45

28.3K 1K 66
                                    

Hud mendukung bayi comel yang baru sahaja selamat dilahirkan sejam lalu, pipi montel bayi itu di cium penuh kasih sayang. Usai melaungkan azan pada telinga bayi mereka ini, Hud membawanya kepada Huda yang sedang menanti mahu menyusukannya.

"Terima kasih cinta kerana telah melahirkan bayi kita, tanda cinta kita. Abang berjanji akan sentiasa membahagiakan cinta dan anak kita. Abang akan sentiasa ada untuk cinta." Kata Hud sambil mengucup lama ubun-ubun Huda dan kemudian turun ke pipi Huda.

Tidak sangka selepas menjamu selera di macdonald Huda kata ada air keluar dan mengalir di pehanya seperti air ketuban. Laju dia memandu menuju ke hospital. Alhamdulillah, segala urusan bersalin Huda dipermudahkan.

"Saya pun nak berterima kasih dengan abang kerana tidak jemu melayan karenah saya dan tak pernah merungut sepanjang kita bersama. I love you." Ucap Huda sambil mencium tangan Hud.

"Cinta,nak letak nama apa untuk baby kita?" Hud mencium kepala bayi lelakinya yang sedang menyusu itu.

"Saya serahkan semuanya kepada abang. Pilih la nama yang abang suka, saya ikut je."

"Abang nak letak nama dia, Hilman Darwish. Semoga dia sentiasa di kasihi sehingga hujung nyawa dia dan dia membesar menjadi anak yang soleh, taat akan perintah Allah dan ibubapanya." Doa Hud, dia mencium lagi kepala bayinya.

"Amin.. sedap nama tu. Saya tahu abang akan pilih nama yang terbaik untuk bayi kita."

"Abang akan lakukan yang terbaik untuk keluarga kita, abang ada booking satu service menjaga orang berpantang, dia akan menjaga cinta selama 50 hari 24 jam. Cinta hanya focus pada baby, lain-lain dia akan uruskan.Cinta, abang minta maaf sebab esok abang kena berlayar ke Lubnan untuk menghantar bantuan.Abang minta maaf kerana tak ada sepanjang cinta berpantang tetapi abang dah cuba sediakan yang terbaik untuk cinta."Kata Hud sambil menggenggam erat jari jemari Huda, berat hatinya mahu memberitahu berita ini.

Menitis air Huda mendengar kata-kata Hud, dia dapat merasakan yang Hud akan pergi terlalu lama kali ini.

"Bukan ke dekat sana tengah berperang ke?" Tanya Huda gelisah, dia ada tengok berita yang di negara itu sedang berperang ramai tentera yang masuk ke sana tak dapat keluar semula. Bagaimana jika Hud tidak keluar semula daripada sana?

"Abang hanya pergi menghantar bantuan untuk tentera di sana saja. Selepas tu kami akan balik ke Malaysia, perjalanan ke sana mungkin dua bulan lebih. Cinta jangan la risau, In Shaa Allah semua akan okay." Kata Hud cuba menenangkan perasaan Huda, sedangkan dia sendiri tidak pasti sama ada dia akan selamat atau tidak di sana.

"Abang janji akan balik pada saya?"

"Abang janji abang akan balik pada cinta dan baby kita, abang akan balik untuk menjaga keluarga kita sehingga hujung nyawa abang." Kata Hud, kemudian dia mencium lama dahi Huda. Dia menahan air mata daripada mengalir keluar dia tak boleh menangis.

"Abang tolong jangan mungkir janji, saya tak tahu macam mana nak hidup tanpa abang." Kata Huda sambil menangis teresak-esak.

Hud duduk di sisi Huda, dia memeluk erat bahunya dan membawa Huda ke dalam pelukan dia. Kepala Huda di cium penuh kasih sayang.

"Cinta jangan macam ni. Setiap yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT dan sebagai hamba Nya yang beriman kita kena percaya pada qada dan qadar. Cinta kena kuat walaupun abang tiada di sisi cinta kerana cinta ada Darwish, dia kan tanda cinta kita. Abang nak cinta ingat ni, walaupun jasad kita terpisah jiwa dan hati kita tetap bertaut." Kata Hud sebak, dia berat mahu meninggalkan Huda dan Darwish tetapi apa kan daya negara memerlukannya.

Air mata Huda terus mengalir saat mendengar kata-kata Hud. Beratnya dia mahu melepaskan suaminya ini, lebih-lebih lagi apabila mereka baru nak bahagia bersama Darwish. Dia takut jika Hud tak kembali kepadanya semula, adakah dia akan kuat tanpa Hud di sisinya?

