EP 2

11 2 1
                                    

"Kau nak bangun lepas scan muka aku atau kau nak aku langgar dulu baru kau reti nak bangun"

Ayat pedas diberi Zahrael membuatkan Elena sedar dari lamunan. Apa kau Elena tenung anak teruna orang macam nak tebus ish! Elena segera bangun dari terduduknya disitu akibat kecuaian dia sendiri. Allah sayangkan aku lagi,nasib masih bernafas,ujar perlahan Elena dalam hati. Seluarnya dibelakang ditepuk perlahan menanggalkan debu dan habuk yang melekat. Matanya beralih ke arah Zahrael yang masih berpeluk tubuh memandang tajam ke arahnya.

"Maafkan saya. Saya ingatkan jalan ni tak terlalu sibuk dengan kereta jadi saya melintas tanpa pandang kiri dan kanan. Jangan risau,kereta encik saya tengok tak ada calar balar jadi Encik boleh meneruskan perjalanan encik tanpa risau",ujar lebar Elena. Walhal tengah menahan malu sebab kecuaiannya yang seakan kanak-kanak yang baru reti berjalan. Almaklum lah dah lama tak keluar~

Tawa nipis berbaur sindiran dilepaskan Zahrael. "Nak kata tak nampak, aku rasa mata kau dah cukup dua. Ke kau memang dah lama plan nak bunuh diri dengan cara terjunkan diri depan kereta mahal? Lepastu claim insurans. Hebat betul",sindir Zahrael pedas. Elena yang mendengar ayat tersebut keluar dari bibir yang baru dipujinya dalam hati tersentak. Menyesal aku puji. Mulut macam longkang,tak ada insurans. "Maaf sekali lagi tapi saya tak terlampau bodoh untuk buat benda tu. Nyawa saya lagi berharga daripada bunuh diri semata-mata untuk insurans mahupun duit. Banyak lagi cara halal yang saya boleh raih duit",balas Elena geram. Ingatkan dah lama tak bercakap dengan orang luar ni bolehlah dia bertutur dengan baik. Tapi baru je keluar dah jumpa manusia seperti ini. Bala bala.

"Dia yang buta aku yang kena",bisik Elena lagi. Ini serius tidak disangka oleh tuan badan sendiri yang dia mengatakan begitu di hadapan Zahrael. Terkejut beruk lelaki itu mendengarnya. Lantas Elena tanpa berfikir panjang terus melarikan diri daripada kereta tersebut. Zahrael masih terpegun. "Did she just say I'm blind?",tanya Zahrael sendiri. Terus dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta dan mengejar Elena yang masih berlari anak ke kawasan perumahan untuk lari daripada Zahrael

"Apa kau buat ni Elena!! Kau baru je keluar tapi dah buat hal dengan orang! Dah lah hensem pula tu AAAA",Marah Elena pada diri sendiri. Kaki masih berlari. Dia tahu lelaki itu masih mengejarnya menggunakan kereta. Lambat laun dia akan ditangkap tapi apa salahnya dia lari dulu. Biarlah dapat lari sekejap dari kena terus tangkap huhu seram.

+++++

Nafas ditarik sedalam mungkin. Oksigen di udara di tarik dan dilepas keluar dengan cepat. Disebabkan penat, Elena mengalah dan berhenti di hadapan sebuah rumah. Zahrael yang mengejar dia dengan kereta berhenti di belakangnya. "Boleh tahan dendam juga laki ni dengan aku. Salah sikit sahaja dia punya kejar macam aku calarkan kereta dia",monolog Elena. Dadanya masih berombak laju bertukar oksigen dan karbon dioksida. Macam marathon dah gayanya.

"Anything to say, young lady? I think I own something from you",ujar Zahrael yang masih posisi berpeluk tubuh apabila keluar dari kereta nya. Elena segera menegakkan badannya apabila ditegur buat kali kedua oleh Zahrael dan berpaling ke arahnya kembali. "Kan saya dah cakap,saya minta maaf. Sumpah tak sengaja nak tiba-tiba terjun depan kereta mahal awak ni",terang Elena lagi. Jujur dia penat nak bergaduh mulut dengan lelaki yang tak reti bahasa ni. Orang dah kata tak sengaja adu

"No. Aku tak cakap pasal yang tu. Aku tahu itu memang salah kau juga walaupun kau nak berdalih jauh. Yang aku maksudkan ayat terakhir kau cakap dekat aku sebelum kau lari. Buta? Hello miss? I own your apologies by say that",ujar Zahrael lagi. Sudahlah tadi ditimpa dugaan dengan pekerjanya sendiri sekarang dengan orang yang tak dikenali pula.

"Alah..yang tu- okay okay! Sorry! Sumpah benda tu tak sengaja keluar dari mulut. Maklumlah saya pun tengah geram jadi semua benda ralat yang keluar dari mulut saya. Saya tak maksudkan langsung",ujar Elena lagi. Zahrael masih membisukan dirinya. Keluhan berat dilepaskan lagi dari Zahrael. Elena hanya memandang pelik ke arah Zahrael sebelum matanya berhenti ke arah sebuah rumah yang cukup dia kenali.

