Semua sedang tekun melakukan kerja masing².
"Mel! Akak nak tanya ni" kak Ecah memanggilku.
"Hah kenapa kak?"
"Mel kata Mel tak kenal Aizat tu"
"Haah memang kita tak kenal pun. Kenapa kak?" Melya bertanya.
"Tadi akak tengok masa lunch dia asyik pandang² Mel je" kak Ecah menyatakan apa yang dia rasa.
"Hah apa cerita ni? Aku tertinggal bas" kak Liza segera menyampuk.
"Muka kita ada something kot tadi. Tu yang dia pandang² kot" Melya menjawab, bersahaja.
Si Aizat tu pandang² aku sebab nak cari gaduh tu. Dari kat kantin haritu macam hendak cari pasal.
"Hati² sikit dengan si Aizat tu. Dia tu pantang nampak yang lawa sikit. Anak dara kat sini semua dia nak try" kak Liza menasihati Melya.
"Tulah tu. Akak pun risau jugak kalau Mel rapat dengan Aizat tu. Takut dia cuma nak mainkan Mel sahaja" tambah kak Ecah.
"Handsome memanglah handsome. Buat cuci mata bolehlah. Tapi kalau nak cari suami, akak sarankan cari yang macam Dr Akmal tu" kak Liza mula tersenyum.
Ish kak Liza ni suka betul nak pasangkan orang dengan Dr Akmal tu.
"Eh takdelah kak. Kita tak kenal sangat pun Aizat tu. Terserempak beberapa kali sahaja dekat kantin" Melya meyakinkan akak² nya yang jelas kerisauan.
.
.
.Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan Melya berada di unit rekod. Dan selama sebulan ni jugalah Dr Akmal asyik cuba mendekati Melya.
Kadangkala Dr Akmal membelikan Melya makanan lunch. Kadangkala Dr Akmal mengajaknya keluar makan bersama. Tapi mereka tidak pernah keluar hanya berdua. Kak Siti ataupun kak Ecah pasti akan dibawa bersama. Aizat pula sudah lama tidak kelihatan. Sibuk dengan patients katanya.
Melya kini senang sibuk menyusun record medico legal case (patients' case yang involved dengan polis dan mahkamah) di bilik medico legal. Dr Akmal juga berada di bilik ini. Dr Akmal sedang mengisi maklumat medico legal menggunakan komputer unit rekod. Memang prosedur unit rekod untuk melakukan proses key in data di sini.
"Melya" Dr Akmal bersuara.
"Ya Dr?"
"Awak masih segan ya dengan saya?"
"Segan kenapa pula Dr?" Melya bertanya.
"Tiadalah. Setiap kali saya ajak awak keluar, awak mesti bawa kak Siti ataupun kak Ecah. Saya nak kenal² dengan awak" beritahu Dr Akmal.
Melya terkedu. Tangannya yang tadi lincah menyusun rekod kini terhenti. Aduh apa aku nak jawab ni? Jujur sahajalah. Berdosa nanti kalau tipu.
"Dr bukan dah kenal saya ke? Dr mahu kenal macam mana lagi? Kalau Dr mahu kenal lebih dari seorang kawan, maaflah dengan rendah diri saya menolak. Saya masih muda dan banyak lagi yang saya nak explore" beritahu Melya dengan jujur.
Dr Akmal terdiam. Dia tidak menyangka jawapan sebegitu yang keluar dari mulut Melya. Anggapannya, Melya masih segan dengannya. Namun, jangkaannya meleset. Melya langsung tidak mempunyai minat terhadapnya. Namun, Dr Akmal masih tidak mahu mengalah.
"Kau akan jadi milik aku juga Melya satu hari nanti" Dr Akmal berkata dalam hati.
.
.
.Hari ini merupakan hari terakhir Melya di Unit Rekod.
"Alah rindulah dekat Mel nanti" kak Liza bersuara.
"Haahlah. Siapa akak nak usik nanti" tambah kak Ecah.
YOU ARE READING
Love Again - Aizat Faris
Romance"Awak suka sangat Syasya tu kan, pergilah kahwin dengan dia!" - Melya Amirah - "Haah memang aku suka dia pun. Lagi cantik dari kau" - Aizat Faris - Start: 24/5/2023 End: