CHAPTER 6

203 15 2
                                    

Fourth hanya terdiam saja dan tidak berkata apa apa.

"Fourth?" Panggil Gemini yang membangunkan Fourth dari terus berdiam.

"Gemn kita dah lama kenal kan"

"Kau pun tau apa je yang aku buat mesti ada sebab" kata Fourth sambil tangannya menjalar di tengkuknya Gemini.

"Ada lagi benda yang Mark sorokan. Jangan biar Joong dapat tau sebelum kita" bisik Fourth ke telinga Gemini lalu menciumnya.

"Macam mana kau tau?" Soal Gemini pula.

"Aku dapat rasa je , yela kalau tak kenapa baru sekarang Joong datang. Dia mesti ada rancang sesuatu." Kata Fourth lagi yang tersenyum.

"Aku nak mandi dulu" katanya lagi sambil menampar perlahan pipi Gemini dan berjalan masuk ke bilik mandi.

Gemini yang terdiam itu , berfikir apa yang sedang berlaku dan keadaan ini membuatkan dirinya semakin pening dan serabut.

✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓

Harini adalah hari dimana mereka berdua perlu menghadiri majlis yang dianjurkan oleh rakan sekerja mereka juga.

Tidak sangka , Joong dan satang juga turut menghadiri majlis itu.

"Jumpa lagi kita" kata Joong dan melabuhkan punggungnya di sebelah Gemini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jumpa lagi kita" kata Joong dan melabuhkan punggungnya di sebelah Gemini.

Phuwin yang berdiri di sebelahnya Gemini itu memandang tajam ke arah Joong.

"Tick" bunyi petikan jari itu membuatkan Phuwin mengalihkan pandangannya ke arah Satang yang membuat bunyi itu.

Satang memberikan 'wink' pada Phuwin sambil tersenyum manis.

Terlihat seperti Satang yang sedang 'menganjing' dan mahu mencari masalah dengannya.

Phuwin tidak menghiraukan dan hanya pandang ke depan saja.

"Gembira nampak kau , dah dapat emas?" Soal Fourth lalu menyilangkan kakinya dan memberikan pandangan yang tajam pada Joong lalu memberikan senyuman.

"Emas? Aku rasa aku terjumpa berlian" kata Joong pula lalu memandang ke arah Gemini.

Fourth yang faham dengan apa yang dimaksudkan Joong hanya diam saja.

Dari riak wajahnya Fourth saja sudah tahu yang dia tidak selesa dengan kedudukan Joong yang berada sangat rapat dengan teman lelakinya itu.

Sepanjang berlangsungnya majlis itu , Fourth sering mencuri pandang Joong tetapi Joong sering melemparkan senyuman yang agak menjengkelkan itu padanya.

"Phuwin kalau nak keluar isap rokok pegi la" Fourth memanggil Phuwin dan berbisik padanya.

Phuwin yang mengangguk faham itu terus keluar.

Joong memberikan isyarat pada Satang untuk mengikuti Phuwin dari belakang. Begitu juga Satang yang mengangguk.

"Kau nak ape sial" kata Phuwin yang sedar akan kehadirannya Satang.

"Kau mesti dah tau yang boss aku ada rancang sesuatu kan" kata Satang itu membuatkan Phuwin terdiam dan memandang ke arahnya.

"Aku tak sabar nak berkumpul macam ni lagi" katanya lagi dan mengambil rokok yang ada di mulutnya Phuwin , lalu menghisapnya.

Phuwin masih lagi terdiam dan berfikir apa yang dimaksudkan Satang itu.

✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓

"Sial betul la kau Joong!" Kata Fourth dengan nada suara yang agak tinggi dan merebahkan dirinya di katil.

"Kau kenapa?" Soal Gemini pula.

"Kenapa kau tanya? Kau buta ke apa? Kau tak nampak macam mana dia pandang kau? Dah la duduk rapat gila dengan kau" rungut Fourth.

"Kau jeles?" Usik Gemini pula. Fourth hanya memandang Gemini saja.

Gemini yang tersenyum itu terus memeluk erat Fourth lalu menciumnya.

Sedang asyik mereka berciuman, kedengaran telefon milik Gemini yang berdering.

Belum sempat Gemini menjawab panggilan , Fourth sudah merampas dan memutuskan panggil itu.

"Not this time gemn" kata Fourth yang melemparkan telefon itu ke katil lalu mencium bibirnya Gemini.

TRAPS S2 - BELONGS TO MEWhere stories live. Discover now