Hari ini Melya datang awal sedikit. Maklumlah first day dekat tempat baru. Melya agak nervous hari ini.
Bagaimana kalau orang di kualiti tidak suka dengannya? Dia sudah berasa selesa di unit rekod. Semua orang baik dengannya.
Takpe Melya. Kau boleh buat. Senyum and ikut arahan. Bagi mereka selesa dengan kau.
Melya tiba di hadapan bilik kualiti. Melya menarik nafas dalam² sebelum mengetuk pintu. Melya membuka pintu perlahan² dan seorang doktor kelihatan.
"Ye cari siapa" dia bertanya pada Melya.
"Saya Melya. Student intern yang akan attach dekat sini sebulan"
"Oh haah. Puan Nabilah ada bagitahu semalam. Meh sini masuk. Kitorang dah siapkan meja dah untuk awak semalam"
Melya tersenyum. Nampak peramah doktor ni.
"Nama awak apa tadi?"
"Melya Dr"
"Oooo nama saya Diana. Awal awak datang"
"First day, 0doktor ehehhehhehe"
"Ahahhahahha kat sini takpe. Kitorang tak kisah sangat pun"
"Eh eh ada adik barulah" Melya pun menoleh ke sisi dan melihat seorang JM (jururawat masyarakat) menghampiri.
Melya melihat name tag yang tersemat didadanya.
Hasni.
"Hai nama awak apa?" Kak Hasni memandang Melya.
"Melya"
"Nanti semua datang, semua tanya nama dia. Penat adik ni nak ulang nama dia" Dr Diana mencelah.
"Ahahhahahaha ye juga. Kat kualiti ada 3 MO (Medical Officer), seorang JM. Sini ada akak dengan Dr Diana, Dr Aida dengan Dr Fatimah. Dr Fatimah tu ketua unit" kak Hasni memberitahu.
Melya mengangguk tanda faham.
"Kita tunggu Dr Fatimahlah. Nanti Dr Fatimah brief sikit dekat awak tentang unit kualiti ni" Dr Diana menambah.
Tibanya Dr Fatimah dan Dr Aida, mereka pun berkenalan dengan Melya. Beberapa soalan mereka tanya. Melya berasa lega. Orang² di kualiti juga baik² belaka. Melya berasa seronok pada hari pertamanya disini.
Hah lagi satu dekat kualiti ni best sebab boleh balik awal. Doktor² dekat sini semua sempoi je. Mereka bagi Melya pulang awal ke rumah jika semua kerja sudah selesai.
"Takpe Melya saya bagi je awak balik awal" Dr Fatimah memberitahu.
"Tulah kesian Mel nak tunggu lama². Bukannya Mel dapat gaji pun. Baik Mel balik awal, berehat" Dr Aida menyokong.
Hari² di kualiti berlalu dengan pantas. Melya tidak berasa penat pun bekerja di unit kualiti. Relax je rasanya.
"Eh Mel. Saya nak tanyalah" Dr Aida memandang Melya"
"Nak tanya apa tu Dr?"
"Awak dah ada boyfriend?"
"Dr Aida start dah. Dia nak jadi cupid la tu"
Kenapa ya semua orang bertanya soalan yang sama? Penting ke ada boyfriend ni?
"Takde Dr" Melya menjawab.
"Haaaa awak suka orang yang macam mana?"
Semua mula tertawa mendengar soalan Dr Aida. Comel je muka excited Dr Aida time tanya tu.
"Saya tak kisah sangat Dr. Kalau saya suka orang tu, orang tu suka saya, saya okay je" Melya menjawab jujur.
Dia tidak ada ideal type pun. Satu sahaja kot. Dia prefer yang umur lebih kurang dengannya. Tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Kalau tua dalam 2 3 tahun tu kira nicelah.
YOU ARE READING
Love Again - Aizat Faris
Romance"Awak suka sangat Syasya tu kan, pergilah kahwin dengan dia!" - Melya Amirah - "Haah memang aku suka dia pun. Lagi cantik dari kau" - Aizat Faris - Start: 24/5/2023 End: