"nampak macam kau rindu aku? Kenapa kau datang sini tak bagitau aku dulu?" Soal Joong yang tersenyum ke arah Gemini.
"Apa yang kau nak sebenarnya? Aku tau jadi bisnes partner Fourth tu satu rancangan kau jugak kan?" Kata Gemini dengan wajah yang serius.
Joong hanya tersenyum dan membuka tabletnya dan menunjukkan satu video pada Gemini.
Terdiam Gemini selepas melihat satu video dua orang lelaki yang sedang asyik berasmara itu. Dan dia lelaki itu adalah dia dan Fourth.
"Fuck. Aku dah agak kau memang ada rancang sesuatu" kata Gemini yang tersenyum dan geram.
"Macam mana rasanya bercinta dengan anjing sendiri?"
"Aku nak tau jugak apa yang kau buat sampai Fourth boleh jadi anjing kau" kata Joong dengan niat mahu menambahkan lagi kemarahannya Gemini.
"Orang macam Fourth ni tak boleh percaya sangat. Macam aku pernah kata."
"Bila bila masa je dia boleh gigit kau" hasut Joong yang tersenyum pada Gemini.
"Betul" kata Gemini.
"Betul la kau ni memang sial. Kau letak camera kecil dalam meeting room Fourth."
"Kau sengaja langgar bahu aku kat kubur. Dan sekarang kau sengaja nak lagakan aku dengan Fourth" kata Gemini dengan senyuman yang terukir dibibirnya.
Senyuman itu nampak agak menakutkan. Terlihat joong yang masih lagi tersenyum dan ketawa kecil.
Tiba tiba telefonnya Gemini berdering lalu diangkatnya.
"APE!?"
"AKU KESANA SEKARANG!" kata Gemini dengan terkejut dan bangun dari sofa.
Namun langkahnya terhenti kerana Joong dan satang yang sedang mengacukan pistol tepat padanya.
"Fourth call kau?, Bawa aku kesana jugak atau kau dah tak boleh jumpa dia."
"Sebab aku hantar kau ke neraka dulu sebelum dia" kata Joong sambil mengacukan pistol itu.
"Tuan ada mesej dari Phuwin. Dia kata dia jumpa sesuatu" kata Satang pulak yang telah merampas telefonnya Gemini dan membawa mesej dari Phuwin.
"Habuan besar" kata Joong dengan gembiranya
Tiada pilihan, Gemini terpaksa mengikut saja apa yang Joong mahu kan.
SEBELUM PANGGILAN DIBUAT OLEH FOURTH.
"Tuan, sebenarnya saya dah lama nak bagitau sesuatu, cuma tidak ada masa yang tepat" kata Phuwin pada Fourth.
Fourth yang sedang menaip sesuatu di computer itu , berhenti dari menaip dan mendengar apa yang mahu diberitahu oleh Phuwin.
"Sebenarnya saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan dinding di depan bilik pejabat tuan" kata kata phuwin itu membuatkan Fourth tergerak hati untuk terus pergi memeriksa di kawasan itu .
Selepas Fourth mengetuk dinding itu buat beberapa kali , dia juga perasan yang bunyi di setiap dinding ini berlainan.
Bunyi ketukan yang kosong.
Dia mengarahkan beberapa orang untuk datang menanggalkan beberapa gambar yang digantung di dinding itu dan mengoyak kertas dinding itu.
Betapa terkejutnya mereka selepas melihat wujudnya satu pintu masuk yang mereka tidak pernah tahu.
Inikah rahsia yang Mark sorokan.
Dengan cepat dia membuat panggilan pada Gemini untuk menyuruh dia datang ke sini dengan secepat mungkin.
"Phuwin kau pergi kawasan Joong, aku tank nak joong tau pasal ni. Perhatian dorang berdua" arah Fourth pada Phuwin.
"Baik tuan" jawab Phuwin lalu bergegas ke kawasan dimana Joong berada.
✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓✓
Terdengar bunyi tapak kaki yang sedang berjalan mendekati dirinya Fourth. Dia tahu itu adalah Gemini, dengan cepat dia berjalan menuju ke arah Gemini.
"Gemn? Asal kau datang dengan Joong?" Soal Fourth dengan wajah yang pelik.
"A-"
"Kau tak nak bukakan pintu ke?" Soal Joong yang tersenyum sambil mengacukan pistol pada Fourth.
Orang orang yang ada disitu juga turut mengacukan pistol pada Joong dan Satang.
"Suruh dorang letakkan pistol. Ini hal antara kita saja" kata Joong lagi.
Fourth memberi isyarat supaya menurunkan Pistol.
Mencuba membuka pintu untuk beberapa kali , tetap tak berjaya kerana tiada kunci.
Dengan tiba tiba Joong menghentak pintu itu menggunakan badannya sebanyak beberapa kali dan akhirnya pintu itu terbuka juga.
Sambil berjalan masuk , Gemini dan Fourth sangatlah berhati hati kerana Satang dan Joong yang masih lagi mengacukan pistol itu pada mereka.
Sementara itu , phuwin yang sudah sampai di kawasan itu , tersedar yang mereka berdua sudah pun tiada disana.
"Sial!" Kata Phuwin selepas saja berfikir yang Mereka sudah ke sana. Dengan cepat dia memandu kembali ke sana dan berharap tidak ada apa apa perkara buruk yang berlaku.
"TUAN! TUAN! SAYA RASA JOONG DAN SATANG DALAM PERJALANAN KE SANA!" Phuwin memberi amaran pada Fourth lalui telefon kecil di telinganya supaya Fourth da Gemini berjaga jaga.
Sampai saja di penghujung bilik rahsia itu , terlihat bilik yang penuh dengan senjata dan satu meja yang diatasinya ada laptop.
Joong memaksa Fourth untuk membuka laptop itu , manakala Gemini pula masih lagi di bawah pemerintahannya Satang , jadi susah untuk dia melakukan apa apa.
Silap langkah saja, pasti peluru pistol itu akan menusuk tubuhnya.
"TUAN!?" . Terkejut Phuwin selepas melihat keadaan Gemini dan Fourth.
Dia lalu mengacukan pistol pada arah Satang.
"Lepaskan tuan Gemini" kata Phuwin dengan serius.
"Letak senjata kau, tangan di atas kepala" ugut Satang pada Phuwin supaya meletakkan Pistol itu di lantai.
Phuwin yang tidak mahu terjadi apa apa pada Gemini itu terus melakukan apa yang disuruh oleh Satang.
"Aku tak tahu password" kata Fourth dengan riak wajah yang tidak berpuas hati dan geram.
"Aku rasa password tu 1230" kata Satang.
Tidak sangka tekaan Satang itu betul dan laptop itu berjaya dibukanya Fourth.
Sedang mencari sesuatu, dia terjumpa satu file yang tertulis 'sex tape'.
Alangkah terkejutnya mereka semua selepas saja melihat apa yang ada di dalam file itu.
YOU ARE READING
TRAPS S2 - BELONGS TO ME
Aksiyon"Gembira nampak kau , dah dapat emas?" Soal Fourth lalu menyilangkan kakinya dan memberikan pandangan yang tajam pada Joong lalu memberikan senyuman. "Emas? Aku rasa aku terjumpa berlian" kata Joong pula lalu memandang ke arah Gemini. Fourth yang fa...