PAGI yang sangat indah dan nyaman ditemani dengan bunyi kicauan burung yang sedang berterbangan bebas di udara. Areysa bangun dari tidur dan terus membaca doa bangun tidur tanda mensyukuri kerana Dia telah memberiku peluang untuk terus hidup. Memang menjadi rutinnya setiap kali bangkit dari tidur, itulah yang diajarkan oleh kedua orang tuanya sejak kecil. Tuala yang tersangkut segera dicapai dan terus menuju ke bilik air. Selesai mandi, Areysa mengambil tudung bawalnya di dalam almari dan digosok. Hari ini dia perlu pergi kerja awal sedikit memandangkan majikannya telah memberitahunya.
"Kak Cah, hari ini abang Amin outstation lagi ke?" Soal Areysa sambil mengikat rambutnya. Memang kakak sulungnya selalu menetap di rumah ini semasa suaminya pergi kerja di luar bandar. Areysa tidak kisah, lagipun dia sudah tiada sesiapa, dia hanya ada kakaknya seorang ini selepas kematian mak, abah dan adik bongsunya. Kini, tinggal mereka dua beradik sahaja. Kakaknya suri rumah jadi dia tiada pendapatan dan hanya mengharapkan nafkah daripada suaminya, jika tidak cukup Areysa lah yang menjadi mangsa dia meminta duit.
Entahlah, kadangkala kakaknya boleh jadi seorang yang sangat baik tetapi dia juga boleh menjadi seorang kakak yang jahat seperti mak tiri Cinderella.
"Ya, sebab tula aku tidur sini. Apa punya soalan lah kau tanya dekat aku ini Areysa Nafyra." Jawab Aneysa dengan nada yang sedikit marah. Areysa hanya tersenyum nipis, matanya dialihkan daripada terpandang wajah singa kakaknya. Orang tanya je, itu pun nak marah!
"Fyra, kau ada RM500 tak? Aku nak pinjam, nanti aku gantilah bila aku dah ada duit. Aku nak beli barang aku sikitlah, kau tahukan aku kan tak kerja, abang Amin kau tu memang boleh diharap tapi takkan aku selalu nak minta dengan dia je? Dahlah dia penat ke hulur ke hilir bawa orang, aku kalau boleh taknak susahkan dia, jadi apa salahnya kau bagi kakak kesayangan kau ini pinjam duit dulu kan? Nanti dah ada duit, aku bayar balik duit kau tu lagipun takkan dengan kakak sendiri pun nak berkira kan?" Mati terus senyuman Areysa yang sedia nipis tadi. Gaji dia pun berapa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan gaji abang iparnya itu. Inilah yang dia tidak gemar dengan kakaknya, kerjanya nak pinjam duit pinjam duit, bayarnya entah bila.
"Kak, gaji Fyra pun berapa sangat lah kak, RM500 tu banyak kak, mana Fyra nak dapat duit sebanyak itu? Fyra tak janji yang Fyra boleh bagi akak pinjam tapi Fyra akan cuba usahakan dan akak kena janji akak bayar balik ya? Bukannya Fyra nak berkira dengan akak tapi kalau dah hari-hari akak pinjam, mati kebulur Fyra ini kak,"
"Takkan lah kau kerja separuh mati, RM500 takde dalam genggaman? Habistu selama ini, mana pergi gaji kau Fyra? Kau habiskan ke? Borosnya kau." Berkerut dahi mulus Areysa mendengar tuduhan tak masuk akal daripada kakaknya itu. Areysa nak beli barang keperluan pun berjimat tahu tak? Kadang-kadang itu terpaksa puasa sebab kehabisan stok makanan, semua angkara kakaknya yang telah 'merembat' duit simpanannya dan menabur janji palsu kepadanya. Huh!
"Kak Cah, duit Fyra tu semua buat bayar duit sewa rumah, bil air, bil elektrik, dengan barang keperluan Fyra lah kak, dengan keadaan kita macam ini akak ingat Fyra macam akak ke? Kerja nak beli barang tak penting je." Balas Areysa geram. Aneysa menjeling adiknya apabila dia terasa disindir. Biasalah, orang pentingkan diri sendiri memang begitu.
"Kau nak cakap aku lah yang habiskan duit kau? Eh aku pinjam aku bayar baliklah bukannya aku tak bayar!"
"Habistu siapa lagi kalau bukan akak? Akak ada tanya Fyra makan ke tak, makan apa hari ini, Fyra sihat ke tak, ada ke? Takde kan? Agak-agak kalau mati kebulur pun, akak tak kisah kan? Eh lupa, akak mestilah kisah sebab kalau Fyra takde, sumber 'rezeki' akak pun hilang macam itu je, kan?" Suasana semakin menegang antara mereka adik-beradik. Disebabkan hilang kata-kata, Aneysa berlalu pergi menuju ke bilik air. Areysa menghembuskan nafas perlahan dengan sikap kakaknya yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Kemudian, Areysa memakai tudung bawalnya yang sudah siap digosok tadi dengan cepat supaya tidak terlewat. Jam ditangan menunjukkan jam 6.30 pagi.
YOU ARE READING
OG | AFIEYY NAZWAN
Romance⨳ Start : 30/5/2024 ⨳ Finish : - DISCLAIMER! Karya-karya yang dihasilkan ialah idea sepenuhnya daripada penulis, TIADA peniruan atau plagiat. Jika terdapat persamaan watak atau nama, ianya hanyalah kebetulan sahaja, tiada kaitan sama ada yang masih...