🌻BAB 2🌻

145 6 0
                                    

Tapi sedihnya sejak akhir-akhir ni, familynya mula berbincang mengenai ikatan yang bakal mereka satukan, rasanya ikatan yang dimaksudkan adalah tuk dirinya, jika kakaknya sememangnya tak boleh, mahu abang ipar dia sate kakak dia, memandai je nak kahwin lebih. So sekarang ni memang sah lah jodoh-jodoh ni kat dia.


"Hmm..aku tak nak kahwin." Hanan berguling ke kiri ke kanan. Hanya begitu sahaja caranya menyuarakan ketidakadilan yang berlaku pada dirinya.


Aku nak selama-lamanya dengan Daniel Mikail!! huhuhu


"Ughh..tak nak,tak nak, aku tak nak kahwin~"


Sementara Hanan merengek tak nak kahwin atas katil, Raisa masuk ke dalam bilik.


"Kau merengek benda sama lagi?."


"Huh."

"Raisaaaa~" Hanan berlari ke arah Raisa memeluk dia erat. Raisa mengusap lembut rambut Hanan, serupa budak kecik pun ada, dah ketinggian pun 151 cm.


"Aku tak nak kawin~."


Raisa menggeleng kepala, dia kenal sangat kawan dia satu orang ni, obeses sangat dengan encik crush dari zaman dia sekolah, di bawa sampai ke tua.


"Hanan sampai bila kau nak jadi macam ni? Kau cubalah, berkenalan dengan mana-mana lelaki, siapa tahu kau boleh bahagia, boleh jatuh cinta dengan lelaki lain." Pujuk Raisa, dia bukan tak alert sifat fanatik Hanan ni. Dah berkali-kali ditegur tak jugak makan duit.


"Sampai hati awak cakap macam tu, saya ni dah selesa tahu tak jadi peminat Daniel Mikail, saya selalu membayangkan cerita kami berdua bersama di dalam fantasi."


"Dialog yang sama lagi, hmm.."Alasan sama berulang kali, Hanan guna.


"So? kau nak hidup selamanya macam ni? bersendirian dengan dunia fantasi, tak berpenghujung kau tu? atau sebaliknya?.."


"Aku Bersendirian?! Kenapa pulak aku sorang? Akak Mawar kan ada."


"Akak mawar kau tu dah ada suami, anak. kau apa ada?."


"Ughh."


Kenyataan sadis diberikan Raisa perit, menusuk ke kalbu, menjahanamkan mental, menurunkan mood seorang Hanan. Sejujurnya aku sangatlah bahagia jadi peminat fanatik Daniel Mikail, aku sangat sayangkan dan aku nak cintakan dia seorang selama-lamanya. Aku melihat Raisa dengan muka tidak adil benda ni boleh berlaku.


"Dah-dah Hanan, kau jangan macam ni, kau bersihkan bilik, buang ke, sorok ke gambar Daniel kau ni. Lusa ibu dengan baba kau nak datang. Diorang mesti sedih tengok kau tak move on lagi." Ya ibu, baba, kak Mawar semua tahu dia terlalu fanatik akan Daniel Mikail.

✍🏻[ Encik Crush!] [4]Where stories live. Discover now