SUASANA di ruang tamu rumah Tengku Yusuf hening, hanya bunyi dari televisyen sahaja yang kedengaran. Tiada seorang pun yang bersuara walaupun semua ahli di dalam rumah itu berada di ruangan tersebut.
Masing-masing tidak mahu bercakap. Melissa tidak mahu mengambil tahu hanya bermain dengan Dhawiy. Semua mata terarah pada Qayyim apabila lelaki itu membuka mulutnya.
Anak mata Melissa sempat mengerling ke arah suaminya dan pandangan dialihkan semula menghadap Dhawiy.
"Mama, Papa... Fawwaz ingat nak balik rumah Fawwaz. Lagi pula, kami pun mahukan privasi. Boleh ke?" soal Qayyim teragak-agak.
"Mama tak kisah, tapi Melissa okey ke dengan semua ni? Mama takut benda ni keputusan sepihak saja," soal Tengku Aishah.
Bukannya dia tidak tahu dengan perangai anak sulungnya itu, suka membuat keputusan seorang diri tanpa mengambil kira pendapat orang lain.
"Melissa setuju. Kami dah bincang perkara ni semalam. Awak okey, kan?" Kini semua mata tertuju ke arah Melissa pula. Melissa itu tidak tahu ingin menjawab apa dan akhirnya dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Alahai encik suami pun, kalau iya pun nak suruh dia berlakon, bagitahu la sepatah. Ini tidak, main cakap sahaja. Tak bagi signal langsung.
"Dan kami akan pindah esok."
"Hah? Esok?" Semua mata kembali terarah pada Melissa. Darah mula menyerbu pada wajah mulus Melissa. Dia tanpa sedar terjerit selepas mendengar ayat Qayyim sebentar tadi.
"Eh, awak ni dah kenapa? Kan saya dah bagitahu semalam yang kita pindah esok. Awak tak ingat ke?" soal Qayyim kepada Melissa.
Dia pun ikut cuak bila Melissa menjerit tadi. Takut rancangan dia untuk pindah tidak menjadi.
"Oh, awak ada bagitahu ke semalam. Saya tak terdengar pula, maaf." Melissa hanya senyum kekok. Takut jika mama dengan papa perasan akan situasi mereka sekarang.
"Hmm, kalau macamtu tak apalah. Mama tak kisah dan mama pun faham yang setiap pasangan mahukan privasi. Lebih-lebih lagi pengantin baru macam kamu berdua ni. Darah muda orang kata," balasan Tengku Aishah membuatkan Melissa dan Qayyim tersedak air liur masing-masing.
"A-apa ni mama, mana ada macam tu, kita orang nak pindah pun sebab rumah Fawwaz lagi dekat dengan hospital dan universiti Melissa."
Balas Qayyim diselangi dengan batuk yang masih tersisa. Melissa tak perlu ditanya, sudah merah bak tomato mukanya.
Safiya dan Darwish serta Tengku Yusuf hanya ketawa kmelihat reaksi Melissa dan Qayyim. Geli hati melihat pasangan itu malu.
Kalaulah mereka tahu apa yang terjadi di sebalik pintu bilik Tengku Fawwaz Qayyim, masih beranikah untuk suka seperti itu?
SEUSAI solat Asar, Melissa merehatkan dirinya dengan bersandar pada sofa yang telah menjadi katilnya selama dua minggu ketika dia tinggal di rumah Tengku Yusuf.
YOU ARE READING
𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐦'𝐬 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐫𝐬𝐞
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 & 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Start : 18/06/2023 End : 14/11/2023 WARNING! Jalan cerita yang tidak berkembang dan ban...