Take #25

165 17 0
                                        

RegCare Centre

"Aku nak minta izin untuk aku habiskan masa siang aku dengan mak aku."

Itu apa yang aku cakap minggu lepas.

Sejak hari tu, Hui memang langsung tak jumpa Maria. Rutin Hui, setiap pagi drop makanan Maria pada Jiha dan selebihnya Hui berada di RegCare Centre sampai jam 10 malam. Seperti saat ini.

But then...

A week without seeing her...

Hui, kau dah kenapa! Stop feeling attached to her!

Hui menepuk pipinya beberapa kali seakan mahu menyedarkan dirinya. Dia sedang berjalan menuju ke lobi untuk pulang. Waktu melawatnya sudah tamat. Puan Nara pun sudah tidur.

"Mak, Luqman hilang! Dari semalam Lia call dia tapi tak angkat. Mak, esok dah hari nikah!"

"Shhh. Ya sayang. Kamu tenang. Abah dengan abang kamu tengah cari dia. Kamu tenang ya."

Petikan dialog drama yang ditonton oleh nurse yang bertugas menarik perhatian Hui. Perlahan dia mendekati kaunter di mana Zulin sedang duduk sendirian.

"Drama 'Saat Cinta Hadir' ke?" soalan Hui buat Zulin terkejut.

"Haah. Kau tahu cerita ni?" soal Zulin. Dia dah pause video yang ditonton melalui Netflix itu. Hui mengangguk.

"Ni episode berapa?" soal Hui kembali.

"Tak ingat episode berapa tapi ending episode ni rupa-rupanya Luqman hilang pergi jumpa Eva. Dia tinggal Kamilia before hari nikah diorang. Gila kan? Ops! Sorry. Ter-spoiler pula." Zulin tersengih bersalah.

"Don't worry. Saya dah tahu apa yang jadi next episode so it's okay." Kata Hui dengan senyuman. Dia teringat apa yang jadi semasa shooting di perkampungan itu.

Kaki dia dah okay ke? Dan fikiran Hui berakhir dengan Maria.

Zulin memandang kiri kanan dan berkata separa berbisik; "Kau tengok leak kat mana? Aku nak tengok juga."

Hui ketawa.

"Bukan leak lah. But long-story short, kalau kau team nak Luqman end up dengan Eva then you can celebrate a bit. Ops! Sorry. Ter-spoiler." Hui kemudian menutup mulutnya.

Zulin jadi makin ingin tahu.

"Bagitahu aku in detail please." pinta Zulin.

"Nope. Kau tunggulah hari airing. Bye~"

+++

Hui menghidupkan enjin keretanya untuk pulang namun sebahagian dari fikirannya masih tertumpu pada Maria. Perbualannya dengan Zulin tadi makin buat dia teringatkan Maria.

Well... tak salahkan kalau nak bertanya khabar?

Hui menimbang keputusannya dan dia mencapai telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 10.10 pm.

Dia dah tidur ke? Ah pedulilah.

Hui akhirnya mendail nombor Maria. Pada deringan kedua, panggilannya bersambung.

"Hello. Why did you call? Ini di luar waktu kerja."

Oh dia tak tidur lagi.

"I just want to check up on you. Am I not allowed?" Hui meletakkan telefonnya pada pemegang telefon dan memakai earbuds. Dia mula memandu keluar dari hospital.

"It feels weird. Stop."

Hui ketawa.

"Tapi kau kat mana ni? Aku dengar bunyi kereta." Soal Hui.

Love, Maria Anne ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang