BAB 36

854 105 9
                                    

Sudah hampir sejam, Faris terpaksa menunggu aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah hampir sejam, Faris terpaksa menunggu aku. Entah kenapa, aku mula terasa mual secara tiba-tiba. Mungkin kerana bau darah yang ada di sekitar kawasan. Terlalu pekat untuk aku.

   "Laila, you okey ke?" Kedengaran suara Faris dari arah luar pintu tandas bertanya.

Aku lap mulut yang baru saja dibasuh. Dengan perlahan-lahan, aku keluar dari tandas. Aku tak boleh terlalu lama di sini. Silap hari bulan, pengawal Serena pasti akan jumpa juga aku dan Faris.

   "Aku okey. Jom."

Faris angguk sekali sebelum mengambil senapangnya.

   "Lai, kalau I minta you jaga depan dan I jaga belakang, you boleh buat?" Pertanyaan Faris itu mengundang keringat di seluruh tubuhku. Automatik degupan jantung aku berubah rentak menjadi lebih laju.

Mata aku bersabung dengan mata Faris buat seletika. Dia sengaja nak aku mati awal dulu ataupun dia memang nak aku mati dari awal lagi?

   "Ini bukan seperti yang dirancang, Faris." Mendatar suara aku.

Langkah kaki Faris mulai mendekati aku tetapi laju saja aku mundur darinya. Sebelah tanganku sudah bersedia untuk mengambil pistol kecil di pinggang bahagian belakang.

   "I know, Laila.. but you have to." Tutur nada Faris seolah-olah meminta untuk aku melakukannya. Lebih tepat lagi, dia seperti terpaksa berkata sedemikian.

Jeda. Buat beberapa minit, aku hanya diam tidak bersuara. Mata aku dan Faris masih lagi bersabung memandang wajah masing-masing. Aku gigit bibir bawah sebelum perlahan-lahan mengangguk permintaan Faris. Mata Faris membulat.

   "Betul ni, Laila?" Tanya Faris inginkan kepastian. Aku hela nafas pendek sebelum menjawab pertanyaan Faris.

   "Kau nak aku tarik balik ke?" Sarkastik aku menjawab.

Laju-laju kepala Faris menggeleng. Lantas dia menarik lenganku lalu menyerahkan sepasang revolver padaku beserta beberapa pelurunya. Dahiku berkerut kehairanan. Entah berapa banyak lagi senjata dia akan berikan pada aku. Silap hari bulan, boleh pengsan aku jadinya gara-gara bawa terlebih banyak senjata di badan.

   "Untuk apa?" Soalku.

Faris mengangkat sebelah bahunya.

   "You will know soon, Laila."

Setelah hampir setengah jam aku dan Faris berjalan, kami kini tiba di sebuah bilik renang yang langsung tiada air pada tempat renangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah hampir setengah jam aku dan Faris berjalan, kami kini tiba di sebuah bilik renang yang langsung tiada air pada tempat renangnya. Baunya juga tidak menyenangkan. Tempat ini bagaikan sudah ditinggal lama.

Kepala aku laju menoleh setelah mendengar bunyi pintu ditutup rapat dari arah belakang. Raup wajah aku berubah cemberut.

   "Apa kau buat ni, Faris?" Soalku sedikit bengang. Siapa saja tak bengang kalau masih belum jumpa jalan keluar dari tempat neraka ni?

Mata Faris berubah tajam memandangku. Dia langsung tidak menjawab pertanyaanku.

Aku teliti iris matanya. Mata aku terus saja membulat setelah melihat bahawa iris matanya tepat memandang ke sebelah aku.

Belum sempat aku memandang ke belakang, mulutku laju saja ditekup kasar dengan sepasang tangan kekar yang sedang memakai sarung tangan hitam. Tangannya membuatkan suaraku tersekat, tidak dapat bersuara lantang.

Kedua-dua belah tanganku memegang erat tangan kekar yang sedang menekup mulutku. Segala kudrat yang ada dalam diri sedaya upaya dikeluarkan untuk melawan tangan kekar ini.

Faris hanya melihatku. Bibirnya mula terangkat senyuman sinis. Dia langsung tak membantu aku. Atau adakah... Ini semua sebenarnya daripada rancangan rahsia Faris sendiri?

Mataku mula terasa panas dek cecair jernih keluar dari tubir mata. Pelbagai tanda tanya mula terwujud di dalam kotak fikiranku tatkala kudrat seorang wanita dalam diri semakin pudar menghilang.

Aku dikhianati... sekali lagi?

Wajah Faris tiba-tiba berubah selepas melihat air mataku mula mengalir keluar. Matanya jelas terbias kerisauan.

Tangan Faris diangkat separa bahunya. Tangannya seperti memberi isyarat untuk berhenti. Dia cuba menapak selangkah mendekatiku namun, mulutku yang ditekup langsung saja terlerai. Badan aku terikut pusing ke belakang gara-gara tangan kekar yang membawa lenganku menghadapnya.

Tubuhku mengeras tatkala dipeluk olehnya. Erat. Bagaikan tidak mahu dilepas.

   "I'm sorry..."

Mendengarkan suara itu, langsung aku menolak tubuhnya untuk melonggarkan pelukan.

Ini...

Suara yang aku rindui.

Langsung itu, aku mengangkat sedikit wajahku untuk memandangnya. Dia mula menarik kepala hoodie seraya membuka pelitup separuh muka berwarna hitam pada wajahnya.

Air mataku kembali keluar membasahi wajahku ketika melihat wajahnya yang penuh luka dan lebam.

Ini bukanlah mimpi, kan?

   "It've been three months... Abang,"

 Abang,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LAILA'S BROTHER [COMPLETED]Where stories live. Discover now