Part 1 - Darah Muda

28K 136 5
                                    


Faizah, lebih manis dengan pangilan Iza. Wanita ini sudah mula bekerja semula di sebuah syarikat insurans sebagai 'Bussiness developer'. Anaknya, Fira sudah berusia 6 tahun dan dia lebih banyak meluangkan masa bersama neneknya yang kini sering bertandang ke rumah mereka sejak pemergian suaminya 3 tahun lalu.

Zariq pula kembali pada rutin tugasnya untuk outstation. Kali ini lebih baik kerana kepergiannya hanya seminggu atau dua minggu. Dan Iza juga sudah boleh membiasakan diri saat berjauhan dengan suaminya. Kerana itu jugalah dia membuat keputusan untuk bekerja semula bagi mengisi masanya yang terluang. Waktu bekerja di tempat barunya itu hanya 4 hari. Itu memberi keselesaan pada Iza. Bukan saja dia dapat meluangkan lebih masa bersama mertua dan anaknya. Malah dengan jarak perjalanan dari tempat kerja ke rumah juga hanya memakan masa 5 minit dengan kereta buat dia merasa selesa bergelar ibu dan isteri bekerjaya. Sesuatu yang lama dia inginkan. 

Iza kini berteman rapat dengan seorang wanita lain, Hisma, rakan sekerja yang juga jiran Iza walaupun jaraknya dalam beberapa blok rumah. Dia sering menumpang kereta Iza untuk pergi dan balik dari tempat kerja. Usianya baru 24 tahun tapi sudah mempunyai 2 orang anak.

Iza sempat merasa cemburu pada wanita muda itu, kerana Iza juga masih mahukan anak namun belum ada rezeki. Tapi untuk saat ini dia masih merasa bahagia bersama keluarga kecilnya. Soal kesihatan dia dan Zariq semuanya dalam keadaan baik. Hanya belum bernasib baik. 

Sebaliknya pula buat Hisma. Seorang wanita yang ceria dan sangat aktif. Ia mengingatkan Iza pada Tasya namun Hisma lebih pandai menjaga dirinya dan menjaga penampilannya walaupun dia tidak bertudung. Hisma pernah memberitahu Iza, walaupun dalam usia perkahwinannya yang baru 4 tahun dan telah dikurniakan dua cahaya mata. Kesihatan kesuburan dia sebenarnya tidaklah berapa baik. Dia harus berubat tradisional untuk dua cahaya matanya itu. 

Kesannya, pada usia mudanya itu, dia sudah harus mengikat rahim atas saranan doktor. Semuanya kerana dia terlalu memaksakan kesuburannya.

Secara kasar, Hisma mempunyai perwatakan hampir sama dengan Natasya yang agak terbuka soal hubungan intim. Walaupun tidaklah seliar Tasya tapi Iza dapat membaca tentang perilaku wanita itu yang agak manja dan nakal. Namun kerana hal itu jugalah yang membuat Iza merasa dekat dengan Hisma. Iza sendiri juga kadang kala mengeluarkan sifat nakalnya yang terpendam.

....

Suatu hari, Hisma yang sedang bekerja di pejabat mendapat pesanan whatsapp dari pembantu rumahnya yang memberitahu dia harus pulang awal kerana ada hal peribadi. Disebabkan tiada lagi yang boleh menjaga anaknya, Hisma juga harus pulang ke rumah lebih awal.

"Hari ni je Sir. Anak-anak saya tiada yang jaga. Tu kena balik tengok diorang." Ucap Hisma.

"Tak pe, saya faham . Tak da masalah. Boleh je." Balas Andy. Dia merupakan executive di bahagian pengurusan sumber manusia.

"Macam mana awak nak balik? Nak minta Faizah hantar ke?" Tambah Andy lagi.

"Tak la boss, Kak Iza sibuk kot. Tak naklah saya ganggu dia. Boleh je saya balik sendiri. Dekat je. Hehe.." Jawab Hisma pula.

"Hujan ni. Takpe ke? Nanti kena hujan. Sejuk-sejuk macam ni. Siapa panaskan awak?" Tanya Andy seakan menukar nada bicaranya. 

"Ok je Sir. Ish Sir ni, nak panaskan apa pula. Ade je.. hehe.." Balas Hisma. Dia sudah terbiasa dengan ucapan yang tersirat maksud lain itu. Bukan sekali, sudah banyak kali Andy mengusiknya begitu. Namun wanita muda itu tidak pernah mengambil kisah. Ada masanya dia akan melayan usikan itu atau dia juga mengusik hal yang sama. Lain hari pula dia hanya diamkan tapi tidak pernah pula dia melarangnya.

"Biar saya hantarlah. Saya pun ada hal kat luar juga. Awak pegi kemas barang dulu. Nanti kita jumpa kat luar." Ucap Andy. 

Hisma hanya tersenyum mengiyakan lalu meminta diri kembali ke mejanya.

Novel Erotis - Diari Perselingkuhan 2Where stories live. Discover now