"aku tertanya tanya apa akan jadi kalau Gemini join kita" kata Joong yang tersenyum sambil melihat lagi video Fourth dan Gemini yang sedang berasmara di meeting room itu.
Satang hanya terdiam saja dan dengan tiba tiba Joong mengambil pistol yang ada di poket bajunya Satang.
"Kalau aku suruh dia tembak Fourth, agak agak dia buat tak?" Kata Joong lagi sambil mengacukan pistol itu tepat ke arah dahinya Satang.
Satang meneguk air liurnya dan terlihat wajahnya seperti agak terkejut.
"Sini , sini and sini" Joong mengacukan pistol itu dari dahi ke dada dan perut Satang sambil tersenyum.
Kali ini senyuman itu sangat menyeramkan, Joong terlihat seperti seorang yang psycho saja dan ianya membuatkan Satang sedikit gementar.
"Aku rasa kita dah boleh mulakan game.lagi cepat kita mula , lagi cepat kita habiskan game ni" kata Joong lagi lalu menghulurkan semula pistol kepunyaan Satang itu.
"Kita nak mula dari mana?" Soal Satang.
✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓
Terlihat Phuwin yang sedang berjalan menuju ke arah bilik pejabatnya Fourth.
Sedang asyik melihat jam ditangannya, Phuwin dengan tidak sedar telah berlaga badannya pada dinding.
Tetapi ada sesuatu yang agak pelik dapat dirasainya.
Dia mengetuk dinding itu untuk beberapa kali.
Terdengar seperti sesuatu yang agak pelik lalu dia mengetuk dinding lain pula.
Bunyi ketukan di setiap dinding itu berbeza.
"Phuwin?" Panggil Fourth yang baru keluar saja dari biliknya itu selepas saja melihat kelibat Phuwin di penghujung dinding itu.
"Tuan" kata Phuwin dan berjalan menuju ke arah Fourth
"Aku rasa aku tak panggil kai kesini, kenapa datang?" Soal Fourth dengan wajah pelik.
"Tuan Gemini suruh saya datang sini , katanya dia ada hal tapi tak nak saya ikut" kata Phuwin.
"Em takpa la, kau pegi belikan aku kopi" kata Fourth lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Hello gemn, kau ada mana sekarang ni?".
"Aku ada client. Nanti aku call kau kalau dah settle" kata Gemini dan matikan panggilan telefonnya.
"Fourth? Hm risau betul dia dengan kau" kata Joong yang tersenyum sambil menyandarkan dirinya di sofa.
"Jangan buang masa aku. Kau nak apa datang sini?" soal Gemini dengan serius.
"Well aku tertarik dengan jalan cerita korang ni"
"Macam mana Fourth boleh jadi anjing kau , sekarang jadi teman lelaki kau pula" kata Joong sambil mengunyah makanannya dan tersenyum.
Wajah Gemini berubah selepas saja mendengar perkataan ' Teman lelaki ' itu. Berasa pelik kerana tiada sesiapa tahu tentang hubungan mereka dan cuma Phuwin saja tahu.
Jadi bagaimana Joong dapat tahu tentang hubungan mereka ini.
"Haha aku bergurau, yaa korang nampak rapat sangat tak macam tuan dengan an-"
"Rasanya macam tak ada benda yang penting untuk kita bincangkan , so kau nampak pintu keluar tu kan" kata Gemini sambil mengangkat keningnya dan memandang Joong dengan wajah yang agak marah.
"Aku cuma nak kenal dengan kau lebih dekat. Boleh?" Soal Joong.
"Aku ta-"
"Kau percaya Fourth?". Gemini terdiam selepas mendengar soalan yang keluar dari mulutnya Joong itu
Suasana menjadi sunyi buat seketika. Joong mengangkat kepalanya dan melihat Gemini dengan wajah yang serius.
Senyuman yang sering terukir di bibirnya Joong itu , kini lesap dalam hanya beberapa saat saja.
"Tuan sendiri pun dia berani gigit"
"Aku dengar banyak orang bercakap pasal dia. Bijak , berani."
"Licik" kata Joong lagi dengan mada suara yang serius.
"Kau boleh keluar sekarang" kata Gemini yang sudah berdiri itu.
Joong hanya mengangguk dan berjalan ke arah pintu bilik pejabat itu. Dia menghentikan langkah kakinya itu dan memusingkan kepalanya memandang Gemini yang ada dibelakangnya itu sambil berkata.
"Kau boleh cari aku bila bila masa je"
"Aku sentiasa di belakang kau" kata Joong lagi dan sempat memberikan senyuman pada Gemini sebelum keluar dari kawasan itu.
✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓
Dalam perjalanan pulang , Gemini hanya terdiam saja dan kata kata Joong itu masih lagi bermain difikirannya.
Bukan termakan dengan kata kata itu , cuma dia tiba tiba teringat akan satu kata yang pernah diucapkan oleh Fourth.
(FROM TRAPS : WHO IS THE WINNER S1. CHAPTER 5)
"Jadi kau setuju jadi budak aku ?" Soal Gemini
"tak semua orang boleh percaya , termasuk aku"
"Mana tau lepas ni kau pulak jadi sasaran aku" jawab Fourth sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
TRAPS S2 - BELONGS TO ME
Hành động"Gembira nampak kau , dah dapat emas?" Soal Fourth lalu menyilangkan kakinya dan memberikan pandangan yang tajam pada Joong lalu memberikan senyuman. "Emas? Aku rasa aku terjumpa berlian" kata Joong pula lalu memandang ke arah Gemini. Fourth yang fa...