Oksigen yang dihirup mengepam dada selajunya. Keringat yang sejuk mula terhasil di dahi. Tangan turun mengigil. Elena menunduk kembali. Tangannya ditekup menutup ruang pendengaran. Matanya ditutup biar gelap segelapnya. Trauma. Atau dikenali dengan PTSD. Elena mengalami PTSD yang teruk selepas kejadian tersebut. Bagilah 10 tahun sekalipun,dia takkan mampu lupakan. Matanya dibuka tanganya dilihat. Seakan darah masih mengalir di celahan jarinya. Air mata mula bertakung. Kejadian 6 tahun lepas berulang kembali di dalam mindanya

"Woi kau okay tak?",tegur Zahrael pelik. Bukan sahaja pelik malahan dia juga terkejut dengan tindakan Elena yang berubah drastik. Teguran Zahrael membuatkan Elena tersedar dari trauma nya sendiri. Tak pernah lagi dia rasa sebegini untuk 6 tahun. Selalunya jika trauma nya datang kembali,dia akan mengurungkan dirinya di dalam sel sendiri di bawah timbungan selimut. Elena perlahan-lahan mengangkat muka menghadap Zahrael yang sudah berjarak dekat dirinya. "Kau dah kenapa nak menangis pula ni? Aku ada marah kau ke? Adu,tolong jangan nangis depan akulah..aku tak reti pujuk orang lain selain mak aku",pinta Zahrael. Mustahil kalau dia kata dia tak cuak. Anak dara mana pula yang aku buat nangis ni alahai.

Elena hanya tersengih melihat kelakuan Zahrael yang cuak tu. Zahrael hanya membiarkan sahaja daripada Elena terus menangis tiba-tiba. "Elena?",ujar seseorang dari tepi Elena. Segera Elena memandang ke arah suara tersebut.

"Elena dah keluar?",tanya tuan suara itu lagi. Elena masih pegun di posisi nya. Tak sangka akan ada orang yang masih mengingati dia walaupun sudah 6 tahun tidak berjumpa. Syida,jiran rumah yang cukup rapat dengan ibunya. Dan Syida inilah yang menjumpai Elena dalam keadaan yang teruk 6 tahun lepas.

Elena hanya tersenyum membalas pertanyaan dari Syida. Baru sahaja mahu menanya khabar,suara dari rumah sebelah berbaur sindiran tertangkap di telinga Elena. "Eh bekas banduan dah keluar? Tak ada lah lama sangat kau kena tahan dalam tu ya. Mungkin sebab bawah umur iya dak? Ha macam mana duduk dalam tu? 6 tahun kan? Best tak? Mustahil lah kata tak best kan..6 tahun makan tidur sahaja",sindir seorang makcik sebelah rumah milik Syida.

Ah datang dah sindiran dari orang luar. Betullah Kak Jasmin kata,orang macam kita ni mustahil untuk diterima kembali dalam persekitaran yang normal. Ada sahaja sindiran dan cacian dari mereka. Yang hanya kita boleh buat cuma bersabar dan tunjuk pada mereka orang yang bebas dari penjara ini masih mampu hidup seperti orang biasa. Biarlah rekod atau masa lepas mereka buruk sekalipun,kita ni hanya manusia biasa. Penuh dengan salah penuh dengan kesilapan. Kita hanya makhluk yang bukan sempurna.

Elena hanya memberi senyuman pahit ke arah makcik tersebut. "Alhamdulilah masih bernafas di bumi yang nyata. Selama 6 tahun hidup di belakang dunia sebalik penghadang besi membuatkan saya bersyukur saya masih hidup dengan aman dan damai. Apa yang terjadi 6 tahun lepas saya anggap hanya dugaan yang diberikan Allah kepada hambaNya",ujar Elena lembut. Biarlah orang berpandang rendah mahupun menyindirkan diri dia tapi biarlah cara tutur katanya masih sopan dan beradab.

Syida dan Zahrael yang menjadi saksi hanya mendengar dengan terpegun dengan ayat yang dituturkan Elena. Lagi-lagi Zahrael. Bekas banduan?,tanya Zahrael dalam hati. Matanya dilirikan kembali memandang Elena yang masih tidak lengkang dengan senyuman di bibir. "Huh! Kau tak payah buat baik dan tunjuk baik lah depan kami. Kau dah bunuh bapa kau sendiri,masih nak tunjuk baik? Berangan je lah kau Elena. Sampai ke hujung dunia orang takkan terima kau",hambur Makcik itu lagi.

"Kau rasa kau siapa nak cakap macam tu,orang tua?"

-EP 2 END-

A/N: HAAA kan dah kata tak ada cliffhanger hehe..saya cuba yang terbaik utk hantar satu chapter satu hari..tapi kalau cuti insha'Allah hantar dua? Hehe harap semua boleh vote and comment🥲 saya appreciate sgt²🥲✍️

[OG] 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚𝐞𝐥'𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥Where stories live. Discover now