"Haruto... kau ditipu selama ni."
Maksudnya... semua overthinking aku tu betullah?
"Wonyoung dapat dare daripada budak yang satu batch dengan kita. Dare dia, Wonyoung kena couple dengan kau-"
"Dare?"
Itu baru sahaja permulaan cerita. Haruto belum mengetahui lagi jalan ceritanya sehingga habis, namun dia tidak ingin tahu yang selanjutnya.
Hatinya yang retak kini terbelah menjadi dua. Dia terduduk di atas lantai, sebelum tangisannya terhambur. Jeongwoo terbeku, melihatkan Haruto yang kini menangis tiada henti.
"She doesn't love you. She did because of a dare. A dare Haruto."
"DIAMLAH BODOH! DIAM!"
Lelaki itu menjerit sekuat hati, dan menutup telinganya dengan seluruh badannya menggigil dengan teruk. Bahu Jeongwoo terhenjut sedikit, tidak menyangka yang dia akan terkena tempias emosi Haruto.
Haruto terlalu sayang pada Wonyoung.
Tapi ini yang dia dapat.
Sebab tu Wonyoung pilih untuk backstreet, sebab dia nak jaga reputasi dia sebagai pelajar kelas hadapan. Aku memang dah agak benda ni akan jadi. Mana mungkin perempuan macam dia tu pandang pelajar kelas belakang?
"PEREMPUAN SIAL! SIA-SIA AKU SAYANGKAN KAU SELAMA NI! BODOH!"
Tiba-tiba sahaja Haruto bangun, dan menolak semua barangnya di atas meja ke atas lantai. Dia menjerit dan meraung sekuat hatinya, dengan air mata yang laju bercucuran ke pipi.
"ARGH!"
"HARUTO!"
Entah dari mana Haruto mendapatkan pisau lipat, hampir-hampir sahaja pisau itu ditusuk ke perutnya sendiri. Jeongwoo bertindak pantas dengan merampas pisau lipat itu dan membuangnya sejauh yang boleh.
"Kau fikir bunuh diri boleh selesaikan masalah ke!"
Sekali herdikan daripada Jeongwoo sudah cukup untuk menghentikan tindakan Haruto yang sangat gila itu. Haruto akhirnya terduduk dan tersandar pada birai katil, sebelum dia didakap erat oleh Jeongwoo.
"Aku penat Jeongwoo. Aku penat...."
"I understand it but killing yourself doesn't solve your problems. You need to face it."
Pada akhirnya, hanya tangisan Haruto sahaja yang bergema di segenap biliknya itu.
Tangisan yang sangat menderitakan.
Tangisan yang tersirat dengan sejuta kekecewaan.
And that's how a man collapse to the ground because of love.
YOU ARE READING
✓ backstreet.
Fanfiction2023 | completed. at least i believe in us, rather than you.