Apabila Huda dan Darwish, Hud keluar melangkah menuju ke taman hospital. Dia meminta Adam datang ke sini bersama maklumat penting. Sebelum dia pergi ke Lubnan dia perlu siasat sesuatu.

"Ini angah maklumat yang Adam dapat." Kata Adam sambil menghulur satu envalope berwarna coklat kepada Hud.

Apabila Hud melihat isi kandungan envalope itu dia beristighfar panjang, dia meraup wajahnya dengan tapak tangan.

"Mana Adam dapat maklumat ini?"

"Amir, dia terlibat juga. Dia tangkap gambar sebab nak di gunakan untuk ugut jika mereka tidak membayar dia seperti yang di tetapkan. Adam bayar dia untuk dapatkan maklumat ini, RM3000 nak dapatkan bukti ni. Sebab diaorang upah dia RM3000. Diaorang halang pintu dengan kayu supaya nenek dan atok Huda tak dapat keluar. Dua orang bakar rumah ni, seorang melengahkan masa Huda di gerai."

Turun naik nafas Hud mendengar cerita Adam, ikutkan hati dia nak belasah perlaku yang telah membakar serta membunuh atok dan nenek Huda tetapi dia kena sabar. Dia serahkan semuanya kepada pihak berkuasa, biar mereka melakukan kerja itu.

"Serahkan bukti ni pada polis, biar mereka membuat kerja. Angah tak nak ada pembelaan, angah nak mereka di hukum dengan hukuman berat." Tegas Hud, jika perlu dihukum gantung sampai mati dia akan sokong hakim itu, tidak kira la darah daging sendiri dia tetap akan memperjuangkan sehingga perlaku itu mendapat hukuman paling berat. Semasa membuat kejahatan tak fikir darah daging, apabila nak di hukum baru nak bertaubat dan mengaku saudara. Dia benci manusia seperti itu.

"Angah yakin ke nak serahkan pada polis?" Tanya Adam gelisah, dia marah juga jika diingatkan balik kekejaman itu. Apabila mengenangkan si perlaku dia kasihan pula, memang tak boleh menjadi tentera jika sikap dia begini

"Adam ada nampak angah main-main ke? Biar angah yang serahkan bukti pada polis kalau Adam takut. Angah tak akan duduk diam kalau ada orang menyakiti Huda Dahlia. Walaupun dia menyakiti perasaan Huda hanya sebesar zarah orang tu tetap kena hukuman paling berat." Kata Hud dengan nada suara meninggi dan serius. Paling pantang dia kalau ada orang menyakiti isterinya tidak kira la, mental, fizikal or hati dia memang tak akan melepaskan orang itu. Walaupun orang itu adalah darah dagingnya sendiri.

"Untungnya Huda dapat suami macam angah. Arwah ibu kata angah mencintai Huda sejak 9 tahun lalu betul ke? Kenapa angah jatuh cinta dengan dia?" Tanya Adam yang tiba-tiba berminat dengan kisah cinta Hud dan Huda.

"Yup sejak 9 tahun lalu tetapi Huda tak tahu pasal ni, angah tak tahu macam mana nak beritahu dia. Kali pertama angah tengok dia angah jatuh cinta dengan dia dan angah yakin dia jodoh angah sebab tu angah tunggu dia. Adam, nanti masuk ke bilik angah ada satu lukisan di dalam laci dekat meja tulis angah. Bagi lukisan tu pada Huda apabila angah dah pergi ke Lubnan. Itu hadiah daripada angah untuk dia semperna angah ke sana sebab angah takut kalau angah tak dapat balik pada dia." Ujar Hud sebak, dia tidak pasti kenaoa perasaannya ingin berlayar sangat lain tak seperti selalu.

"Angah jangan la cakap macam tu, Adam ada angah je sekarang ni." Adam memeluk erat tubuh abangnya ini, kalau Hud tiada dia akan hilang tempat bergantung dan mengadu.

"Kita tak tahu apa rancangan Allah untuk kita tetapi apa yang pasti rancangan Allah adalah yang terbaik. Adam kena kuat tanpa angah." Kata Hud membalas pelukan adiknya ini, dia tahu adam seorang yang kuat walaupun agak manja.

Hud mendongak ke langit malam yang dipenuhi bintang. Adakah dia masih berpeluang melihat langit ini lagi? Dia terima setiap ketentuan yang Allah tetapkan untuknya kerana dia telah bersedia untuk semua itu.

AKU UNTUK DIA|MUHAMMAD HUD (C)Where stories live. Discover now