🌻BAB 3🌻

93 4 1
                                    

"Hanan ni satu, jangan balik lewat sangat."


"Ya tahu, balik sebelum pukul, 10 malam." ucap Hanan, malas-malas, aku ingatlah rules kat rumah ni.


Dilarang bawak lelaki masuk rumah, balik sebelum jam 10, rumah kena bersih sebelum tidur, kalau duduk sorang tingkap, pintu, air, elektrik, api kena tutup, dan pastikan fon selalu kat samping. Senang call jika ada apa-apa jadi.


"Good, ni kunci kereta, bawa elok-elok. aku gerak dulu."


"Oritee miss."


Hanan melambai tangan pada Raisa setelah kereta bergerak keluar dari lorong rumah.


"Oh yeah, let's get ready Hanan."


****

Laju sahaja kaki Hanan berjalan masuk 7 Eleven, di dalam kepala sudah dicatat benda perlu dia beli, dia memilih beberapa jajan untuk dia makan malam ni, sambil tengok movie zombie nanti dirumah, selesai membuat pilihan, dia ke kaunter membuat pembayaran.


"Adik keluar sorang?." tanya akak cashier, tangannya sibuk memasukkan barang dibeli kedalam beg dibawa Hanan tadi.


"Ha ah, kak." jawab Hanan tanpa selindung.


"Eh yeke?."


"Kenapa kak? pelik ke? saya selalu datang sendiri, takkan akak tak perasaan."


"Bukan tak perasaan, akak tanya sebab budak kat luar tu, dari adik masuk, dok terhendap-hendap tengok adik."


"Budak mana?."


Hanan menoleh kebelakang mencari kelibat budak dimaksudkan akak cashier, mata mereka berdua bertembung, sedar akan kehadiran, dirinya juga diperhatikan lelaki itu, terus bergerak dari kawasan itu.


"Salah orang kut." jawab Hanan.


Hanan menerobos masuk ke dalam perut kereta Axia biru. Dia menoleh ke kiri kanan sebelum bergerak keluar dari tempat parking, budak lelaki tadi dia nampak, tak ada pun ekori dia dari belakang. fuh banyak tempat aku nak singgah ni.

Sesampai di Macdonald, Hanan memesan GCB - Grilled chicken burger, french fries, Ice lemon tea, dan Oreo Mcflurry. Sambil tunggu pesannya siap, tangan laju scroll instagram lihat buah hati encik crush kesayangan Daniel Mikail, dia kata nak move on, tapi tangan tak ready nak move on lagi.

✍🏻[ Encik Crush!] [4]Where stories live. Discover now