar hadapan pusara arwah Tok Aki dan Nek Jah, dia cuba untuk tidak menangis, dia perlu kuat menghadapi dugaan ini.

"Sayang, jom ikut ibu balik. Tak elok duduk dekat sini lama pada waktu malam." Ajak Puan Rohaya sambil memeluk bahu Huda.

"Abah tak marah ke?" Tanya Huda gelisah, dia takut ibu di marahi abah kerana membawa dia ke rumah itu.

"Pasal abah nanti ibu cakap dengan abah ya. Jom sayang." Puan Rohaya membantu Huda untuk bangun, badan menantunya ini sangat lemah.

"Nenek, atok, Huda balik dulu ya. Nanti Huda datang lagi, Huda janji Huda akan kuat hadapi semua ni." Ujar Huda sebak, pelahan-lahan dia melangkah meninggalkan pusara atok dan neneknya. Air mata laju mengalir membasahi pipi apabila dia semakin jauh melangkah meninggalkan pusara mereka.

Adam memberhenti kereta di hadapan rumah Cikgu Sulaiman. Hatinya gementar sebenarnya nak mengadap abah sekejap lagi kerana telah membawa Huda balik ke rumah ini. Kalau tidak di mana Huda nak tinggal jika bukan di sini.

"Ha! Kenapa bawa budak sial tu balik sini?!!" Jerkah Cikgu Sulaiman yang sedang berdiri di muka pintu sambil mencekak pinggang, wajahnya bengis memandang tepat ke arah Huda.

Huda menyorok di belakang Puan Rohaya kerana takut dengan renungan Cikgu Sulaiman itu.

"Abang, jangan la cakap macam tu dengan Huda. Abang tahu kan rumah atok dia baru terbakar dan dia kehilangan mereka. Biar la dia tinggal di sini untuk sementara waktu." Kata Puan Rohaya cuba memujuk suaminya ini.

"Aku tak izinkan dia masuk ke dalam rumah. Dia hanya boleh jejak kaki sampai anjung ini saja.Esok pagi dia kena berambus daripada sini, lagi satu aku tak benarkan dia menggunakan bantal, selimut, tilam atau apapun barang di dalam rumah ni. faham?!" Ujar Cikgu Sulaiman dengan nada suara tinggi sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tak apa la ibu, Huda tak kisah kalau tidur dekat anjung tu. Janji ada tempat berteduh untuk malam ni, cuma Huda nak telekung je." Kata Huda sebak, dia tahu dia akan dilayan sebegini oleh bapa mentuanya.

"Dalam kereta ibu ada telekung dan bantal, Huda guna tu sayang. Ibu minta maaf sebab tak mampu bagi keselesaan pada Huda macam Hud bagi, kalau Hud ada mesti Huda tak akan macam ni." Kata Puan Rohaya sayu, dia serba salah kerana tidak mampu menunaikan janjinya pada Hud.

"Ibu, Hud tak boleh tahu pasal ni. Biar kita je yang tahu apa terjadi dekat sini. Kalau Hud call ibu tanya cakap la telefon Huda rosak, sebab memang rosak pun sebab terbakar. Ibu jangan la risau Huda okay la." Ujar Huda bersungguh-sungguh, dia bersyukur kerana mempunyai ibu mentua yang sangat penyayang.

"Yela nanti kalau Hud call Ibu atau Adam kami akan beritahu macan tu. Huda berehat la dulu, ambil ni berehat dekat tikar ni ya." Kata Puan Rohaya sambil membawa Huda ke anjung rumah kampung ini untuk berehat.

Huda mengangguk pelahan mendengar kata-kata ibu mentuanya ini. Dia melabuh punggung di atas tikar mengkuang ini, dia bersyukur kerana masih ada tempat berteduh untuk malam ini. Dia tidak tahu bagaimana mahu menghadapi hari esok.

Angin bertiup kencang, kilat sambung menyambung dan hujan pula turun dengan sangat lebat diiringi angin yang bertiup kencang. Huda terjaga daripada tidur, pakaiannya lenjun di basahi air hujan yang tempias akibat di tolak angin. Huda duduk sambil memeluk lutut menggigil kesejukan.

"Sejukk.... Sejukk..." Kata Huda dia terlalu kesejukan mengigil seluruh tubuhnya saat ini, bila la hujan dan angin ribut ini mahu berhenti.

"Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin." Huda ulang doa itu berkali-kali memohon pertolongan Allah SWT. Badannya terasa sangat lemah saat ini, air mata mengalir membasahi pipi. Tiba-tiba dia merindui Muhammad Hud, kalau la lelaki itu ada pasti dia tak akan membiarkannya kesejukan seperti ini.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now