EP 4

8 0 0
                                    

3 Hari Kemudian

Baju dan seluar hitam tersegam indah dipakai Elena. Tudung hitam juga dipadankan sama tema dengan baju serta seluar. Berzikir di dalam hati, mengaminkan doa agar-agar dirinya melepasi temu janji untuk jawatan tersebut. Tak mustahil ramai yang datang merebutkan jawatan itu kerana gaji yang lumayan namun apa salahnya dia mencuba nasib dan nasib itu menyebelahi nya?

Membuka langkah bersertakan kalimah bismillah,Elena melangkah masuk ke dalam bangunan pencakar langit ini dengan penuh berani. Ruang lobi yang dingin mencengkam seluruh tulang sendi milik Elena. Membuatkan dirinya lebih berdebar berbanding tadi. Jantungnya seakan baru sahaja berlari marathon. Elena berjalan ke arah meja pertanyaan secepat mungkin, tak mahu nanti dipandang orang lain seperti orang yang jakun.

"Assalamualaikum miss. Boleh saya tanya? 3 hari lepas,saya ada ternampak iklan yang mencari tea lady dekat syarikat ini. Betul ke?",tanya Elena beradab. Hatinya sudah bersedia untuk mendengar berita buruk. Tapi apa salahnya kalau mencuba kan?

Wanita yang cantik berdandan dan kemas mengangkat muka apabila ditegur Elena. Senyuman di bibir merah nya nampak seakan sinis diberi Elena. Nama yang diukir di plat hitam tersegam indah di baju wanita itu dibaca Elena dalam hati, Syida. Syida menundukkan balik kepalanya dan mengendahkan pertanyaan Elena. Elena tergamam tapi tidak mengejutkan sebab dia tahu benda ni akan dilalui nya sepanjang hidup. Jadi sudah lali dengan hal- hal remeh ini. Elena mengeluh perlahan. Dia terus beralih ke wanita yang duduk di sebelah Syida dan menanyakan balik soalan yang diajurkan ke Syida tadi.

"Oh ya kami ada wawarkan ruangan kosong untuk jawatan kosong bagi Tea Lady. Cik berminat ke? Kalau Cik berminat,boleh isi borang ini dahulu dan kami akan panggil melalu panggilan telefon untuk penerimaan dan temu duga bagi jawatan ini. Walaupun jawatan yang biasa,kami memang akan membuat temu duga untuk lebih formal",terang lebar wanita itu. Namanya dilihat di tepi koler baju hitam miliknya, Hanis lalu menghulurkan sekeping borang serta pen. Elena tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih lalu berjalan ke meja yang kosong di area lobi ini.

+++++

"Hari ni aku ada meeting dekat luar ke?",tanya Zahrael yang masih menyelak kertas-kertas kerja di ruang duduk belakang. Iskandar, pembantu peribadi milik Zahrael yang berada di stereng kereta mengambil peranti di tempat duduk sebelahnya dan melihat jadual milik Zahrael. "Setakat ni tak ada. Tapi rasanya semalam, Encik Bakhri ada telefon saya untuk jumpa Encik Zahrael dan berbincang mengenai projek yang dia mahu meminta bantuan dari syarikat kita",terang Iskandar. Zahrael hanya mendengar tanpa membalas. Matanya masih ralit di kertas-kertas kerja itu. Mana tak ralitnya, ada yang bercampur baur dengan benda yang tidak berkaitan. Ada dokumen yang tak lengkap dan terlalu banyak kesalahan untuk dia ubah kembali. Bibir mengeluh berat. Pandangan terus dibuang keluar tingkap. Pandangannya jatuh ke tingkap di ruang lobi kerana memang kereta diparkir tepat di hadapan ruang masuk.

Bibir milik Zahrael diherot ketepi. Tak sangka aku jumpa lagi budak ni dekat sini. Apa yang dia buat?,tanya Zahrael dalam hatinya. Kertas-kertas di peha terus disimpan ke dalam briefcase. "Jom keluar Iskandar. Aku nak siapkan dekat office",ujar Zahrael. Iskandar hanya mengangguk mendengar arahan. Zahrael membuka pintu dan berjalan masuk ke dalam bangunan miliknya itu dan terus berjalan ke arah Elena yang tekun menulis maklumat dirinya di atas kertas itu.

