🌻BAB 1🌻

261 6 0
                                    

Di dalam gudang yang besar dan gelap, ditemani sedikit cahaya lampu dari luar gudang. Memantulkan serpihan cahaya yang mencukupi kepada Hanan Qireen untuk melihat keadaan sekeliling. Sedikit sebanyak, dia dapat membuka matanya perlahan, cuba mengimbangi pantulan cahaya dan gelap yang menyinari. Dia berkedip beberapa kali sebelum, keadaan disekitarnya kembali jelas. Kini dia tersedar sepenuhnya.

'Aku kat mana ni?.'


Dia bersoal sendiri, dia bertanya pada dirinya dengan bingung, seolah merasakan sesuatu yang asing di bawah tubuhnya, sesuatu yang hangat dan keras dia jadikan tempat ber-baring sekarang ini.

'Apa bendanya ni?'

Dia masih ragu, Hanan menaikkan kepalanya perlahan - lahan sambil menahan rasa perih di tengkuknya. Anak matanya menangkap satu tubuh yang tidak asing dimata nya. Tubuh lelaki?.

Rambut hitam berkilat, jenama shampoo apa dia guna pun tak tahu, jawline tajam rasanya cukup tuk mengasah pisau, tiada jambang mahupun kumis, muka kacak dan bercahaya..Macam kenal.. 'Eh! Ehh!!!' 'Ni bukan ke crush aku?!'


"Daniel Mikali?!"


Kenapa dia ada kat sini?!'

Dengan keadaan aku seolah menjadikan dia tilam tidur.

'Ya Allah kau buat apa ni Hanna Qireen'


"Ack."


Cepat-cepat dia berguling ke sisi, menjauhi tubuh Daniel Mikail, hatinya, saat ini berdegup kuat boom boom. Dalam dia sibuk, memahami situasinya, Hanan boleh merasa gerakan anak mata Daniel jatuh padanya.

'Hik. senior eh crush apa sebenarnya dah jadi ni?', Mungkinkah ini mimpi. Hanan cepat bangun.' Hanan memandang Daniel. Masih ada. 'Ni bukan mimpi Hanan Qireen.'


Daniel masih memandang Hanan, diam tidak bersuara, mungkin dia juga cuba untuk memahami keadaannya. Hanan separuh takut, separa berani memandang Daniel, entah apa bakal reaksinya. Hanan baru sedar dengan realitinya, jika dilihat betul-betul dari keadaan Daniel sekarang, tangan berikat.. 'Ni gila sememangnya gila. siapa berani buat begini gan crush aku!.'

Dengan keadaan bahagian atas tubuhnya tidak bertutup, terserlah ketak-ketak tu, roti sado, ni boleh buat cuci kain ni, tapi ni bukan masa berangan nak cuci kain ke baju, ni masalah..Eh!Kejap

Hanan, perasaan benda pelik lagi, kenapa dia tidak diikat, seperti Daniel. Paling merungsingkan, lagi kenapa baju Daniel terkoyak-koyak macam mangsa.., 'Jangan cakap aku,..Ya Allah aku buat apa kat anak orang ni.' Tidak semena-mena, dia berdiri bangun, tanpa sempat dia memahami sendiri situasi yang bakal dialami sebentar lagi.

Thump!

Hasil bunyi jatuh, membuatkan satu gudang bergema, memandangkan gudang dia dan Daniel berada sekarang kosong, maka terhasilah bunyi kuat dengan mudah.

"Kau buat apa, kat aku?." Daniel bersuara, menutup dadanya dengan kedua belah tangannya.

"A..Sa.saya." Tergagap-gagap Hanan mahu terangkan. Dia pun tidak tahu, mahu mula cerita dari mana, dia sendiri buntu.

✍🏻[ Encik Crush!] [4]Where stories live. Discover now