"KAK!! Jangan kak, Fyra minta maaf kak, Fyr-" Tepat jam 3.00 pagi, peristiwa hitam itu kembali menerjah ke dalam kepalanya setelah sekian lama tidak mimpi perkara tersebut. Jeritan dan tangisan berselang-seli sehingga Hanees datang ke bilik rakannya itu kerana terdengar suara itu seperti datang daripada bilik Areysa. Dalam hati Hanees sudah berbisik, janganlah mimpi itu datang lagi, dia sendiri pun takut masalahnya dengar jerit-jerit ni, sudahlah jam 3.00 pagi sekarang ini! Lagi-lagi bila Areysa menggelarkan dirinya sebagai 'Fyra', semakin diulit rasa takut Hanees dibuatnya. Masakan tidak, nama itu tidak pernah diguna lagi sekarang dan Areysa sendiri memang melarang keras orang untuk memanggilnya dengan panggilan itu sejak arwah abahnya meninggal dunia tetapi bila dia sendiri yang gelarkan dirinya 'Fyra' memang seram sejuk, ianya seakan-akan bukan diri Areysa yang sebenar!
"Weh Areysa, kau kenapa ini? Areysa bangun, Areysa! Areysa bangun lah!" Tubuh kecil Areysa digoncang-goncang kuat, semakin kuat digoncang semakin kuat rayuannya. Bibirnya tidak henti-henti menyeru kakaknya, Aneysa. Hanees menjadi panik dan tidak keruan, dahi Areysa mula dibasahi peluh, nampaknya impak daripada mimpi kali ini bukan lah sikit-sikit.
"Puteri Areysa Nafyra!!" Hanees menarik nafas panjang sebelum melantangkan suaranya memanggil Areysa dan sekelip mata, Areysa terus bangun dengan nafas yang termengah-mengah seperti orang berlari. Tangan Areysa mengelap peluhnya yang merinik di dahi. Hanees menarik nafas lega, hampir luruh jantung dia tadi apabila melihat keadaan Areysa seperti tidak sedarkan diri.
"Ap...Apa jadi ni?" Areysa menyoal Hanees yang sedang duduk bersila berhadapan dengannya. Serta-merta kening Hanees yang elok terletak itu berkerut, Areysa...tak ingat?
"Kau tak ingat ke? Kau tahu tak yang kau meracau macam orang gila tadi, aku kejut, kejut, kejut, kau tak bangun bangun, cemas aku dibuatnya! Kau jangan cakap dengan aku yang mimpi buruk kau tu datang balik eh?"
"Aku? Meracau? Eh tapi tadi aku..." Belum sempat Areysa menghabiskan kata-katanya, tangan Hanees sudah menekup mulut kawannya itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Sudah! Dia tidak mahu dengar apa-apa, pagi-pagi buta ni jangan buat dia makin rasa nak lari! Dia ini bukannya kuat semangat sangat, lagi-lagi dengan Areysa yang memang jenis kuat menyakat. Sungguh tidak gemar!
"Better kau diam, aku taknak dengar apa-apa daripada mulut becok kau tu! Kalau nak cakap, esok je, dah pergi tidur lah. Sebelum tidur, baca doa dan jangan lupa basuh kaki sekali. Haihlah anak dara ini, dah besar pun nak aku bebel-bebel macam anak aku dah kau ini!" Areysa senyum tipis sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar celoteh kawannya. Hanees turun daripada katil Areysa dan berjalan menuju ke biliknya. Selepas Hanees keluar, Areysa mencapai telefom bimbitnya.
Kelihatan ada satu notifikasi masuk ke dalam skrin telefonnya daripada aplikasi whatsapp. Laju jari-jemari Areysa menekan untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar mesej tersebut. Malangnya, nombor tersebut ialah nombor yang tidak dikenali, nombor yang tiada dalam contact whatsappnya.
'Assalamualaikum, boleh berkenalan tak?' Itulah mesej yang dihantar oleh gerangan yang tidak dia ketahui. Dia bukannya artis nak berkenalan bagai, beria sungguh lah hantar mesej acah-acah nak berkenalan. Sakan Areysa mengutuk di dalam hati.
Areysa melepaskan keluhannya perlahan dan menutup kembali telefonnya tanpa ada niat untuk membalas mesej tersebut, biarlah sepi tanda dia tidak berminat. Saat ini dia hanya mengharapkan kakaknya ambil berat tentang dirinya yang sangat-sangat memerlukan gerangan itu. Tetapi hampa, sudah dua hari kakaknya langsung tidak menghubunginya. Kalau tak tanya khabar pun takpelah asalkan Areysa tahu yang kakaknya masih anggap dia sebagai keluarga selepas apa yang terjadi 10 tahun lepas ketika dia berusia 10 tahun.
"Abah, kenapa mimpi tu datang lagi? Abah dengan mak tak sayang Cah dah ke? Cah takut, Cah dah takde siapa-siapa, Cah ada Nees je untuk jaga Cah. Cah rasa Cah macam mimpi lagi bila abah dengan mak pergi tinggalkan, Cah reda tapi Cah rindu. Rindu abah dengan mak, walaupun mak layan Cah macam yang abah tahu tapi mak tetap orang yang baik. Kak Neysa pun dah tak kisah pasal Cah, tapi kalau dia nak apa-apa mesti dia cari Cah dulu. Padahal dia dah ada suami, Cah ni takde siapa-siapa dah. Cah penatlah abah, Cah tak mampu hadap sorang-sorang tapi Cah taknak susahkan sesiapa termasuklah Hanees." Areysa kembali membaringkan dirinya selepas puas dia meluah walaupun tiada siapa di sisi. Selimut ditarik sehingga ke paras bahu. Rambutnya yang menganggu pemandangannya, disebak ke belakang.
YOU ARE READING
OG | AFIEYY NAZWAN
Roman d'amour⨳ Start : 30/5/2024 ⨳ Finish : - DISCLAIMER! Karya-karya yang dihasilkan ialah idea sepenuhnya daripada penulis, TIADA peniruan atau plagiat. Jika terdapat persamaan watak atau nama, ianya hanyalah kebetulan sahaja, tiada kaitan sama ada yang masih...