"Peluh-peluh macam ni.. Habis berlari ke?" Tanya Iza melihat Hisma yang terlihat baru habis bersenam. Jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Kedua mereka sedang 'overtime' bersama beberapa orang lain. Termasuklah Andy.
Hisma hanya tersenyum.
"Ye la kak. Takut akak tinggalkan Is. Kesian laki Is takde sayang dia malam ni.. hihi.." Jawab Hisma yang sudah masuk ke dalam kereta sambil mengelap wajahnya dengan tisu.
"Hmm.. takkanlah akak nak buat macam tu. Lainlah kalau laki akak pula 'nak' akak sesegera mungkin. Memang akak tinggalkan Is. Haha." Usik Iza pada wanita muda itu.
"Ish akak ni. Kesian laki Is tertidur tunggu bini dia. Dah la esok nak outstation. Malam ni tak dapat 'bekal' pula. Hahaha." Gurau Hisma.
"Ye la.." Sahut Iza dengan gelak kecilnya. Keretanya dipandu keluar dari parkir. Ketika itulah dia ternampak Andy yang juga sedang berjalan ke arah keretanya. Saat itu Iza tiba-tiba teringat apa yang dilihatnya 2 minggu lalu. Selepas kejadian itu, Iza sebenarnya sempat curiga apa yang dilakukan oleh keduanya ketika tiada yang melihat. Terdetik juga dalam hatinya ketika itu apa yang mungkin berlaku dalam pejabat tadi.
Sambil memandu perlahan Iza curi-curi melirik ke arah Hisma. Ternyata bola mata wanita itu sudah terarah kepada Andy disertai dengan senyum kecilnya.
Semakin yakinlah Iza tentang adanya perlakuan sumbang antara kedua insan itu sebelum keluar dari pejabat. Sehingga kini Iza belum berani bertanya atau cuba menasihati Hisma tentang perlakuannya tempoh. Dia masih bertarik tali. Sepertinya dia sudah malas mahu masuk campur hal mereka.
........
Keesokan pagi, Hisma menelefon Iza untuk memaklumkan padanya bahawa dia akan berangkat bersama suaminya untuk bersarapan dahulu sebelum dia masuk pejabat.
'Alaa.. nak masuk pejabat awal la macam ni.' Getus Hisma dalam hati. Pada hari biasa, dia akan menjemput Hisma di rumahnya. Dan sebelum sampai ke pejabat mereka akan bersarapan ringan di sebuah warung moden tidak jauh dari pejabat mereka. Kerana kebiasaan itu Iza sedikit merasa janggal jika tidak menjemput Hisma.
Zariq sudah seminggu outstation. Kalau tidak Iza pasti akan sengaja berlambat masuk kerja. Hari itu hanya dia bersama anak dan ibu mertuanya. Namun Fira sudah awal lagi ke sekolah bersama kereta sewa yang disewa oleh Zariq. Ia adalah kereta rasmi dari jabatannya untuk menghantar dan menjemput anak-anak anggota di sana.
Ibu mertuanya juga dari awal pagi lagi sudah pulang ke rumah mereka yang dijemput oleh adik ipar Iza. Dan hanya kembali ke rumah Iza pada tengahari nanti untuk menyambut cucunya pulang. Saat ini, ibu mertua Iza tidak mahu berjauhan dengan cucunya kerana itulah satu-satunya 'kawan' yang dia ada untuk mengisi masa senjanya selepas pemergian suami.
10 minit sebelum pukul 8 Iza sudah bergerak ke pejabat dari rumah. Mungkin kerana esok adalah cuti hingga 3 hari, pagi itu dia merasa lebih bersemangat. Tidak kisah masuk pejabat awal sejam.
Saat dia memarkir keretanya. Dia terlihat kereta Andy sudah berada di sana. Namun itu bukan sesuatu yang baru. Andy sememangnya sering datang awal ke pejabat. Tapi awal juga lelaki itu akan pulang dari kerja nantinya.
"Adik pun awal ke hari? Meriah awal pagi ye.. hehe.." Tegur seorang Mak Cik yang sering berjual didepan bangunan pejabat Iza.
"Esok nak cuti. Tu yang ada semangat lebih hari ni. Hii.." Balas Iza mesra. Meneruskan langkahnya masuk ke ruang kerjanya.
Hampir lalu di depan pejabat Andy, Iza sudah mengukir senyum. Meyangka lelaki itu juga akan terkejut dengan kedatangannya hari itu yang datang lebih awal. Namun ketika dia berada didepan pejabat Andy, tidak terlibat kelibat lelaki itu disitu. Hanya beg yang sering dibawanya di atas meja kerjanya bersama kopi.
YOU ARE READING
Novel Erotis - Diari Perselingkuhan 2
Fantasy"Suatu drama fantasi seks. Kisah cinta dan nafsu liar. Kisah perselingkuhan di balik layar. WARNING!! ⛔️🔞 :: Adults Content! "Usia perkahwinan Iza kini sudah lebih 8 tahun. Dengan naluri batinnya yang besar itu dia bersyukur dapat suami seperti Zar...