⊹˚. Afieyy Nazwan, 6 ♡𝆬

8 2 0
                                    

"AKAK Naya buat apa tu?" Anaya terus memanggung wajah melihat susuk tubuh adik perempuannya, Amyza sedang berjalan menghampiri dirinya yang sedang sibuk membaca novel kegemarannya. Bibirnya melorek senyuman manis buat adik kesayangannya. Novel bertajuk 'Andai hatinya bukan milikku' itu ditutup dan kemudiannya diletakkan di atas meja belajarnya. Amyza memandang tajuk cerita novel tersebut dengan wajah kakaknya silih berganti. Bukan Amyza tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh kakaknya, kadangkala dia pun berasa kasihan tetapi apakan daya, pemilik hati kakaknya juga tidak memberi apa-apa tanda.

"Saja, baca novel sambil tunggu orang dekat sana balas mesej akak." Balas Anaya sambil menggamit adiknya untuk duduk di hadapannya. Amyza mengerutkan dahi dengan pandangan tajam kepada Anaya. Anaya tahu apa yang dimaksudkan oleh pandangan Amyza, sebab itu dia hanya membalas dengan senyuman sahaja. Anaya tidak pernah berahsia tentang lelaki pujaannya kepada Amyza kerana dia pasti adiknya lebih memahami kemahuan dirinya berbanding dengan mak tirinya.

"Akak ini tak penat ke eh? Kalau Myza, Myza penat tahu, awal-awal Myza dah tarik diri kalau orang dah taknak. Kita ini perempuan tahu kak, jadi kita kena pilih lelaki yang cintakan kita, bukan yang kita cintakan dia tapi dia sebaliknya. Akak faham kan? Myza merayu sangat-sangat dekat akak, dengarlah cakap Myza, akak jangan ambil risiko untuk kahwin dengan lelaki yang tak ada hati langsung untuk akak, Myza taknak tengok akak sakit sebab Myza ada akak je, Myza sayang akak lebih daripada Myza sayang diri sendiri tahu."

"Elelele janganlah sedih, akak pun sayang Myza tahu tapi itu bezanya Myza dengan akak. Dia kena bagi bukti yang kukuh dekat akak untuk akak tarik diri, akak takkan putus asa selagi akak tak dapat apa yang akak nak. Kalau dia dah ada orang lain, dia takkan layan akak, takkan penuhi kehendak akak, akak nak jumpa dia, dia tak pernah tolak, bukan ke itu satu tanda yang hati dia dah terima akak?" Anaya mengusap air mata adiknya yang perlahan-lahan jatuh menyentuh telapak tangannya. Tangan Anaya yang berada di bahunya diambil dan digenggam perlahan-lahan. Anaya menanti bibit bicara oleh Amyza.

"Kak, boleh jadi sebab dia kasihankan akak. Myza tahu, Myza tengok cara pandangan dia dekat akak, kosong. Tak macam akak pandang dia." Anaya melepaskan perlahan-lahan genggaman tangan mereka. Adakalanya Anaya juga terasa dengan apa yang dikatakan oleh Amyza walaupun perkara tersebut ialah kenyataan. Amyza yang jarang berjumpa pun nampak apatah lagi dia, yang sering bertentang mata dengan lelaki itu. Dia dibelenggu saat ini dengan perasaan yang tidak pasti. Dapatkah dia menerima kenyataan yang pahit di kemudian hari jika lelaki pujaannya memilih yang lain berbanding dirinya?

"Myza, akak tahu semua itu. Tapi.." Tiba-tiba percakapannya terpotong dengan deringan daripada telefon bimbit yang berada bersebelahan dengannya. Anaya pantas mengambil telefon tersebut dan melihat siapakah gerangan yang menghubunginya malam-malam begini? Terbeliak biji matanya apabila tertera nama lelaki pujaannya naik di skrin telefonnya. Teruja? Jangan katakan teruja, semua perasaan bercampur-baur saat ini.

Laju jarinya menekan ikon hijau tanda menerima panggilan tersebut. Amyza menggulingkan biji matanya melihat kegedikkan Anaya. Sementara itu, Amyza mengelap hujung matanya yang masih berair, entah kenapa malam ini dia tiba-tiba menjadi sangat sensitif lagi-lagi bila membicarakan tentang orang yang dia sangat sayang.

"Waalaikummussalam, ya, Afieyy kenapa telefon Anaya malam-malam ini? Ada apa-apa ke?"

"Saya dah dekat depan rumah awak, boleh tak kita jumpa sekejap?" Jawab gerangan disana tanpa nada. Lain pula dengan Anaya, dia seperti sudah menjadi manusia yang paling bahagia dalam dunia sehingga mahu menjerit-jerit meluahkan rasa gembiranya. Walaupun perkara kecil sahaja sudah membahagiakan seorang Nur Anaya inikan pula perkara besar? Tetapi, perasaan terujanya mati begitu juga dengan senyumannya apabila mengenangkan apa yang dikatakan oleh lelaki pujaannya tadi. Tanpa sedar, dia tertekan ikon merah sekaligus menamatkan panggilan mereka.

OG |  AFIEYY NAZWANWhere stories live. Discover now