EP 3

13 2 3
                                    

"Kau rasa kau siapa nak cakap macam tu,orang tua?"

Zahrael memecahkan kesunyian yang melanda. Elena terkejut mendengar suara lelaki itu dibelakang nya. Lah ingatkan dah balik..ada lagi rupanya,ujar Elena dalam hati. Zahrael mendekati Makcik tersebut yang menghamburkan kata-kata cacian kepada Elena

"Kau Tuhan ke nak judge dia? Ingat sikit,kau pun hanya manusia biasa yang penuh dengan kesalahan yang takkan pernah kau sedar kesalahan kau sendiri. Jadi tengok diri dulu baru nak judge orang lain. Kau ada ke dekat tempat dia ke kau nak cakap macam tu?",hambur Zahrael. Dia juga terkejut kenapa dirinya tiba-tiba mengambil berat pasal perempun yang baru dia kenali tak sampai 1 hari ini.

Elena memandang ke arah Zahrael yang masih kaku di posisinya akibat percakapan yang keluar langsung dari bibirnya. Kenapa? Kenapa lelaki yang baru aku kenal malah namanya juga aku tak pernah tahu,ambil berat pasal aku? Selama 6 tahun aku hidup disana,aku sendiri menyalahi diri. Aku yang salah, aku yang berdosa, tapi kenapa ada orang yang aku malahan tak kenal,mengatakan begitu. Empangan air mata di kelopak,terus dikesat dengan tangan biar tidak mengalir ke pipi. Terharu. Itu sahaja perasaan yang menyelubungi hati kecil milik Elena. Dia tahu dia perlu kuat dan menahan telinga mendengar cacian orang-orang duniawi ini namun sebaliknya hati ini terlalu luka dan pedih.

"Kau siapa budak? Jangan masuk campur lah! Elena! Kau lepas keluar je terus cari jantan ya? Kau dengan mak kau sama je,kaki kikis harta orang!",hambur makcik itu lagi. Zahrael mengacip gigi menahan marah. Jujur dia sendiri tidak tahu kenapa dia marah sangat dengan ayat yang dihamburkan perempuan tua itu walhal ayat itu ditujukan kepada Elena. "Saya tak tahu kenapa makcik marahkan saya sangat tapi demi Allah saya baru sahaja bertemu lelaki ini dengan cara tidak sengaja. Jadi kalau makcik nak marah,marahkan sahaja saya. Tak perlu tarik encik ni dalam kes saya",tegas Elena. Benar. Biarlah dia sahaja yang menjadi tempat perlepasan marah tetangga ini. Dia tahu mereka marah akan nya akibat peristiwa 6 tahun lepas kerana ayah kandungnya itu merupakan orang yang banyak 'berbakti' di kawasan perumahan ini.

Mustahil untuk dipercayai tapi ini adalah fakta. Ayah Elena merupakan orang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum dia mengahwini ibu dan meninggalkan mereka berdua dengan berita-berita murahan dimana orang yang menyumbang mula menarik balik sumbangan akibat kahwin dengan ibunya yang berstatuskan 'perempuan lorong'. Bila diingatkan balik, masa kanak-kanak Elena penuh dengan sindiran dan pandangan serong dari jiran tetangga. Dari orang tua sehingga ke kanak-kanak yang sama umur. Jadi sepatutnya dia dah kalis dengan sindiran tapi tiba-tiba makin bertambah usia makin sensitif pula lelagi tanpa ibu disisi. Mereka menganggungkan ayah tanpa tahu apa yang jadi pada malam itu. Ayah tiba-tiba pulang ke rumah selepas 15 tahun menyepi meninggalkan ibu bergantung tak bertali. Ayah pulang dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Elena yang baru pulang dari kedai runcit selepas dipinta ibunya untuk membeli ubat tahan sakit. Alangkah terkejutnya Elena apabila tiba sahaja di rumah,ibunya sudah terkulai ditikam oleh ayahnya itu. Jadi tindakan malam itu adalah untuk mempertahankan diri sahaja tapi sebaliknya dianggap pembunuhan yang sengaja di mata orang awam.

