Bab 16

369 11 0
                                    

Ad, bila Ad nak pinang Azreen. sambil menghirup kopi yang tersedia di atas meja itu. if Ad rasa Azreen ni tak lengkap untuk jadi isteri Ad, uncle rasa lebih baik kamu berpisah saja. uncle boleh cari calon yang sesuai dengan anak uncle ni. kata Tan Sri Syed Abbas ayah kepada Sharifah Azreen.

Uncle, Ad tahu Ad telah ambil terlalu banyak masa dalam perhubungan ini. Ad minta maaf sangat2 dengan uncle sebab buat uncle risau dengan perhubungan ini. Ad promise, tahun ini juga Ad akan melamar Azreen untuk menjadi isteri Ad. balas Adeen

uncle harap ini kali terakhir Ad janji dengan uncle. Uncle betul2 letak kepercayaan uncle dekat Ad. Ad kena jaga Azreen macam mana uncle jaga dia. Jangan pernah lukakan hati dia jika Ad tak ikhlas mencintai dia ya nak. boleh kan Ad. Tanya Tan Sri Syed Abbas.

Ad janji dengan uncle yang Ad  akan mencintai Azreen sepenuh hati Ad. cuma Ad nak minta masa sedikit lagi untuk Ad melamar Sharifah Azreen dalam masa terdekat ini. balas Adeen

baikla, kalau Ad dah cakap macam tu, uncle setuju. Tapi ingat Ad, uncle bagi tempoh dalam tahun ini sahaja. selepas tu, uncle buat keputusan sendiri. Tutur Tan sri Syed Abbas dengan suara yang tegas.

Adeen hanya memandang bakal bapa mentuanya itu dalam pelbagai perasaan. Betul dia cintakan Sharifah Azreen, tetapi bagaimana harus dia ungkapkan kepada mereka semua bahawa dia juga menyimpan perasaan kepada seseorang yang sudah jauh di matanya. hanya keluhan kecil untuk menyimpul permasalahan ini.

Dari jauh, Sharifah Azreen memandang kekasih hatinya itu dengan perasaan yang curiga. Dia merasakan Adeen ada menyimpan rahsia yang besar sehingga menjerat hubungan mereka. Dia perlu siasat siapa Adeen sebenarnya.

Cinta Kali KeduaWhere stories live. Discover now