34

26.9K 1K 68
                                    

Proton X70 yang di pandu Hud berhenti diperkarangan rumah Tok Aki. Semasa Hud melangkah keluar daripada kereta dia terkedu melihat rumah Tok Aki hanya tinggal tapak saja, rumah ini seperti musnah di akibat kebakaran. Dia memandang sekeliling mencari susuk tubuh Huda, nenek atau atok, tetapi dia tidak menjumpai apa yang dia cari.

Hud kelam kabut melangkah masuk semula ke dalam keretanya, dia memulakan pemanduannya meninggalkan perkarangan rumah Tok Aki. Dia memandu laju menuju ke rumah abah, hatinya gelisah memikir keadaan Huda, atok dan nenek apabila melihat keadaan rumah atok yang musnah akibat kebakaran.

Hud memberhentikan keretanya di hadapan rumah abah, laju saja dia melangkah masuk ke dalam rumah kampung ini.

"Ibu? Ibu? Ibu?" Panggil Hud mencari ibu dia di ruang dapur.

"Eh? Hud? Dah habis belayar ke?" Tanya Puan Rohaya apabila melihat susuk tubuh Hud di dapur ini.

"Macam mana rumah Tok Aki boleh terbakar? Mana mereka?" Tana Hud gelisah memikir keadaan orang dia sayang, lebih-lebih lagi Huda.

"Atok dan nenek meninggal dunia semasa kebakaran rumah tu, Huda pula ibu tumpangkan dia dekat pondok di dalam ladang getah kita.Abah tak bagi dia tumpang dekat sini." Hud terkejut mendengar kata-kata ibunya, dia meraup wajahnya dengan tapak tanganya, sesekali dia melepaskan keluhan.

"Ibu.. rumah tu teruk. Tak ada elektrik, jauh dengan orang ramai. Kenapa abah kejam sangat? Hud nak pergi cari Huda." Kata Hud tergesa-gesa meninggalkan runag dapur ini. Hati dia semakin tidak tenang apabila mengetahui Huda tinggal di rumah pondok yang kecil dan serba kekurangan itu.

Laju Hud memecut keretanya menuju ke ladang getah milik ibunya, dia berharap Huda dalam keadaan baik dan lanun itu tidak menjumpai Huda lagi sebelumnya. Kereta yang dipandu Hud berhenti di hadapan pondok kecil itu. Hatinya gelisah melihat pintu rumah yang terbuka luas. Kelam-kabut Hud keluar daripada kereta dan melangkah laju menuju ke pintu rumah.

"Ya Allah! Cinta?!" Terkejut Hud apabila melihat Huda terbaring kaku di atas lantai dengan keadaan seluar dipenuhi darah. Dia menerpa kearah Huda, kepala isterinya di letak di atas ribanya.

"Cinta? Cinta? Abang merayu jangan tinggalkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang." Pipi Huda di tepuk lembut, masih tiada respond daripada Huda. Hud mendukung Huda dan membawanya ke kereta dan dia meletak Huda di tempat duduk penumpang hadapan.

Hud memandu laju keretanya menuju ke hospital, tidak tenang jiwanya melihat keadaan Huda yang tidak sedarkan diri, tangan Huda dikucup penuh kasih sayang.

"Bertahan cinta, kita dah nak sampai hospital. Abang merayu jangan pernah tinggalkan abang." Menitis air mata saat Hud kerana risau jika Huda meninggalkan dia buat selamanya. Dia mengucup lama tangan Huda.

Sampai sahaja di hadapan Jabatan Kecermasan hospital, Hud mendukung Huda dan membawanya masuk ke dalam Zon merah untuk menerima rawatan.Dia di minta tunggu di luar Zon merah kerana hanya pesakit sahaja yang di benarkan berada di dalamnya.

Hud mundar mandir, gelisah memikirkan keadaan isterinya. Dia telah terlambat menjadi penyelamat Huda, dia gagal menunaikan janjinya yaang sentiasa akan melindungi isterinya.

"Ya Allah. Engkau selamatkan lah cinta hati ku Huda Dahlia dan lindungi la dia. Engkau berikanlah kesembuhan kepadanya. Aku mohon pada MU panjangkan umurnya dan berikanlah kami peluang untuk hidup bahagia. Amin Ya Rabba Al alamin." Berdoa Hud kepada Alla Maha Pengasih memohon agar diberikan kesembuhan kepada isterinya itu.

"Waris Puan Huda Dahlia?" Seorang doktor perempuan mendekati Hud.

"Ya doktor, saya suami dia. Bagaimana keadaan isteri saya?" Tanya Hud resah memikirkan keadaan Huda.

"Alhamdulillah keadaan dia stabil, cuma dia agak lemah kerana kehilangan banyak darah.Saya minta maaf kerana gagal menyelamatkan bayi Encik."

Hud terkejut mendengar kata-kata doktor, dia meraup wajahnya. Dia tak sangka Huda mengandung rupanya.

