SEMINGGU selepas kejadian tidak diingini tersebut berlaku, Areysa dan Hanees sudah serik untuk mendaki lagi kerana mereka memang tidak gemar dengan aktiviti itu tetapi pada masa itu, mereka fikir hanya mahu menghabiskan masa yang terluang dengan sesuatu yang mereka belum pernah lakukan. Berhari-hari juga Areysa demam panas dan dia dipaksa oleh Hanees untuk duduk bersama dengannya memandangkan Hanees telah meminta cuti kepada majikannya bahawa dia ingin menemani Areysa yang 'diserang' demam yang agak teruk sehingga muntah-muntah. Itulah Areysa, senang dijangkiti penyakit.
"Woi, kau ni dah sihat belum?" Tegur Hanees kepada Areysa yang sedang menyelubungi dirinya dengan selimut tebal di hadapan televisyen sambil
sedang terkekeh-kekeh ketawa melayan Maharaja Lawak Mega. Hanees menggeleng-gelengkan kepala dan mengambil tempat bersebelahan dengan Areysa. Bantal berbentuk petak diambil dan dipeluk."Hehe, aku dah okey lah Nees, jangan risau." Jawab Areysa sambil tersenyum dengan hidung dan mata yang sudah memerah. Sesekali Areysa memandang sekilas ke arah Hanees yang seperti mahu mengatakan sesuatu dengannya tetapi masih ragu-ragu, mungkin?
"Ermm Fyra, aku nak tanya sikit boleh?" Soal Hanees dengan berhati-hati supaya dia tidak 'disembur' oleh Areysa. Sudahlah demam, 'bulan datang' pula tu, memang kena susun ayat elok-elok agar tidak menganggu emosi mak singa ini. Areysa mengangguk sambil memandang sekilas ke arah Hanees. Masa aku nak layan cerita lah dia sibuk nak tanya eh? Wrong timing lah Hanees Arayna.
"Kau tak rasa bersalah ke sebab marah lelaki yang kau kata jadi asbab kau kena buang kerja tu tempoh hari? Aku rasa dia pun tak sengaja lah Fyra, mungkin dia tak ada niat nak malukan kau pun, mungkin sebab dia tengah emosi masa tu? Aku tengok muka dia punyalah hensem dan nampak baik, takkanlah perangai macam tu, aku rasa dia pun tak sengaja. Cuma nak cakap yang aku tak suka dia lah, aku suka kawan dia yang muka macam cina sikit, pakai baju biru nombor 04 haritu."
Areysa menggulingkan biji matanya ke atas sambil mengeluh berat. Tipu lah kalau cakap dia tidak rasa bersalah tetapi dia masih 'dipeluk erat' dengan rasa marah. Padahal bila difikirkan semula, masalah itu tidaklah besar mana tetapi biasalah emosi tengah tidak stabil, bercampur dengan rasa takut memang begitulah 'hasilnya'. Terkejut, bukan? Haha dia lagi terkejut dengan perubahan emosinya secara mendadak.
"Entah, dia tu tak rasa serba salah ke?" Bidas Areysa dengan nada yang malas. Posisinya yang baring tadi diubah menjadi posisi duduk sambil memeluk lutut. Hanees terdiam sebentar sebelum sambung perbicaraannya. Areysa ni kalau kahwin dengan mamat yang dia sibuk mengata tu, memang aku heboh satu dunia pakai speaker karaoke, bisik hati Hanees.
"Tapi masa haritu aku tengok dia cakap baik-baik je dengan kau takdelah macam kau yang cerita tu, mungkin kau salah orang kot Fyra. Lagipun mak aku cakap jangan marah lama-lama dekat orang tahu takut nanti orang tu jadi kawan baik kita tak pun ha lagi ekstrim jadi jodoh kita lagi-lagi bila dia lelaki ha, kau kena hati-hati Fyra, takut kau dah 'beli' hati orang." Jawab Hanees sambil tersenyum penuh makna dengan nada mengusik. Keningnya diangkat berkali-kali dan mulutnya dibuat gaya seperti sedang bercakap 'haa'. Areysa sekadar tersenyum dan angguk-anggukkan kepala.
PAP!
Terjerit kecil Hanees dibuatnya kerana tindakan drastik oleh Areysa yang telah memukul pehanya dengan kuat. Hanees memandang geram wajah Areysa, kelihatan dia sedang meniup telapak tangannya sambil tersenyum bangga. How dare dia pukul aku?! Bukan Hanees tidak tahu Areysa ini memang pantang kalau orang berbicara tentang jodoh dan perkahwinan. Hanees pun tidak tahu mengapa dengan sahabatnya itu. Dia hanya tahu bahawa dulu Areysa pernah bercinta dengan seorang budak lelaki yang tidak diketahui identitinya dan sejak mereka membuat haluan masing-masing, Areysa terus menjadi seperti ini. Selanjutnya, Hanees tidak tahu kerana Areysa tidak pernah memberitahunya dengan lebih lagi dan dia pun tidak mahu menyibuk hal sahabatnya. Pasti ada sebab kenapa dia tidak cerita lebih.
YOU ARE READING
OG | AFIEYY NAZWAN
Romance⨳ Start : 30/5/2024 ⨳ Finish : - DISCLAIMER! Karya-karya yang dihasilkan ialah idea sepenuhnya daripada penulis, TIADA peniruan atau plagiat. Jika terdapat persamaan watak atau nama, ianya hanyalah kebetulan sahaja, tiada kaitan sama ada yang masih...