MATA tidak lepas memandang ke arah taman yang ditimpa hujan di luar kafenya.
Nafas dihela lemah. Dia bosan.
Hujan turun sudah hampir dua jam tapi masih lagi tiada tanda untuk berhenti. Pelanggan juga tak ada. Kafenya saat ini kosong.
Pekerja sambilan yang dia ambil pula terpaksa cuti sebab ada hal. Jadi, dari pagi tadi lagi dia seorang sahaja.
Amerikano panas yang dia buatkan untuk diri sendiri dicicip perlahan.
Ralit melayan perasaan, telefon pintarnya tiba-tiba berdering. Mata tertumpu pada skrin telefon.
Qayyim.
Laju sahaja jari menekan butang angkat. “Iya abang, apa yang saya boleh bantu?” Suara dilembutkan sehabis mungkin.
Alang-alang dia bosan sekarang ni, lebih baik dia kacau Qayyim. Lagipun lelaki itu yang menelefon dia dahulu.
“Gelilah, gila.” Terkekek suara Lekir apabila dibalas oleh Qayyim seperti itu.
“Ha, ada apa call aku ni?” Malas dia nak kenakan Qayyim lama-lama, nanti mengamuk suami si Melissa tu, dia juga yang bosan sebab tak ada orang yang dia boleh ajak borak.
Sejak tolong Melissa dan Qayyim dahulu, tanpa sedar dia menjadi rapat dengan lelaki itu. Mungkin kerana Qayyim jenis seorang yang mudah bergaul dengan orang walaupun lelaki itu jenis yang pendiam dan tidak melayan.
“Mel mengidam nak burn cheesecake kafe kau,” jawab Qayyim. Lekir tergelak kecil.
Ingatkan apalah tadi. Rupa-rupanya mak buyung mengidam. “Okey, nanti aku hantar pergi rumah kau orang. Qasy nak apa? Tanya dia sekali.”
Selesai sahaja mengorder, Qayyim terus meletakkan panggilan. Amboi, mamat ni mentang-mentang free delivery letak macam itu saja.
Malas berlama, laju sahaja Lekir membungkuskan makanan yang diminta tadi. Sambil itu, dia juga mula mengemas untuk tutup kedai.
Tutup awallah hari ini, hujan-hujan macam ini bukannya ada orang nak datang pun. Risau untuk orang potong gaji pun tak perlu sebab dia sendiri bos.
Dia buka kafe ini pun bukanlah kerana dia minat. Dia cuma ingin menunaikan janji dia sahaja. Janji dia kepada orang yang telah tiada.
“Kalaulah awak ada sekarang ini, mesti awak orang yang paling happy sebab dah ada kafe sendiri.”
“ASSALAMUALAIKUM.”
Beri salam dan tekan loceng. Tunggu dalam 30 saat sahaja, nanti mesti ada makhluk comel yang datang jemput dia.
Membayangkan muka Qasyaf yang comel datang menjemput dia di muka pintu itu buatkan dia tidak sabar untuk memeluk anak itu.
“Waalaikumussalam,” jawab tuan rumah dari dalam. Lekir jongket kening. Kenapa tak ceria pun suara tadi? Kalau Qasyaf, dia punya happy dan excited tu macam Lekir bawa Mercedez untuk daddy dia.
Buka sahaja pintu, terpampang muka Qayyim yang tampak agak letih. Mungkin lelaki itu baru pulang dari hospital, tengokkan pakaian yang dipakai oleh lelaki itu.
“Masuklah,” jemput Qayyim. Lekir tidak menunggu lama terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah kawannya itu. Kotak kek dan dessert lain yang dia bawa bersama dihulurkan kepada Qayyim.
Mata pula ralik mencari kelibat Qasyaf. Manalah si budak comel itu.
“Uncle!” Jeritan Qasyaf memenuhi rumah tersebut. Terkinja-kinja si comel itu berlari kearah uncle favoritenya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Qayyim's Remorse [C]
Romance[completed] 1st Series 𝓠𝓪𝔂𝔂𝓲𝓶 || 𝓜𝓮𝓵𝓲𝓼𝓼𝓪 ❝𝔇𝔬 𝔶𝔬𝔲 𝔨𝔫𝔬𝔴 𝔴𝔥𝔞𝔱'𝔰 𝔪𝔬𝔯𝔢 𝔟𝔢𝔞𝔲𝔱𝔦𝔣𝔲𝔩 𝔱𝔥𝔞𝔫 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔞𝔱 𝔣𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔰𝔦𝔤𝔥𝔱?❞ Terjerat dalam perkahwinan yang tidak pernah diingini dan dirancang, lebih-lebih lagi...
![Qayyim's Remorse [C]](https://img.wattpad.com/cover/344421668-64-k610727.jpg)