"Tetapi masih ada lagi seorang yang bertahan di dalam rahim ibu dia.Puan Huda mengandung bayi kembar, seorang kami gagal selamatkan, tetapi seorang lagi sihat dan kuat di dalam rahim Puan Huda." Kata doktor dengan nada suara gembira.

"Alhamdulillah,terima kasih doktor." Hud lega mendengar berita itu,tak sangka Huda mengandung dan bayi mereka adalah kembar tetapi lagi seorang telah menjadi anak syurga.

"Kami nak bawa Puan Huda ke ward biasa, Encik boleh la ikut kami." Kata doktor sebelum menyusun langkah masuk ke dalam Zon merah. Hud mengekori doktor itu tidak sabar dia mahu berjumpa dengan isteri yang tersayang, dia harap Huda tabah mendengar berita sedih ini.

Hud duduk di atas kerusi yang terletak di sisi katil Huda sambil memegang erat tangan isterinya, sesekali dia mencium tangannya. Dia setia menunggu Huda sedar kerana dia rindu ingin mendengar suara isterinya..Badan Huda bergerak sedikit, dan pelahan-lahan Huda membuka matanya.

"Assalamualaikum... Permaisuri ku,panglima awak dah balik ni." Ujar Hud sambil mengucup lama dahi Huda.

"Muhammad Hud?" Panggil Huda lemah

"Ya cinta, Muhammad Hud awak dah balik." Jawab Hud sambil mencium kedua pipi Huda.

"Bukan mimpi kan?" Tanya Huda lagi, dia menyentuh pipi Hud.

"Tak, cinta. Abang memang ada dekat depan cinta ni." Balas Hud sambil mencium tapak tangan Huda.

Menitis air mata Huda saat mengetahui ini bukan mimpi

"Jangan tinggalkan saya lagi." Merayu Huda.

"Tak, cinta. Abang akan sentiasa ada untuk cinta." Ujar Hud sambil mengusap lembut pipi Huda

"Awak, baby kita macam mana? Dia okay kan?" Tanya Huda mengharapkan baby mereka di dalam keadaan baik.

Serba salah Hud mahu menyampaikan berita sedih ini.

"Baby kita... seorang baby kita tak dapat di selamatkan tetapi lagi seorang kuat di dalam rahim cinta. Kita jaga dia bersama ya cinta." Ujar Hud mencium ubun-ubun Huda.

"Baby kita kembar?"

"Ya cinta, baby kita kembar tetapi yang lagi seorang tu Allah lebih sayangkan dia. Hanya seorang saja yang Allah bagi pinjam pada kita untuk kita menjaganya bersama." Kata Hud, jari jemarinya menggenggam erat tangan Huda.

"Saya minta maaf, dia bunuh baby kita. Lelaki bertopeng tu bunuh baby kita, dia cium saya. Saya dah kotor ke? Awak mesti akan tinggalkan saya kan?" Huda tiba-tiba menangis teresak-esak sambil menampar mukanya berkali-kali kerana geli di cium lelaki durjana itu.

Hud mendengus kasar mendengar kata-kata Huda, lelaki bertopeng itu la punca kematian anaknya. Lelaki itu sudah datang dahulu sebelumnya. Hud nekad mahu membalas semua kejahatan lelaki itu. Dia sangat tekad kali ini.

"Ishhh.. cinta jangan macam ni. Cinta tak kotor, abang tak akan pernah meninggalkan cinta. Abang akan setia sisi cinta untuk selama-lamanya." Hud memeluk erat tubuh Huda yang sedang berbaring di atas katil hospital ini.

Huda membalas pelukan Hud, dia takut jika Hud meninggalkannya. Dia tak boleh hidup tanpa lelaki ini.

"Awak, nenek dan atok dah tak ada. Saya hanya ada awak je sekarang ni. Jangan tinggalkan saya." Kata Huda sambil menangis, tubuh Hud dipeluk sangat erat.

"Abang janji tak akan pernah tinggalkan cinta lagi. Mana mungkin panglima meninggalkan permaisurinya." Hud mengesat air mata Huda yang mengalir, dia mencium kedua-dua pipi isterinya ini.

" Betul? Janji yang awak tak akan pernah tinggalkan saya?" Huda menunjuk jari kelingkingnya di hadapan Hud.

"Abang janji tak akan tinggalkan cinta sendirian kecuali abang pergi bekerja. Abang nak hidup dengan cinta sehingga ke Jannah." Kata Hud bersungguh-sungguh dan jari kelingking mereka bertaut.

"Allah mencipta matahari untuk siang, manakala cinta tercipta untuk abang." Kata Hud dengan nada suara romantik, dia mengucup seketika bibir Huda.

Huda mengukir senyuman mendengar kata-kata Hud, dia menggenggam erat jari jemari suaminya ini. Dia tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila, sehingga la nyawa terpisah daripada jasadnya.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now