⊹˚. Afieyy Nazwan, 2 ♡𝆬

16 3 0
                                    

"AFIEYY." Kedengaran suara seseorang memanggil namanya dari arah belakang. Pantas Afieyy memusingkan tubuhnya ke belakang untuk melihat siapakah gerangan tersebut. Kelihatan seorang gadis bertumit tinggi sedang berjalan laju ke arahnya. Afieyy menggaru keningnya, ke mana dia pergi pasti gadis ini menyibuk. Umi dirumah itu pula selalu sangat sebut fasal kahwin, kahwin dan kahwin. Naik pusing kepala Afieyy dibuatnya dengan soalan yang sama semenjak dua tahun lepas. Sudahnya, diugut dengan umi, katanya kalau tahun ini tiada calon menantu, umi sendiri akan pinang Anaya iaitu gadis yang sedang menghampirinya.

"Awak buat apa dekat sini, Anaya? Bukan ke umi cakap awak masih dekat kampung?" Soal Afieyy tidak berperasaan. Padanya, Anaya ini cantik, baik, sopan tetapi tidak tahu mengapa hatinya langsung tidak tertarik dengan kewujudan perempuan itu. Bak kata umi, apa yang dia mahukan lagi? Anaya itu sudah cukup pakej. Afieyy sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan tetapi apa yang pasti, dia memang tiada apa-apa perasaan kepada Anaya.

"Afieyy, Ayra dah lama balik sini, Afieyy je taktahu, yela bak kata umi Afieyy itu asyik sibuk kerja je sampai jodoh sendiri pun tak sempat nak cari, kan? Ayra bukan nak kacau Afieyy dekat sini, tapi dah alang-alang nampak Afieyy dekat sini, bolehlah Afieyy tolong Ayra cari barang dapur, kan?" Balas Ayra cuba meraih perhatian lelaki itu. Ayra tahu Afieyy tidak suka padanya atau lebih tepat perasaannya tidak berbalas tetapi Anaya tidak putus asa untuk memikat hati lelaki dihadapannya ini. Afieyy cuma mengangguk tanpa sebarang senyuman yang menghiasi wajah kacaknya memandangkan hari ini cuti, maka dia relakan sahaja. Alang-alang dia juga ingin mencari barang yang dipesan oleh uminya.

"Ayra, saya ke sana sekejap, nak cari barang." Ayra mengangguk dan membuat jari berbentuk 'okay' kepada Afieyy. Ayra tersenyum lebar, mereka serupa suami isteri pula sekarang ini walaupun cuma angan-angan tetapi tidak mengapa. Berangan itu percuma!

"Hai encik, maaf menganggu, hari ini kami ada buat potongan harga, encik boleh tengok-tengok dulu mana yang encik mungkin berkenan, jangan risau, barang-barang kami dekat sini semua berkualiti tinggi, dijamin sihat dan yang penting, halal!" Terkejut Afieyy apabila disergah sebegitu tanpa salam. Padahal tidak disergah, cuma ditegur sahaja. Dia ingatkan siapalah tadi rupanya budak promoter, hampir hilang jantung dibuatnya. Gadis itu tersenyum dan terkebil-kebil menunggu balasan daripada pelanggannya.

"Tak minat."

"Kalau encik tak minat, mungkin ahli keluarga encik minat?" Gadis itu sekadar mencuba nasib sahaja, kalau tidak mahu, tidak mengapalah. Lagipun selalunya memang beginilah, sudah menjadi kerjanya jadi dia perlu mendapatkan pelanggan seramai yang mampu. Gadis tersebut hanya melemparkan senyuman manis sambil menghulurkan poster yang berada di tangannya. Afieyy memandang sepi huluran itu tanpa ada niat untuk menyambutnya.

"Aku cakap tak minat tu, tak minatlah." Entah mengapa tiba-tiba dia ternaikkan suaranya di khalayak ramai membuatkan gadis itu terdiam dan menarik balik hulurannya. Orang yang lalu-lalang juga sudah mula memberikan perhatian kepada mereka berdua. Ayra yang tidak jauh daripada situ mula menghampiri kerana terdengar kekecohan yang berlaku.

"Afieyy, kenapa ini? Jangan marah-marah macam ini nanti awak yang kena. Cuba bawa bertenang, dia cakap baik-baik dengan Afieyy kan? Tak eloklah awak layan dia macam itu." Ayra yang baru sahaja tiba, melemparkan senyuman kepada gadis promoter itu sebelum menegur Afieyy. Afieyy menjeling kepada tanda nama yang berada di baju promoter tersebut.

'Areysa.'

"Budak nama Areysa ini yang tak faham bahasa, aku cakap taknak tu taknaklah, dia pergi paksa buat apa? Memang kena 'semburlah' dengan aku. Kalau aku nak beli tu pandai-pandai aku lah nak cari, tak payah paksa, semak!" Sembur Afieyy dengan nada geram. Ayra menjeling Afieyy, dia tidak suka dengan apa yang dikatakan oleh Afieyy. Pasti nanti akan mengundang pandangan buruk daripada orang sekeliling lagi-lagi gadis comel bernama Areysa ini. Jujur, Ayra juga terkejut kerana Afieyy tidak pernah menggelarkan dirinya 'kau,aku' tetapi nampaknya kali ini dia benar-benar marah. Pelik, sedangkan benda kecil sahaja.

OG |  AFIEYY NAZWANWhere stories live. Discover now