Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Darah yang mengalir keluar dari kepala aku endahkan. Dengan kudrat yang masih tersisa, aku halakan pistol ke arah Lorenzo. Ya, ini pistol Lorenzo yang sempat aku ambil daripadanya.
"Vuoi ancora combattere?" Ujarnya dengan senyuman sinis di wajah. Dia tanya aku masih mahu berlawan? Tentu saja ya! Walaupun kudrat dia lebih tinggi berbanding aku, tetap saja.. aku tak boleh mengalah.
Hampir seluruh anggota badanku bergetar hebat. Kepala pula mula terasa pusing. Penangan yang diberikan Lorenzo tadi cukup membuatkan abdomen aku terkesan.
Tak bunuh tapi pukul? Ayat gila.
"You really want to kill me, right?" Aku bertanya padanya, sedikit sinis. Darah yang keluar daripada mulut aku lap sekilas.
Senyuman Lorenzo semakin melebar. Setapak demi setapak dia mula mendekati aku.
Sebelah tangannya memegang atas kepalaku membuatkan kepala aku mendongak memandangnya.
"Not you, little girl. But your baby." Automatik mata terbuntang. Namun, belum sempat aku mengelak, Lorenzo dengan tangkas menendang kuat perutku.
Langsung saja tanganku kehilangan kekuatan. Pistol yang dipegang terus saja terlepas. Badanku mula rebah, terbaring lemah di atas lantai.
Sakit.
Sakit, Ya Allah!
Lorenzo mencengkam kepalaku lalu dia menarik kasar kepalaku supaya memandangnya.
"Laila, you're weak. You can't even touch me." Sayup-sayup kedengaran suara Lorenzo.
Tangan yang sudah bergetar cuba sedaya upaya untuk menggapai kaki Lorenzo. Tendangan tadi membuatkan pernafasan aku tidak stabil. Dada terasa sesak seolah-olah maut bakal menjemput tak lama lagi. Hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya aku sekarang ini.
"Still want to fight? Have a pity on your baby, Laila." Lorenzo segera bangun meninggalkan aku.
Tak. Dia tak boleh pergi. Aku kena... Aku kena bunuh dia.
Kornea mata perlahan-lahan menjadi kabur. Gara-gara Lorenzo, aku kini tidak berdaya untuk berdiri mahupun berlari. Tidak lama selepas Lorenzo keluar, dunia aku dihiasi dengan kegelapan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cahaya yang tiba-tiba datang membuatkan kelopak mata aku perlahan-lahan terbuka. Spontan saja sebelah tangan aku memegang kepala. Sakitnya masih terasa.
Kelibat seorang lelaki yang jauh mula mendekati aku. Pantas saja dia memegang kedua-dua tanganku.
"Laila. You okey?" Soalnya. Tak lain tak bukan, Faris.
Mata aku tertumpu pada setiap sudut ruangan ini. Kali ini ruangannya berbeza. Aku tidak lagi berada dalam bilik puaka itu. Sebaliknya, aku berada di bilik...
Tidur?
Pandangan aku beralih pula pada lelaki di sebelahku. Kelihatan dia sedang menggigit-gigit kuku pada ibu jarinya dengan raup wajah yang jelas tak puas hati.
"Aku dah agak... Aku tak patut buat macam ni." Faris bermonolog sendiri. Membuatkan aku berubah ekspresi muka.
"Faris, aku dekat mana?" Soalku.
Perbuatan Faris terus terbantut selepas mendengar suaraku. Tatapannya beralih ke arahku. Wajahnya jelas terbias kerisauan.
"You dekat bilik I." Jawabnya. Cepat-cepat aku berubah posisi kepada duduk. Mujurlah aku masih berpakaian semalam. Ini bermakna Faris tidak apa-apakan aku lagi.
"Lai, you masih tak okey." Beritahu Faris.
"Tak apa, Lai. Tak ada siapa tahu you dekat sini. I bawa you tanpa pengetahuan bos dan Syafiq." Beritahunya lagi.
"Bilik kau... Masih dalam tempat yang sama ke?" Soalku, inginkan kepastian.
Perlahan-lahan Faris mengangguk.
Aku hela nafas lelah. Seperti yang aku duga, bilik Faris sememangnya masih berada di tempat yang sama. Berapa besar bangunan yang aku duduk sekarang ni?
Aku bingkas bangun dari katil. Akan tetapi, tindakan aku sempat dihalang oleh Faris, membuatkan aku memberontak seketika.
"Lepaslah, Faris! Jangan halang aku!" Lantang aku memarahinya. Lengannya yang menghalang itu aku tolak sekuat mungkin.
"Laila, please! Duduk!" Arah Faris. Tapi aku persetankan suaranya. Aku tetap berdegil mahu keluar dari biliknya. Kalau aku dengar kata-katanya, entah bila aku boleh bebas.
"Laila, dekat luar lagi bahaya. Please, duduk sini dulu." Suaranya bagaikan hembusan bayu yang mengelilingi cuping telinga. Aku abaikan.
"Laila! I perlu cakap sesuatu dengan you, please duduk. Ni penting." Tutur suara Faris menaik satu oktaf, membuatkan aku berhenti memberontak. Perkataan ‘penting’ itu menarik perhatianku.
Aku memeluk tubuh. "Apa yang penting sangat tu?"
Faris pandang sekeliling seperti sedang memastikan sesuatu. Kemudian dia pandang tepat semula pada wajahku.
"I nak you tahu, Serena, tunang Syafiq. Dia plan semua ni."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.