Bab 23

366 11 2
                                    

Sofea merenung tajam jejaka yang berdiri di depanya ketika itu. Dia merasakan dunianya terhenti seketika. Senyuman yang dilemparkan oleh lelaki yang berada di hadapan itu tidak disambut baik olehnya.

Sofea, long time no see. how are you?. Tanya jejaka itu sekali lagi.

Maaf, Encik salah orang. I got to go. laju Sofea bangkit daripada kerusinya itu.

Adeen tidak berdiam diri. Dia terus menahan Sofea dan berdiri berhadapan dengan Sofea. Dia tahu didepanya ketika ini benar2 Sofea. Cuma dari imej yang ditunjukkan oleh jandanya itu sahaja yang berubah. Bukan wajahnya.

I know you Sofea. dont be lie to me. Walaupun you dah berubah dengan penampilan macam ni..... wajah you tak pernah berubah. you look more beautiful and more matured. Kata Adeen sambil merenung wajah cantik Sofea Hayuni

Sofea memandang wajah Adeen dengan begitu tajam. Dia benar2 tidak suka berjumpa Adeen dalam situasi bergini. Dia perlukan masa.

Antara kita tidak ada apa2 lagi. Anggap la saya dah mati dalam hidup awak. Maaf, saya perlu pergi. Excuse me Mr Adeen. Tajam cara balasan Sofea kepada Adeen

Belum sempat Sofea berjalan keluar daripada Restoran. Adeen membalas kata2 Sofea.

Sofea, kalau masa boleh diundur kembali. i want love you sampai akhir hayat saya.

Luqman Harris yang baru saja membuka pintu restoran terkejut apabila dia melihat Sofea berlari keluar dari restoran itu.

Aik, kenapa pulak tu.sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Akhirnya dia juga mengikut langkah Sofea hingga sampai ke kereta.

Awak okey Sofea?Tanya Luqman Harris.

Sofea mengelap dahulu air matanya sebelum berpusing kearah pemilik suara yang menegur itu. Saya okey tuan. cuma tadi saya tiba2 rasa sakit perut. itu sebab saya keluar dari restoran tu. Balas Sofea

Luqman Harris tidak mahu bertanya lebih kepada Sofea. Dia tahu, ada sesuatu yang menyebabkan Sofea meninggalkan restoran itu.

Hermm. Kalau tak kita cari restoran lain nak tak. lepas makan. Saya hantar awak balik rumah. Macam mana. Tanya Luqman Harris lagi.

Saya ikut tuan jela. Lagipun saya rasa bersalah pula dengan tuan sebab saya tuan tak dapat makan dekat restoran tu. Sendu sahaja suara Sofea ketika itu

Tak apalah. Lagipun saya nak ajak awak makan dekat tempat special harini. Mesti awak suka. jom.......

Luqman Harris memandang wajah wanita yang sudah menambat hatinya itu. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Tengah tidur pun cantik.

Sofea merasakan ada yang merenung wajahnya ketika tidur. Dia terus membuka matanya secara tiba2. Dia memandang wajah Luqman Harris. Nampaknya bossnya itu terkulat kulat seperti tikus mondok mencari sarang.

Heh!!! dah bangun dah. Saya baru nak kejutkan awak tadi. Ni haah... dah sampai dah pun depan rumah awak. Sambil control suara supaya tidak terkantoi.

Yeke, sorry tau boss. saya betul2 tak sedar dah sampai rumah. Thanks ya sebab hantar saya sampai rumah. bye. laju saja Sofea keluar dari kereta Luqman Harris. Dia betul2 tidak selesa apabila berduaan dengan bossnya itu. cukup menyeramkan.

Yelah, okey juga. bye. Akhirnya kereta Luqman Harris hilang daripada pandangan.

Baru saja melangkah masuk ke rumah. Danny keluar dari tempat. persembunyian itu.

wahhh. harini tuan puteri balik dengan tuan putera. Mesti happy kan. Kata Danny sambil membuat gaya ala2 barbie huduh gitu.

Hissh budak ni, aku hempuk juga dengan file ni. Kau ingat aq hingin ke dengan tuan Luqman tu. Kalau tak sebab keje. tak la aku nak ikut dia. Yang kau ni tersorak sorak dekat situ buat apa? sekodeng aku la tu.

Halah boss ni, macam tak biasa. tapi saya suka kalau boss dengan Tuan Luqman tu. orang kata apa bagai pinang dibelah dua. kiranya memang sesuai la. Boss tak nak ke. Kata Danny

Arhh!!! malas la aku layan kau. Daripada aku layan kau, sampai kesudah tak habis. selamat malam. Sofe terus masuk ke rumahnya. Danny yang berdiri di luar rumahnya itu hanya menjongket bahu saja.

Di pejabat

Sofea merenung tea yang terhidang di depannya itu. Dia masih memikirkan mengenai hal semalam. Dia menjangkakan Dia tidak akan bertemu lagi dengan Adeen. tapi dia silap. Kuasa Allah. Akhirnya Adeen dapat berjumpa denganya.

Hai boss, jauh mengelamun. Orang ketuk bilik pun tak menyahut. Ada problem ke. Kalau ada, share la dengan i. Danny terus duduk di hadapan bossnya itu. Dia betul2 ingin menjadi telinga kepada bossnya itu.

Sofea menghembus nafasnya seketika. memang berat untuk diceritakan. Tetapi dia perlukan bantuan ketika ini. Aku Jumpa Adeen semalam. Kau tahu kan aku tak bersedia untuk jumpa dia lagi. Aku tak tahu nak luah perasaan ni dekat sape lagi. Hati aku sakit, marah dan kecewa dengan dia. Tapi kenapa dia datang kepada aku. Kenapa dia datang kepada aku dengan membawa luka. luah Sofea sambil melepaskan tangisan yang terpendam.

Suasana sunyi seketika. Danny menarik nafas dahulu untuk mencari ayat sesuai untuk bossnya. Dia tahu, bossnya betul2 patah hati ketika ini. Dia perlukan sokongan supaya bangkit untuk menjadi lebih baik.

Boss, i rasa you tak boleh mengalah awal. you kena bangkit dan buktikan dekat dia yang you tu bukan wanita lembik. i rasa, sudah tiba waktunya you kena tunjuk kehebatan you dekat dia. Bagi dia sedar yang you tak akan termakan dengan pujuk rayu dia lagi. Kata Danny dengan penuh bersemangat.

Sofea mengelap air matanya itu. Dia memandang wajah PA nya itu. Ada benar kata2 Danny. Dia perlu bangkit untuk buktikan kepada Adeen bahawa dia buka la wanita lembik yang boleh makan dengan pujuk rayuannya itu.

How it's. Getting better right. Tanya Danny.

Sofea memberikan senyuman manis sebelum mengganguk kepalanya menyatakan dia benar2 mahu menjadi wanita yang kuat dan wanita yang tidak mudah makan janji2 lelaki

Cinta Kali KeduaWhere stories live. Discover now