JUDUL : TERBAIK BUATKU ISBN : 978-967-19017-4-8 HALAMAN : 492 KELUARAN : 2022 SINOPSIS : SETIAP insan pasti mengimpikan perkahwinan yang bahagia. Begitu juga NUR FATIN NAZURAH. Namun dia tidak menyangka akan berhadapan tragedi kematian suaminya sejurus usai majlis pernikahan mereka. Kematian Fauzan telah memberi impak yang besar membuatkan Nazurah terpaksa melalui kehidupan yang penuh kepedihan. Enam tahun dia menderita dan sukar menerima kenyataan. Pelbagai lamaran yang datang kepadanya selepas kejadian itu ditolak atas alasan dia trauma untuk menyerahkan hatinya kepada sesiapa lagi. Tanpa langsung dia menduga, kehadiran ZAIN AMSYAR dalam hidupnya kembali membuka ruang kepadanya untuk mengecapi nikmat bahagia. Biarpun memiliki peribadi yang serius dan penuh misteri, Amsyar berjaya menjadi penawar dalam mengubati derita yang dirasai Nazurah selepas mereka dijodohkan atas pilihan keluarga. Waktu yang berputar menjadi saksi jiwa mereka mula berkongsi perasaan. Lantaran itu, masing-masing mengungkapkan kata-kata cinta. Namun, sikap dan kelakuan Amsyar lama-kelamaan menimbulkan perasaan curiga apabila Nazurah dapat mengesan seolah-olah terdapat rahsia yang disembunyikan lelaki itu daripadanya. Apatah lagi apabila munculnya seorang gadis bernama Adlina di antara mereka. Nazurah semakin panasaran. Lebih mengejutkan Adlina rupa-rupanya mempunyai perkaitan dalam peristiwa hitam yang telah meragut nyawa Fauzan. Nazurah terluka untuk menelan hakikat kebenaran yang terbentang di hadapan matanya. Keikhlasan Amsyar menikahinya mula dipersoalkan. Mampukah Nazurah menerima realiti yang ditakdirkan buatnya setelah pintu hatinya terbuka luas untuk Amsyar?
7 parts