Em.. betul ke ni? tak ape ke aku terima lamaran crush aku ni?!! tapi aku kan... eee~ saya suka, saya suka, gedik betul aku,.. but this is like a dream come true. Tapi untuk berapa lama?. Terlepas dari pelukan tidak nyatanya bersama Daniel dia kembali berpijak kepada dunia realiti.
Kejap tadi encik crush aku, cakap dia nak aku ni jadi isteri dia ke? tunang? atau girlfriend?. Tak boleh jadi ni, kena tanya balik.
"Senior betul-betul serius.. nak jadikan saya isteri, bukannya tunang atau girlfriend?." Tanya Hanan kembali untuk memastikan.
"Isteri, kenapa? Hanan tak setuju.. jadi isteri senior? atau Hanan ada orang lain.."
Bukan Hanan tidak mahu, tapi serius lah just tak logik, harini pun, baru pertama kali mereka berdua bersua muka, takkanlah jumpa, terus ajak kahwin, seriuslah siapa yang bijaksana sangat akan tanya soalan tu, selepas pertama kali bersua muka melainkan lelaki tu buaya darat.
Daniel masih setia menunggu jawapan dari Hanan.
Bila difikirkan balik, setahu Hanan, dulu Daniel pernah bertunang dan mereka putus sebabnya,. dia sendiri pun kurang pasti, dan tidak kiralah berapa kali Hanan, mengingati kejadian itu, dia masih tidak boleh melupakan keadaan dirinya, saat dia mendengar berita tentang pertunangan, Daniel Mikail, sakit itu tetap bersisa di dalam hatinya. Lagi pula jika dia dibandingkan dengan ex tunang Daniel Mikail bukan calang-calang orang.
Kalau Daniel Mikail, pilih status isteri bukan calang-calang orang, compare dengan Hanan Qireen, status dia hanya rakyat jelata biasa-biasa, plus muka pun macam cumi-cumi, if diorang dua berdiri bersama, orang boleh salah sangka dia dah santau Daniel Mikail, sebab tu dia boleh kahwin, siapa je akan percaya kalau encik crush kahwin dengan dia sebab cintakan dia, itu hanyalah mimpi bagi seorang peminat fanatik seperti dirinya.
Tidak mustahil juga Daniel takkan teragak-agak ceraikan dia selepas, ada perempuan lain, lebih kaya, lebih cantik dari dia. Kenyataan tu sangat menyakitkan untuk dirinya, yang tahu dirinya bila-bila masa sahaja boleh digantikan dengan wanita lain.
"Hanan? setuju ke jadi isteri saya.. atau Hanan sedia untuk kita ke balai..?"
Dia ragu-ragu dengan keputusan bakal dilontarkan. Lagipun, Daniel tahu dia tak boleh menolak tawaran disajikan olehnya, dia tiada pilihan lain, sekarang ni.
"Saya,.. tak ada sesiapa pun yang, saya suka sekarang."
Daniel mengeluh lega at least dia tidak akan dicop merampas hak milik orang lain. "Hanan, tahukah kenapa, senior ambik keputusan ini, saya minta Hanan bertanggugjawab atas perbuatan Hanan sahaja. Saya pun ada masa depan yang perlu di fikirkan, saya tak nak perbuatan Hanan mencemarkan diri saya dan juga bakal mencemarkan nama Hanan.... tapi selepas saya fikir betul-betul hanya ini sahaja jalan untuk kita berdua.. saya harap Hanan faham keputusan ini untuk kita berdua."
Tapi ada yang dia perlu fikiran kesan selepas perkara ini berlaku, walaupun dengan alasan sementara ni untuk elakkan dia ke balai, dia perlu fikirkan risikonya, seperti dikatakan Daniel Mikail mungkin dengan adanya tittle suami isteri, kes ni tak boleh dihadapkan ke mahkamah. Mungkinkah Daniel anggap ni perkhawinan olok-olok. Kalau hal ini, bocor dan sampai ke mahkamah, it's okay aku ada kawan Raisa, dia boleh jadi peguam aku. Ikhwan pun boleh jadi saksi.
YOU ARE READING
✍🏻[ Encik Crush!] [4]
RomanceHanan Qireen tidak bersalah, macam mana dia nak pertahankan dirinya. Dia sendiri tidak tahu dan sedar bagaimana dia boleh dituduh menculik si Daniel Mikail aka crush dia dari zaman sekolah. "Aku nak kau bertanggungjawab atas mencemarkan kesucian ak...