Hari graduasi.
Hari graduasi itu sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat semua orang.
Namun tidak bagi Wonyoung.
Dia mengakhiri zaman persekolahannya dengan kedukaan dan kesedihan, akibat permainan yang akhirnya menjerat diri sendiri. Sejak Haruto memutuskan untuk meninggalkan dia, dia merasakan bahawa hidupnya hanya sekadar sia-sia.
Jika dia betul-betul serius dalam hubungan ini dahulu, mungkin dia dapat meraikan hari graduasinya dengan hati yang riang- bukannya gundah-gulana seperti sekarang ini.
"Menyesal ke Wonyoung?"
Sinis soalan Jeongwoo, dengan senyuman sarkastik yang sengaja dilakarkan. Wonyoung hanya diam membisu.
"Kenapa diam? Rasa bersalah sangat ke? Itulah, lain kali jangan bermain dengan api. Kan dah membakar diri sendiri."
Wonyoung hanya memekakkan telinga. Malas hendak melayan Jeongwoo yang sengaja menyimbah minyak ke api yang sedang marak.
"Kalau hari ni kau berniat nak cari dia, lupakan sajalah. Dia tak akan hadir."
"Sebelum aku suruh Liz tinggalkan kau, baik kau berambus dari sini."
"Oh, ugut ya? C'mon Vicky. Terimalah hakikat yang kau dah kalah. Kau dah kalah dengan ego kau sendiri. Dan Haruto? Haruto dah benci kau untuk selamanya. Dia takkan maafkan kau atas apa yang dah berlaku."
Jeongwoo berlalu pergi meninggalkan Wonyoung, sebelum dia berhenti dan berpaling menghadap gadis itu semula.
"Jangan lupa, yang kawan-kawan kau pun dah tinggalkan kau. Liz dan Rei. Kalau kau nak tahu, Liz kata yang dia kecewa sangat bila dapat tahu cerita sebenar pasal kau dan Haruto."
Jeongwoo ketawa sinis, sengaja ingin merendahkan status Wonyoung yang terlalu 'dibanggakan' oleh gadis itu.
"Who's by your side right now? No one. HAHA!"
"Berambuslah kau! Jangan kurang ajar dengan aku lagi!"
Jeongwoo tersenyum sarkastik, sebelum pergi meninggalkan Wonyoung. Gadis itu tertunduk hiba, mengenangkan kembali semua kata-kata Jeongwoo yang menjadi duri dalam dagingnya.
Kenapa semua menghukumnya sekarang ini? Sedangkan hanya pada Haruto saja dia berbuat salah, bukannya pada semua orang.
"Sudahlah. Baik aku balik. Papa dengan Mama pun bukannya datang ke sini."
Jika pelajar lain sibuk bergambar di atas pentas, leka berborak sesama sendiri, Wonyoung memutuskan untuk pulang sahaja. Tiada kepentingan lagi untuk dia terus ada di sini.
Liz dan Rei tidak kelihatan. Mungkin mereka berdua pun bertindak untuk menjauhkan diri, setelah mengetahui apa yang telah berlaku.
No one see me as their friend anymore.
Dengan hati yang lara, dia melangkah pergi dari kawasan sekolah itu. Namun arah tujuannya bukan rumah, tetapi suatu tempat yang mungkin bakal menenangkan hatinya.
She needs someone to talk, but there's no one.
YOU ARE READING
✓ backstreet.
Fanfiction2023 | completed. at least i believe in us, rather than you.