08.

40 16 0
                                    

wonyoung
sorry haruto,
i have to cancel our meeting.

you
oh, okey.
kenapa? ada masalah ke?

wonyoung
yup.
masalah besar.

you
oh okey.
good luck.

wonyoung
^^

"Kenapa dengan dia ni sebenarnya?"

Merasakan situasi ini semakin hilang arah tujuannya, hatinya kuat menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Sekali lagi Wonyoung membatalkan pertemuan mereka, dan sekali lagi gadis itu mematahkan hatinya.

Haruto merasakan perkara backstreet ini adalah satu hal yang amat menyusahkan dirinya. Akibat hubungan yang terlaksana secara rahsia, dia tidak dapat meluahkan apa yang berlaku antara dia dan Wonyoung pada orang lain.

Walaupun dia rasa yang kehidupannya menjadi lebih baik kerana dia akhirnya mendapat persekitaran yang positif di sekolah, namun dia rasa masih ada yang belum selesai. Masalah antara ibu bapanya adalah isu utama, dan Wonyoung pula seolah-olah mahu mempermainkan dia.

Senang cerita, dia boleh kata yang Wonyoung telah berubah.

Namun sejak bila? Dan dimanakah silapnya sebagai teman kepada Wonyoung?

"Kenapa kau makin lama makin menjauh daripada aku?"

"Apa salah aku pada kau sebenarnya?"

"Kenapa kau... seolah-olah dah tak ambil peduli pasal aku?"

"Kalau kau dah tak sayangkan aku, kenapa kau beria untuk tolong aku selesaikan semua masalah aku? Kenapa? Untuk apa kau buat semua tu?"

And that's how those questions keeps lingering in my mind.

And that's how those questions keeps lingering in my mind

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✓ backstreet.Where stories live. Discover now