"Hey jumpa kau lagi dekat sini"

┌──═━┈━═──┐

𓆩♡𓆪 𝖅𝖆𝖍𝖗𝖆𝖊𝖑'𝖘 𝕬𝖓𝖌𝖊𝖑

└──═━┈━═──┘

"Hey jumpa kau lagi dekat sini"

Sebaris ayat yang dilantunkan ke arah Elena membuatkan Elena pegun seakan patung. Mukanya terus menoleh ke arah suara itu datang. Alangkah terkejutnya, muka yang tak mahu dia bertembung ada disebelahnya. Nasib lah pen di tangan tidak terus menulis. Kalau tidak mahu ada linangan panjang di atas kertas itu.

"Eh? Encik Zahrael? Macam mana boleh tahu saya dekat sini? Encik stalk saya ke? Encik tahu kan benda tu salah disisi undang-undang? Encik tak takut ke? Saya takut",loyar Elena. Tapi jujur dia pun terkejut kalau Zahrael di depannya mengiyakan apa yang disoal. Naik bulu roma bila dibayangkan. Asbab apa dia mahu cari aku? Zahrael hanya ketawa perlahan. "Kau dah kenapa? Aku kerja dekat sini lah. Tak ada nya aku terhengeh-hengeh nak cari orang macam kau. Banyak lagi aku boleh cari",sinis Zahrael. Elena mengangguk dan tersenyum pahit. Tahu Zahrael sekadar bergurau atau betul-betul katakan itu tapi terasa di hati biarlah pergi. Takkan nak ambil hati untuk fakta yang terjadi?

"Kau buat apa dekat sini?",soal Zahrael apabila sedar air muka Elena seakan kendur apabila mendengar jawapan Zahrael tadi. Niatnya hanya bergurau tapi terkasar bahasa pula. "Ni ha. Isi borang untuk ruang kosong sebagai tea lady. Mengikutkan kelulusan saya,saya hanya layak bekerja di sini sebagai jawatan ini sahaja. Jadi saya cuba nasib. Manalah tahu dapat kerja dekat syarikat yang ngah ini walaupun hanya sekadar tea lady",terang Elena. Tak kisah pun kerja apa yang dia lakukan asal halal dan boleh meraih duit dari titik peluhnya sendiri. Zahrael melihat borang yang diisi Elena sekali lalu. Dia juga tidak sedar jawatan ini sudah kosong dan diwawarkan di luar. Ataupun dirinya yang terlalu sibuk dengan kerja diatas sampai lupa pekerja yang lain ini.

"Oh. Aku doakan kau dapat lah. Sebab bos dekat syarikat ni garang mcam singa. Kadang-kadang pekerja dia pun hampir terkucil bila kena marah. So aku harap kalau kau dapat kau boleh bertahan lah. Walaupun dia garang,dia baik je sebenarnya",terang Zahrael. Betul-betul angkat bakul sendiri si Zahrael ni. Kalau Elena tahu dia adalah bos yang di sedang ampu itu,mesti monyok. Iskandar yang berjalan ke arah mereka mendengar ayat yang dikeluarkan dari Zahrael hanya menggelengkan kepala.

"EH?! Jangan lah cakap macam tu Encik Zahrael..apa jadi kalau dia tak terima saya? Saya ni dah lah be-",bicara Elena terhenti. Dia lupa. Dia lupa kedudukan dirinya yang sebenar. Mulutnya yang hampir meluncur keluar kata-kata fakta namun menyakitkan ditutup rapat. Haih El..walaupun kau nak lari kemana pun,kau tetap dilabel sebagai bekas banduan.

"Stop blaming yourself dear"

-EP 4 END-

A/N: HI HI HAHAHAHAH ASTAGA SEMUA KENA TINGGAL TERGANTUNG SEPI SORRY!! Ni kena gasak dengan member suruh sambung kalau tak habis dia marah lagi HAHAHAHA okok nanti saya datang lagi ya💪 kalau nak kenal2 boleh follow acc tiktok saya (aracoser_) mungkin nanti nk try lah promote juga cerita sendiri dekat sana hehe! Thank you for reading and don't forget to like okie♥️

[OG] 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐚𝐞𝐥'𝐬 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥Where stories live. Discover now