Melya's pov
* First day intern *
Aduhhh nervouslah aku. Dahlah aku sorang-sorang je dekat sini. Member yang lain semua intern kat rumah masing-masing. Harap-harap semua okay jelah.
Jam di tangan menunjukkan tepat 7:40 pagi. Ya, masih awal lagi. Waktu pejabat bermula pada 8 pagi. Disebabkan terlalu nervous, Melya bangun awal pagi tadi dan bersiap dengan pantas.
Hhhmmm nak pergi breakfast dulu lah.
Kaki diatur menuju ke kantin bersebelahan dengan Bangunan Pentadbiran. Oh ya! Aku merupakan student Healthcare Management dari Zerose University. Apa yang aku belajar? Basically aku belajar tentang management, leadership, communication tapi focusing on healthcare institutions. Haaaa sebab tulah aku intern dekat hospital ni.
Waaaa sedapnya karipap...
Bersemangat Melya mahu mengambil penyepit makanan untuk mengambil karipap kegemarannya. Namun, dia terasa ada satu tangan lain yang menindih tangannya. Dengan pantas Melya mengalihkan tangannya.
"Sorry" suara garau menyapa gegendang telinganya.
Melya lantas menoleh ke sisinya dan melihat seorang lelaki yang segak beruniform berwarna hijau. Aik?! Baju hijau ni apa pulak? Takkan nurse kot..
Melya dengan cepat mengambil karipap tersebut lalu menyerahkan penyepit makanan kepada lelaki disebelahnya. Senyuman diberi. Namun, lelaki tersebut terus merampas penyepit makanan dari tangan Melya tanpa mengukirkan sebarang senyuman.
Tsk! Kerek betul mamat ni.. dahla baju hijau macam adudu. Hhhmmm baju hijau ni apa eh? Doctor ke?
"Eh?! Dah nak pukul 8! Nak kena naik pejabat dah ni" Melya segera bergegas menuju ke pejabat yang terletak di Bangunan Pentadbiran. Nasib baik hanya bersebelahan.
* Pejabat Pengurusan *
"Awak ni student intern yang lapor diri harini, bukan?" aku melihat tag nama yang tergantung pada tudungnya. 'Maria'. Baju Hijabistahub. Tudung duck. High heels. Wow! High class u.
"Ya, betul Puan" aku menjawab.
"Ada bawa surat tawaran?" dia memandangku.
Alamak! Aku lupa pula nak print surat tawaran. Tak tahu pula kena bawa surat tawaran.
"Maaf Puan, saya tak bawa pula surat tawaran. Tapi ada file dalam phone saya" aku memandang Puan Maria. Aduh kau ni Melya baru hari first dah buat hal. Rasa mahu diketuk sahaja dahi aku ni.
"Awak send file tu dekat saya" aku segera hantar surat tawaranku kepada Puan Maria.
"Awak tahu bukan yang awak akan rotate few departments sepanjang awak dekat sini?" Puan Maria bertanya kepadaku.
"Tahu Puan" ya, aku ada baca dalam surat tawaranku. Aku akan bekerja di 4 departments sepanjang 6 bulan aku intern dekat hospital ni.
"So, mulai hari ini awak akan start di Unit Rekod Perubatan selama 6 minggu. Nanti selepas 6 minggu, awak naik office semula, saya bawa awak pergi next department. Okay jom kita pergi Unit Rekod" Puan Maria berjalan mendahului aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Again - Aizat Faris
Romance"Awak suka sangat Syasya tu kan, pergilah kahwin dengan dia!" - Melya Amirah - "Haah memang aku suka dia pun. Lagi cantik dari kau" - Aizat Faris - Start: 24/5/2023 End: