Dia berdiri di tepi bangunan itu, dan memandang kosong ke bawah. Air matanya sudah kering di pipi.
Sudah puas dia menangis, sudah puas dia menderita. Tidak ada gunanya jika dia terus berada di dunia ini, jika dirinya hanya akan terus tersakiti.
Adakah kau akan merasakan yang sama?
"Haruto!"
Jeongwoo pantas mendapatkan Haruto dan menariknya jauh dari tepi bangunan itu, hanya untuk mengetahui yang Haruto mengalirkan air mata sekali lagi.
"Kau dah gila ke! Benda bodoh apa yang kau nak buat ni!"
"Mati lebih baik untuk aku."
Kata-kata itu terpacul di bibir Haruto, disertai dengan esak tangisnya. Jeongwoo terpempan, kekesalan terbit di hati kerana dia bertindak untuk memarahi lelaki itu.
"Aku penat... aku penat... aku rasa aku dipermainkan..."
"Oleh siapa? Tell me who and I will find them."
"Jang Wonyoung."
Jeongwoo terkaku dan diam membisu. Mengapa nama itu pula yang disebut oleh Haruto? Adakah Haruto ada apa-apa hubungan dengan gadis yang popular di sekolah itu?
"Apa kaitan dia dengan kau, Haruto?"
"She's mine but I don't think I'm hers."
"Maksud kau... kau dengan dia ada hubungan selama ni? Itu ke maksud kau?"
Sejujurnya, Jeongwoo memang terkejut. Tak dia sangka yang Haruto akan ada hubungan dengan Wonyoung- dan sangkanya Haruto sekadar sakit kerana masalah ibu bapanya.
Rupanya ada perkara sebaliknya yang berlaku.
"Tell me all about you and her. Now."
Amarah Jeongwoo menguasai jiwanya setelah dia mendengar cerita sebenar tentang Haruto dan Wonyoung dari awal. Yang paling menyakitkan hati, gadis itu boleh ghosting Haruto secara tiba-tiba- tiada angin tiada ribut.
"Jeongwoo, tolong aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku terasa bodoh sangat."
Air muka Jeongwoo berubah. Dia jatuh kasihan pada Haruto, seorang lelaki yang kelihatan terlalu lemah pada saat ini.
"Aku akan cari dia. Aku akan cari kebenaran tentang dia. Jangan risau Haruto, you got my back."
Jeongwoo harus mencari kebenaran apakah sebab Wonyoung tiba-tiba menjauhkan diri daripada Haruto. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena kerana berdasarkan penceritaan Haruto tadi, sebelum ini gadis itu selalu ada bersama dia dan tidak memperlakukannya sebegini.
Mungkin di sekolah hubungan mereka tidak didedahkan. Tetapi di luar, hanya mereka saja yang tahu perjalanannya.
And that's how my buddy knows the truth about me and her.
YOU ARE READING
✓ backstreet.
أدب الهواة2023 | completed. at least i believe in us, rather than you.