Bab 17

375 13 5
                                    

Mata Luqman Harris mencari kelibat Sofea di rumah Datuk Ismail. Sudah hampir 1 jam dia berada di sini,bukan sahaja kelibat, bayangnya pun tiada.

Jemput minum tuan, nanti suami saya turun.Bila tuan sampai KL. kalau auntie tahu, suruh tuan tidur di rumah ni pun tak pa. Kata Datin Maryam.

Saya baru sampai semalam Datin. Lagipun family saya tinggal di Kl. Di Terengganu tu, branch untuk company saya yang baru. sebelum ada orang baru untuk jaga branch dekat sana, saya dihantar untuk pantau perjalanan di sana. balas Luqman Harris.

ohhh, auntie ingatkan tuan orang sana. auntie pergi dapur sekejap ya, nak hidangkan makanan. Nanti boleh makan sekali. Minum air tu yang tuan. Ujur Datin Maryam

Setelah Datin Maryam pergi, muncul Datuk Ismail ke ruang tamu rumahnya itu.

Tuan Luqman, no time no see you, tuan sihat?maaf buat tuan tunggu lama. Saya ada panggilan tadi. kata Datuk Ismail sambil menghulurkan tangannya kepada Luqman Harris.

Alhamdulillah Datuk, saya sihat. saya faham kerja datuk. Saya pun orang business macam Datuk juga. balas Luqman harris dengan membalas huluran salam Datuk Ismail.

hahahahaha, pandai tuan buat lawak, duduk tuan. Tuan tak payah la panggil datuk. panggil uncle sudah la. Tuan pangkat anak uncle dah. Nanti dinner makan sini ya. Dah alang2 dekat sini, isteri uncle masak banyak tu. kata Datuk Ismail.

uncle pun jangan panggil saya tuan, panggil saya Luqman pun dah cukup. Tadi pun auntie ada ajak saya untuk dinner di sini.Luqman harris beramah mesra dengan Datuk Ismail pula.

Abang, ajak la tuan makan, saya dah hidang lauk dah tu. panggil Datin Maryam.

Cinta Kali KeduaWhere stories live. Discover now