Bab 31

79 2 0
                                    

Sofea berjalan dalam keadaan tergesa gesa. Dia sudah terlewat untuk berjumpa client. Ni semua salah Luqman Harris. Sengaja cari pasal.

Flashback

Tengah sedap mengundur keretanya ke belakang. Datang sebuah kereta memblock keretanya daripada keluar dari rumah. Nasib tak berlanggar. Gila agaknya pemandu ni.

Sofea melihat dari cermin sisinya. Dia kenal pemilik kereta tersebut. Dengan hati yang membara, Sofea turun daripada keretanya.

Hello Tuan . Boleh ke tepi sikit kereta tuan ni. Saya nak keluar. Ketuk tangan Sofea ke arah tingkap kereta tersebut.

Luqman Harris membuka separuh sahaja tingkapnya itu. Jom i hantar you jumpa client. I pun ada kerja juga dekat area tu. Kata Luqman Harris sambil memperbetulkan kedudukan spek mata hitamnya itu.

Sofea terasa terpesona dengan kekacakan Luqman Harris. Hari ini aura jejaka ini sangat kuat. Membuatkan jantung Sofea berdebar-debar.

Sofea berdehem kecil terlebih dahulu sebelum memulakan bicara. Macam mana Tuan tahu jadual saya? Lagi satu simpan angan tuan untuk hantar saya kemana mana. Saya boleh drive sendiri la. Balas Sofea dengar nada yang agak tinggi.

Kalau macam tu saya tak nak gerak langsung kereta saya. Biar kita sama2 lewat jumpa client. Balas Luqman Harris sambil menaikkan semula cermin tingkap keretanya.

Sofea memusingkan badannya sambil menghentak kaki nya. Betul2 malang harini untuk dia. Sofea masuk kembali ke dalam kereta semula. Dia melihat ke arah jam tangannya itu. Ada la 40 minit ni untuk berjumpa dengan clientnya. Dia mengambil semua barang2 yang perlu dibawa untuk berjumpa dengan clientnya.

Cinta Kali KeduaWhere stories live. Discover now