+++++

"Alhamdulilah kamu dah keluar dari situ. Makcik ingatkan tak sempat lah makcik nak tengok kamu balik. Dah 6 tahun lah ya?",ujar Syida kepada Elena yang diajak masuk ke rumah selepas kejadian makcik sebelah rumah yang mengamuk tak tentu pasal. Elena mengangguk dan melirikkan matanya ketepi melihat Zahrael yang ditarik masuk sekali. Dah kenapa laki ni ikut sekali? "Oh,maaflah makcik tiba-tiba ajak kamu masuk. Dengar tadi baru berjumpa ya? Boleh ke kalau nak tanya nama?",pinta Syida lembut. Asalnya tak mahu lah memanggil lelaki ini masuk tapi disebabkan sikapnya yang menyebelahi pihak Elena jadi begini lah kejadiannya.

"Zahrael. Panggil je saya Zahrael atau Rael",balas Zahrael pendek. Dia pun tak tahu kenapa dia ditarik masuk ke rumah ini. Balas budi agaknya. "Kalau Encik Zahrael ada kerja,saya rasa boleh kot Encik balik dahulu. Terima kasih atas sebab menyebelahi saya sebentar tadi. Saya tak minta dibela tapi terima kasih atas ayat-ayat tadi",ujar Elena lembut. Sungguh dia masih bersyukur ada yang masih menerima dirinya seadanya di dunia ini. Zahrael hanya mengangguk dan terus berdiri. "Saya balik dulu makcik. Maaf tak boleh lama-lama sebab saya ada hal pekerjaan yang perlu diuruskan. Assalamualaikum",pinta Zahrael lembut dan lalu meninggalkan perumahan milik Syida ini.

Elena berlari ayam ke arah Zahrael yang baru sahaja masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya lalu mengetuk perlahan cermin kereta tersebut. Zahrael menurunkan tingkap yang gelap serta muka jeda memandang ke arah Elena. "Apa yang kau nak lagi? Nak terima kasih lagi?",tanya Zahrael malas. Berharap dalam hati ini pertemuan pertama dan terakhir mereka. "Saya nak minta maaf pasal tadi. Ya saya yang buta saya yang cuai tak tengok kereta sebelum melintas. Maafkan saya disebabkan kecuaian saya buatkan Encik Zahrael lambat ke kerja",pinta Elena. Rasa bersalah masih berada di dada jadi nak taknak baik dia berlari meminta maaf lagi sekali kepada Zahrael.

Zahrael hanya menyepi. Tingkap yang diturunkan terus dinaikkan dan kakinya laju memijak pedal minyak dan berlalu pergi. Elena terkejut akan kelakuan Zahrael yang dingin tu. "Huh? Macam tu je dia balas maaf aku? Dengan derungan dan asap kereta? Dasar le- haaa sabar Lena sabar",ujar Elena sambil menyapu lembut dadanya. Biarlah janji hutangnya dengan Zahrael sudah lepas hihi.

+++++

Pagi yang indah, udara yang segar. Usai sahaja menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim,Elena berjalan keluar dari rumah milik Syida. Tidak sangka Syida menumpangkan dia di rumah ini. Baik sungguh Makcik Syida ni. Berdoa agak rezeki nya bertambah selepas ini,aamin. Telefon pemberian dari Syida juga sungguh memberi makna yang besar kepada Elena. Dengan ini,senanglah dia mahu mencari kerja kosong. Almaklum,semua benda sekarang online selepas negara dialami penyakit Covid selama 2 tahun.

Mata masih ralit di ruang Google mencari kerja kosong yang mudah diraih. Untung dek nasib, Elena diberikan kesempatan untuk menjawan peperiksaan SPM walaupun di dalam penjara. Mungkin disebabkan permintaan dan usaha nya dia untuk meneruskan pembelajaran. Matanya terhenti pada satu iklan yang menarik perhatiannya.

"Tea lady job offer"
The Ones.CO
•Min education: SPM
•Expected Salary: RM 2000
•Able to understand and converse in English and Bahasa Malaysia

Elena melepaskan keluhan lega. Sangka tak sangka keputusan peperiksaan English miliknya di SPM sungguh lumayan. Nasib dirinya senang untuk belajar dan menerima bahasa baru dengan lancar. Gaji yang diberi turut lumayan jadi tak salah kalau mencuba rasanya. Elena tersenyum lega. Doakan pekerjaan ni sesuai dengan dia. Aamin!

-EP 3 END-

A/N: Halu haluu..haih sendu juga lah tak ada orang baca tapi tak apalah.. diri sendiri yang cakap ni hanya hobi huhu bye

[OG] 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚𝐞𝐥'𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥Where stories live. Discover now