BAB 5 : TERTAWAN

55 3 2
                                    

BAB 5

ZAIN AMSYAR sedang menghirup kapucino yang berbaki di dalam muknya. Sambil cuba memberi fokus kepada tugasan, sepasang matanya tiba-tiba terpanah pada satu susuk tubuh yang amat dikenali. Tumpuannya serta-merta beralih ke situ.

Di kejauhan, gadis bertudung manis yang dipadankan dengan blaus kuning cair dan seluar slack hitam itu dilihat berlari-lari anak. Tahu-tahu sahaja gadis bertubuh tinggi lampai itu berteduh di hadapan kafeteria yang sedang menjadi tempatnya menghabiskan sisa waktu.

Amsyar baru selesai mengadakan perbincangan dengan klien 10 minit yang lalu di situ. Niatnya untuk kembali ke bangunan pejabat terbantut sama sekali. Bukan sahaja disebabkan hujan lebat yang turun, tetapi dia ternampak gadis itu tiba-tiba memasuki kafeteria yang sama.

Bila mendapati mata gadis itu melilau seolah-olah mencari tempat duduk, dia spontan mengangkat tangan.

"Nazurah!" panggilnya tanpa teragak-agak.

Saat menoleh, Nazurah kelihatan terpaku.
"Encik Amsyar?"

"You tengah cari tempat duduk ke? If you don't mind, you can join me!" Amsyar terus berkata.

Sejujurnya dia sendiri tak pasti, apa yang telah
merasuknya ketika itu. Mengapa lancar sekali mulutnya mempelawa Nazurah untuk duduk semeja seolah-olah selama ini mereka sering berinteraksi dan mempunyai hubungan rapat?

Nazurah nampak berkira-kira, namun tidak lama kemudian gadis itu datang juga menghampiri. Cepat- cepat Amsyar membersihkan permukaan meja yang dipenuhi kertas dokumen dan iPad yang digunakan semasa perbincangan dengan kliennya tadi.

Suasana kafeteria sedikit bingit. Suara orang berbual kedengaran di sana sini. Malah sela-menyela dengan bunyi hujan yang begitu lebat menimpa bumi.

"Encik Amsyar seorang aje ke?" soal Nazurah yang masih berdiri di hadapannya.

"Hmm. I baru habis discussion dengan klien." Nazurah terangguk-angguk.

"Duduklah. I oderkan you air." Amsyar lantas
mempelawa.

"Eh, tak apa Encik Amsyar! I boleh oder sendiri."

"Kebetulan I pun nak beli something sweet sementara tunggu hujan reda. You punya macam biasa, kan? Hot latte with caramel syrup?"

Nazurah tampak terpaku. Seolah-olah berasa hairan bagaimana dia boleh mengetahui minuman yang sering menjadi pilihan gadis itu.

"Errr... I pernah dengar you sebut favorite drinks you masa kita mesyuarat kat sini last time." Amsyar segera memberikan alasan.

"Oh... okay." Nazurah mengangguk lagi.

Amsyar terus bangun untuk pergi ke kaunter pesanan.

"Kejap Encik Amsyar... ni duit untuk minuman I."

"Tak apa, I belanja you."

"Eh, jangan macam tu Encik Amsyar!"

"I'm serious. It's on me."

"Tapi..."

"Kalau you rasa tak selesa juga, lain kali you boleh ambil turn belanja I pula."

Terbaik BuatkuWhere stories live. Discover now